



p/s: post kali ini agak jiwang sikit. Jangan ambil hati ye.
"agent of change"
"sesungguhnya aku memiliki jiwa perindu..jiwa merindukan kepimpinan maka aku mandapatkannya..merindukan khalifah maka aku meraihnya..dan sekarang jiwa itu merindui syurga"
"ya allah, kepadaMu aku berserah, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertakwa, kepadaMu aku kembali, kepadaMu aku mengadu dalam menyelesaikan pertikaian, kepadaMu aku mengharap keputusan. Ampunilah segala yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nampakkan"
"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju.
Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"
(al-Banna)
"dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad), (janganlah bersedih hati) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah. -alAn'am:32-33-"
"apabila manusia tiada keterbukaan dalam membuat keputusan dan berlapang dada untuk menerima keputusan, maka akan berlaku KEPUTUSAN di atas KEPUTUSAN, jadi sentiasalah kita fikirkan, MERAIKAN PERBEZAAN DALAM MENCARI PERSAMAAN BAGI MEMBENTUK SYNERGISTIC DALAM GERAKAN"-mohamad azizuddin fahmi b nordin (11/4/10)
"dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. -alA’raf:179-"
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan-Imam Syafie
Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat syurga
“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.”
Jangan leka dan jangan lena. Masa kita singkat, kerja kita banyak, cabaran kian sukar dan halangan kian rencam. Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah. Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar, munajat dan solat [ doa ].
7 comments:
insyaAllah syeikh ana...
sama2 kita berusaha tuk menjadi hamba cinta kepada Pemilik segala cinta yakni Allah.
Moga kita kan ketemu bidadari syurga yg juga mencari redhaNya.
doakan ana bertemu cinta teragung dahulu sebelum ana ketemu cinta hambaNya.
moga cinta kita keranaNya :)
ana tunggu naqib ana dulu..tp kalau naqib bg green light, ana ok je..hehe
bagi saya,
saya mencari cinta hambaNya untuk mendapatkan cinta Tuhan.
kalau saya mencari cinta Tuhan semata-mata untuk mendapatkan cinta hambaNya, bukan ke itu dah merendahkan cinta Tuhan?
maaf, saya budak baru belajar.
kalau salah sila tegur2kan.... =)
(ini bukan jiwang, ini pertanyaan...)
mulut manis berkata-kata, mudah melafazkan bicara..terkadang itu palsu semata..antara dua cinta..kdgn2 dpt 1, kdg2 dpt 2 2, kdg2 xdpt langsung..melihat pada persepsi dlm diri, ia terpulang pada seseorg, ada yg mampu mengejar kedua-duanya dlm satu masa, ada yg tdk mampu..manusia bijak melafazkan kata "kalau aku bercinta dgn si pulanah ni,insyaallah aku akan berubah menjadi lebih baik"..pada hemah diri ana..bbrp kes BM yg ana usahakan,palsu semata..malah merungsingkan unit km..so fikir2kn..lain org lain kemampuan..jika mampu mendamba 2 cinta dlm 1 masa..silakan..tp ana bukan org mcm tu, biar ana mendamba cinta dan redha satu persatu..wallahu'alam
insyaallah sahabat..doaku mengiringi antunna.
pabila odin berbicara tentang cinta. gempak gempita, sayu mendayu dengan harapan dan doa.. insyaAllah.. buddyku.. :).. cinta itu pasti.. laluan lorong keinsafan untuk antum berdua,, doakan untuk kebahagian kita bersama.
alfikruumah
sahabt mu
ermmm.....
hehe. alfikruumah pun dah mula bersilat kata.
so, no comment. budak2 kecik mcm ana ni xleh nak kata apa2 lagi.. jgn marah senior.. ^_^
Post a Comment