Friday, February 25, 2011

Masanya Akan Tiba

Friday, February 25, 2011

Selangkah merenung kehadapan, bila melihat beberapa sahabat akan melangkah ke satu alam baru, terasa ingin seperti mereka. Apabila memikirkan tahajudku yang selalu antara aku dan DIA, kadang-kadang teringin tahajud berdua bersama DIA. Mungkin masa itu akan sampai tetapi belum pasti bila. Ia adalah pekara pasti berlaku. Insyaallah. Kadang-kadang letih menjaga dan mendidik hati ini. Adakalanya rasa cukup kuat bagi menjalankannya. Kadang-kadang tergelincir juga terabai memeliharanya. Aku menanti saat di mana sujud tahajudku bersama air mataku sentiasa berdua bagi mensyukuri nikmatNYA.

Buat ketika ini biarlah hanya air mata keinsafan yang menemani dikala sujud taubatku.

Aku akan tetap menanti bakal penghulu bidadariku di syurga kelak menemani aku untuk sujud di kesejukan malam.

Aku akan terus berdoa dan menanti akan hari itu.

Mudah-mudahan masanya akan tiba tanpa disangka-sangka.

Ketika ini biarlah sujudku mencari damba kasihMu ya Allah. Moga hatiku tidak terpesong pada pesona dunia yang semata.

Moga akan ku gapai cintaMu itu terlebih dahulu sebelum aku menggapai cinta kepada hamba hanya kerana redhaMu.

Apa-apa pun kita senyum dulu. Insyaallah masanya akan tiba.

Tahniah buat sahabat-sahabatku yang bakal membina baitul muslim idaman. Aku akan menanti saat masaku kelak bersama rakan-rakan yang masih mencari dan menanti.

p/s: post kali ini agak jiwang sikit. Jangan ambil hati ye.

Wallahu'alam=>
"agent of change"

7 comments:

ibnuzulkeflei said...

insyaAllah syeikh ana...
sama2 kita berusaha tuk menjadi hamba cinta kepada Pemilik segala cinta yakni Allah.
Moga kita kan ketemu bidadari syurga yg juga mencari redhaNya.

doakan ana bertemu cinta teragung dahulu sebelum ana ketemu cinta hambaNya.
moga cinta kita keranaNya :)

mafiasolleh said...

ana tunggu naqib ana dulu..tp kalau naqib bg green light, ana ok je..hehe

hohoho said...

bagi saya,
saya mencari cinta hambaNya untuk mendapatkan cinta Tuhan.
kalau saya mencari cinta Tuhan semata-mata untuk mendapatkan cinta hambaNya, bukan ke itu dah merendahkan cinta Tuhan?
maaf, saya budak baru belajar.
kalau salah sila tegur2kan.... =)

(ini bukan jiwang, ini pertanyaan...)

mafiasolleh said...

mulut manis berkata-kata, mudah melafazkan bicara..terkadang itu palsu semata..antara dua cinta..kdgn2 dpt 1, kdg2 dpt 2 2, kdg2 xdpt langsung..melihat pada persepsi dlm diri, ia terpulang pada seseorg, ada yg mampu mengejar kedua-duanya dlm satu masa, ada yg tdk mampu..manusia bijak melafazkan kata "kalau aku bercinta dgn si pulanah ni,insyaallah aku akan berubah menjadi lebih baik"..pada hemah diri ana..bbrp kes BM yg ana usahakan,palsu semata..malah merungsingkan unit km..so fikir2kn..lain org lain kemampuan..jika mampu mendamba 2 cinta dlm 1 masa..silakan..tp ana bukan org mcm tu, biar ana mendamba cinta dan redha satu persatu..wallahu'alam

mamariz said...

insyaallah sahabat..doaku mengiringi antunna.

Anonymous said...

pabila odin berbicara tentang cinta. gempak gempita, sayu mendayu dengan harapan dan doa.. insyaAllah.. buddyku.. :).. cinta itu pasti.. laluan lorong keinsafan untuk antum berdua,, doakan untuk kebahagian kita bersama.


alfikruumah
sahabt mu

hohoho said...

ermmm.....
hehe. alfikruumah pun dah mula bersilat kata.
so, no comment. budak2 kecik mcm ana ni xleh nak kata apa2 lagi.. jgn marah senior.. ^_^

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates