Friday, March 19, 2010

Apa Kata Qaradhawi Untuk At-Tantawi Rahimahullah

Friday, March 19, 2010

واليوم فصل بيننا الموت، الذي يفصل بين الأخ وأخيه، وبين الابن وأبيه، وبين الصديق وصديقه، كما يفصل بين المتجادلين بعضهم وبعض، وسيجمع الله بيننا في يوم لا ريب فيه، يوم تُبلى السرائر، ويحكم بيننا بالحقِّ، وهو خير الحاكمين


"Hari ini maut memisahkan antara kami berdua. Maut yang memisahkan antara seorang saudara dengan saudaranya, antara anak dan ayahnya, antara sahabat dan sahabatnya. Sebagaimana maut juga memisahkan antara yang bertelagah, satu dengan yang lain. Dan Allah akan menghimpunkan antara kami pada hari yang tidak ada keraguan padanya, hari dihitung segala yang tersembunyi, dan Dia akan memutuskan antara kami dengan benar, dan Dialah sebaik-baik hakim."

Apalah nilai kehidupan yang berputar sebagai roda ujian, dimana mati sebagai penghujung jalan. Mereka yang soleh mengakhiri putaran, dengan tenang mengakhiri kehidupan, rasanya letih menunggu janji Tuhan, dipalit letih dan kesedihan, pinjamkanlah untukku wahai Tuhan, apa yang kami harapkan kekuatan dan kesabaran.

p/s:-
1-moga masih ada kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi "putaran fitnah" dunia ini
2-"orang marah atau benci kita disebabkan mereka tidak jelas atau tidak faham akan tindakan kita. Maka tugas kita adalah untuk memahamkan mereka. Begitu juga hidup dalam berdakwah"
3-syukran cip (bukan nama sebenar), mendengar rintihanku
4-rindu pada syahid tapi terasa diri terlalu jauh pada DIA
5-apalah sangat nilai "kelazatan" dunia yang terlalu sedikit ini jika dibandingkan dengan nikmat syurga allah
6-boleh untuk mencapai syurga Allah, tapi jalannya jauh dan susah, kadang-kadang kita jatuh, sakit dan letih, tapi itulah maharnya. Mogaku mampu membayar mahar itu
7-mampukah diriku ini bertahan dalam jalan ini??


Wallahu'alam=>

Thursday, March 18, 2010

Mengejar Redha Manusia Atau Allah?

Thursday, March 18, 2010

Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada Kemurkaan Allah 'Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh.

Berusaha membuat manusia redha adalah suatu yang tiada penghujungnya, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Tetapi membuat Allah Redha adalah kemuncak diterimanya Amalan...

Alhamdulillah, moga semua sihat dalam RahmatNya selalu. Petikan yang cukup ringkas daripada buku : "Malam Pertama di Syurga"...tetapi memberi makna yang cukup mendalam jika dihayati dan mengetahui tujuan hidup yang sebenar. Adakah naluri hati kita sentiasa berpandukan jalan dan niat yang tulus ? Adakah dengan mendapat penerimaan dan pujian daripada manusia sekeliling bermakna apa yang kita kerjakan mendapat redha di sisi Allah Yang Maha Pemurah?. Saya amat takut sekiranya setiap yang dilakukan mendapat kemurkaan daripada Allah, walaupun kita menganggap ia sudah cukup baik untuk dilakukan.

Hati...ya, hati sering menukar niat kita tidak kira masa, Nafsu..ya..nafsu sering digoda dengan bisikan halus syaitan laknattullah, Fikiran..ya fikiran sentiasa ingin yang indah disekiling kita..Adakah berbaloi melakukan kebaikan tetapi niat untuk mendapat hanya dipandangan manusia? Adakah manusia itu sendiri yang memberikan nikmat pahala dan ganjaran yang lebih baik daripada Allah SWT??...di Dunia...ya..penangan Dunia amat hebat...kemasyuran dan pujian umpama satu zat bagi insan yang bergelar manusia..."puji..puji la aku, kerana aku telah lakukan sedekah..." " hebatnya kamu, dapat menolong ramai orang".." dan banyak lagi contoh yang ada..dan mungkin berlaku disekeliling kita dan mungkin kita juga tergolong??..Nauzubillah.

Perlukan kita mempunyai ramai penyokong dan kroni jika kita tidak dapat manfaatkan nikmat Allah dengan sebaiknya.. dan sia-sia jika kita tidak dapat membimbing penyokong kita ke arah yang diRedhaiNya...kita perlu lihat bagaimana cara yg telah kita lakukan pastikah ia tidak menyimpang daripada unjuran yang sepatutnya?..Tidak guna mendapat sokongan daripada penyokong (manusia) tetapi jauh dari RedhaNya Allah...mendabik dada, menghina dan mengutuk orang tidak sekufu dengan kita...apa yang kita perlu sebenarnya?...RedhaNya Allah kite cari, bukan sebaliknya...

Pabila ramai yang menyokong kita mule sombong dengan Allah, mengharapkan berkat manusia daripada Keberkatan Allah, (adakah manusia yg memberikan berkat kepada kita?). Riak..."ya..aku di Jalan TuhanKU..."..adakah ia sekadar laungan? "aku tidak pedulikan yang lain janji ramai yang menyokongku"... (sebagi contoh shj)...

Secara realitinya, kita sering mengharapkan ganjaran dan manfaat dengan apa yang kita lakukan...Beriman, Yakin dan setialah kepadaNYA..InsyaAllah..dengan niat hanya mengharapkan KEREDHAAN dariNYA..Allah tidak akan sia-siakan kita..dan tidak sesekali DIA berpaling untuk memberikan nikmat kepada kita..tetapi jike berpaling dariNYA....ingat, dan sentiasa bermuhasabah diri.. DIA amat berkuasa dan DariNYA kite dijadikan kepada Dia kita kembali...dan Dunia ini hanya tempat persinggahan yang singkat, jika kita tidak memanfaatinya..rugi yang nyata. Sesungguhnya saya mengingati diri saya sendiri...

" Ya Allah , Ya TuhanKu..Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu bahawa bagiMu segala puji-pujian, tiada tuhan melainkan Engkau yang satu. Tiada sekutu bagi Engkau yang Maha Memberi anugerah, yang Maha Mencipta langit dan bumi, yang Memiliki Keagungan.

p/s :-
1-akhir-akhir ni agak kerap pula update blog, duduk dalam "dilema fitnah amanah"
2-tikar tahajudku agak kekeringan kebelakangan ini, adakah itu tanda aku makin jauh dariNya..ya Allah ampunilah aku
3-terasa sedih bila mengenangkan percaturan "catur" yang pernah dilakukan.. Adakah ia membawa kebaikan atau sebaliknya?
4-zikir kematian terlalu jauh dari lafaz ini.. Adakah Allah sedang murka kepadaku
5-persepsi yang berbeza menyebabkan selalu berlaku salah faham..maafkanku sahabat..bukan niatku
6-memikirkan "baitul muslim"=>

Wallahu'alam=>

Wednesday, March 17, 2010

Amanah Menjadi Fitnah

Wednesday, March 17, 2010

"...janganlah sampai amanah jadi fitnah...",kata syafiq sahabat dari bangi

Terkenang kata-kata sang sahabat akan erti amanah. Ramai diantara kita berusaha untuk menunaikan amanah sebaik mungkin. Ada yang sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan bermacam lagi asalkan amanah yang dipikul dapat dilaksanakan. Teringak kata-kata abah "tiba masa kita hendak masuk syurga, anak-anak dan isteri kita pegang dan tarik kaki kita disebabkan kita tidak adil dalam beramanah untuk keluarga, andai kita lepas dari perhitungan keluarga, rakyat pula menarik kita disebabkan kita tidak amanah...."

Mengapa amanah boleh menjadi fitnah?. Merenung kembali ke dalam diri, mungkin ini yang dikatakan amanah menjadi fitnah. Kita menjalankan tugasan kita dan berusaha sebaik mungkin untuk menjalankannya, tetapi kita gagal dalam pelajaran, maka fitnah tugasan pada akademik kita. Adakah benar akan hal ini, tepuk dada dan tanya hati.

Sesetengah pihak yang mempunyai jawatan juga kadang-kadang terlalu banyak alasan untuk menghadiri sesuatu program. Hilangnya pemahaman pada "fiqh aulawiat" atau keutamaan dalam menjalankan atau memilih sesuatu. Amanahlah perkara yang paling besar dalam mendatangkan fitnah dalam diri. Apa yang kita lakukan, seringkali mendatangkan fitnah semula kepada kita. Menyentuh hal ikhlas dalam menjalankan tugas, ada pemimpin yang berusaha menyimpan segala usaha yang pernah dia lakukan dengan alasan takut akan riak dan sum'ah sehinggakan ada suara lantang di belakang menuduhnya tidak melakukan tugas. Mungkinkah ini dikatakan amanah membawa fitnah. Benar riak adalah suatu perkara yang boleh menghalang kita dari ke syurga. Tapi erti ikhlas hanya kita yang tahu. Mendedahkan segala usaha yang pernah diketengahkan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberitahu yang kita amanah pada tugasan. Dan ia mungkin sudah menjadi keperluan supaya hal demikian diperketengahkan supaya diri tidak difitnah dan orang lain tidak menfitnah.

Ada pula sesetengah manusia yang duduk dalam planet yang terlalu banyak tugasan sehinggakan dilema dalam menentukan sesuatu keputusan dengan tepat. Kadang-kadang ada perkara atau pilihan yang mereka lakukan tidak bertepatan dengan perkara yang sepatutnya mereka lakukan. Sebagai contoh memilih untuk bermain bola sehinggakan meninggalkan mesyuarat atau program yang lebih penting untuk dihadiri. Adakah perkara ini juga termasuk kepada amanah membawa fitnah.

Saban hari, perkara fitnah-menfitnah ini semakin berleluasa. Hatta orang yang belajar agama pun tidak terlepas akan hal ini jika apa yang diperkatakannya bukan akan hal yang sebenar. Sama-samalah kita berlapang dada dalam segala hal supaya kita tidak menfitnah dan Allah tidak membalikkan fitnah ini kepada kita suatu masa nanti.

"Ya Allah jauhkanlah kami dari fitnah pada amanah yang kami pikul.. Jangan disebabkan fitnah yang pernah kami timpakan pada orang lain suatu ketika dahulu menjadi fitnah kepada kami semula.. Ampunilah segala dosa kami yang terdahulu, ketika ini dan yang akan datang samada yang terlindung atau yang jelas.."

Wallahu'alam=>

Tuesday, March 16, 2010

Aku Cinta Allah

Tuesday, March 16, 2010

Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Ku sayang yang Ku rindukan yang Ku cintai

Aku lemah tanpa-Mu aku lelah aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku Ya...Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

Thursday, March 11, 2010

Jalan Mulia

Thursday, March 11, 2010

Setitis sahaja racun, akan membunuhmu
Membuatkanmu tak berdaya melakukan apa-apa
Kehidupan adalah perjuangan
Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu
Tetapi kita tetap menuju fana
Maka pilihlah jalan yang paling mulia menuju kematian
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki
Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia
Yang tentu, akan melemparkanmu ke neraka
 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates