Friday, February 25, 2011
 
Tuesday, February 22, 2011
"ya  Allah, kami bersyukur atas kemenangan ini, setelah 7 tahun kami menanti  tanpa pernah kenal erti putus asa, akhirnya kami berjaya memenanginya  pada hari ini, Engkau satukanlah hati-hati kami"
Itulah  antara doa yang telah dibacakan oleh Ustaz Nazri, Presiden ISIUKM yang  sempat dirakamkann ketika menyambut kemenagan majoriti GM UKM. Setelah  melepaskan hampir 7 tahun tampuk pemerintahan kepada pihak boneka atau  calon sistem pentadbiran; ASPIRASI, akhirnya pada malam semalam, suara  keramat mahasiswa kedengaran dengan kemenangan 22 kerusi calon GM.  Daripada 37 kerusi yang dipertandingkan, GM telah mendapat majoriti  besat dengan 22 kerusi dan ASPIRASI hanya mendapat 15 kerusi. Ini  mungkin adalah berkat daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan tidak  pernah berputus asa dari jentera GM. Ketika doa dibacakan, terdengar  esakan tangisan daripada warga jentera serta calon GM yang berkumpul.  Tidak dinafikan bahawa kemenangan kali ini cukup bermakna bagi GM kerana  ia dapat mematahkan dominasi ASPIRASI daripada menjadi 8 tahun. Ketika  duta GM ditemubual, mereka hanya menjangkakan mendapat 21 kersi tetapi  Allah telah mengizinkan lebih dari itu. Malah kerusi-kerusi yang  dijangkakan menang ada yang tidak berjaya dimenangi seperti di FSKB.  Tetapi apa yang menarik adalah, GM mempunyai banyak kemenangan dari  kerusi-kerusi umum mereka. Alhamdulillah. Kemenangan disambut dengan  perarakan ke seluruh UKM dan berakhir di Masjid UKM bagi menunaikan  solat sunat dan sujud syukur.
Antara isu-isu besar yang berlaku sepanjang PRK kali ini adalah:
1-Terdapat  2 orang calon dari ASPIRASI yang tidak menghadirkan diri ke bengkel  calon telah mendapat "sijil terbang" yang telah ditanda tangani oleh  satu tangan ghaib.
2-ASPIRASI bermain sentimen perkauman
3-ASPIRASI banyak mengeluarkan fitnah-fitnah yang berbaur hasutan terutama kepada pelajar tahun 1
Di  KTDI, kerusi FPER 3.5 berjaya dikekalkan oleh calon GM iaitu Mohamad  Idrul B Mohamad Daud dengan undi 329 mengalahkan Fatin Dayana dengan  192. Keseluruhan undi bersih yang diterima oleh calon GM adalah 136 dan  undi rosak adalah 11. Peratusan yang keluar mengundi adalah 56.8% dan  jumlah keseluruhan adalah 532. Seperti yang telah dijangka, peratusan  pelajar keluar mengundi sangat merosot disebabkan cuti bagi pelajar  tahun 4 dan bulan study bagi pelajar tahun 5.
Tiada sebarang isu  yang besar berlaku di KTDI tetapi pada sesi kali ini, persaingan GM dan  ASPIRASI lebih ketara. Kedua-dua pihak menunjukkan persaingan yang sihat  dan matang walau ada beberapa isu provokasi di FB. Pada malam terakhir  berkempen, jentera GM telah mengadakan "ops ziarah 2" dari rumah ke  rumah di KTDI. Sekali lagi sambutan yang hangat dapat dirasakan. Jentera  ASPIRASI hanya memasukkan bahan kempen mereka di bawah-bawah pintu  rumah-rumah sahaja tanpa bersua muka.
Apa yang dapat disimpulkan  pada kali ini adalah, Allah telah membuka jalan bagi orang-orang yang  bersungguh-sungguh. Mandat yang diberikan perlulah dibalas dengan  menjalankan amanah sebaik mungkin. Kepada calon-calon GM tahniah kami  ucapkan dan jangan sesekali mengkhianati amanah ini. Kepada calon  ASPIRASI, insyaallah boleh cuba lagi tetapi janganlah sanggup diri anda  diperkudakan oleh pihak tertentu. Jadilah warga yang bijak menilai. Kita  tolak calon sistem dan sokong calon pilihan mahasiswa. Insyaallah.
Akhir  kalam sebelum menutup perang/jihad PRK, akhirnya suara keramat  mahasiswa yang dibelenggu bertahun-tahun sudah kedengaran. Ber-GM Lebih  Baik.
Wallahu'alam=>
"agent of change"
 
 
 
Sunday, February 20, 2011
Seperti yang telah dijangka, ASPIRASI telah menghantar calon mereka DAYANA dari kejururawatan dan GM telah menghantar calon mereka MOHAMAD IDRUL dari perubatan. Ketika penamaan calon, tiada sebarang kekecohan atau masalah yang berlaku. Penamaan calon selesai pada 11.30 pagi iaitu lebih awal dari yang dijangkakan. Apa yang menarik, calon bebas tidak muncul. Sumber kami mendapati, pada mulanya calon bebas telah bersedia untuk dihantar tetapi atas pemintaan seseorang dipihak pentadbiran, maka pihak pentadbiran yang lain terpaksa akur untuk tidak menghantar calon tersebut. Antara sebab mengapa dia tidak dihantar adalah, mereka tidak yakin bahawa calon bebas dan ASPIRASI dapat memecahkan dominasi calon GM dan keduanya adalah calon bebas tersebut hendak dikekalkan di dalam satu jawatankuasa persatuan di PPUKM ini. Alhamdulillah, apa yang diharapkan telah termakbul oleh Allah. Persaingan satu lawan satu bermula. GM lawan ASPIRASI.
Apa yang menariknya pada kedua-dua calon ini, mereka tidak pernah mempunyai jawatan di dalam ssesusatu organisasi. Mereka cuma memiliki pengalaman sebagai organisasi program sahaja. Tetapi kelebihan ada dipihak GM kerena calon mereka pernah menjadi ketua batch mereka.
Calon GM telah memulakan kempen dari satu posting ke satu posting pada 17 Feb petang. Ketika kempen dijalankan, didapati sambutan yang sangat menggalakkan. Mungkin ini petanda awal bahawa calon GM akan mendapat mandat dan amanah daripada pegundi di kawasan Fakulti Perubatan. Disebelah malamnya pula, calon GM bersama jentera mereka telah mengadakan "ops ziarah" dari rumah ke rumah di Laman Midah dan Prisma. Sekali lagi sambutan yang hangat diberikan. Kekuatan jentera GM yang lebih mesra dan sangat dikenali oleh para pengundi memberi kelebihan kepada calon mereka. Tidak dinafikan bahawa ada juga pengundi yang tidak memberi respon yang baik. Tetapi tidak mengapa, itu adalah lumrah perjuangan. Tidak disangka-sangka, pada hari yang sama, GM telah menaikkan 5 banner calon mereka. Malah ketika banner dinaikkan, para petugas jentera mendapat bantuan dari pro-GM yang menghulurkan bantuan tanpa diminta. Banner selesai digantung kurang dari setengah jam atas pertolongan pro-GM. Pada 17 Feb, masih tidak kelihatan gerak kerja jentera mahupun calon ASPIRASI bagi memulakan kempen. Banner mereka juga masih tidak digantung.
Pada 18 Feb, dikhabarkan bahawa calon ASPIRASI cuba menjalankan kempen di posting perubatan. Tetapi sambutan yang amat dingin diberikan. Dikhabarkan ketika kempen dijalankan, hanya beberapa orang sahaja yang mendengar. Disebelah petang pula, pihak GM dan ASPIRASI bersama jentera masing-masing bertenbung di Jabatan Kejururawatan. Pihak GM telah dihalang oleh pihak ASPIRASI atas alasan tidak mempunyai kebenaran. Pada GM, mereka memiliki 2 orang jentera yang sangat rapat dengan ketua jabatan. Jadi kelebihan itu digunakan oleh mereka untuk meminta kebenaran bagi berkempen. Alhamdulillah, sekali lagi Allah membantu dengan membuka hati ketua jabatan untuk membenarkan GM berkempen. Pihak ASPIRASI hanya mampu diam sahaja atas kebenaran tersebut. Kedua-dua pihak hanya berjaya menjalankan kempen pada 5.30 petang. Ketika berkempen, calon GM telah diajukan dengan beberapa soalan dari jentera ASPIRASI. Calon GM mampu menjawap dengan tenang. Jentera GM tidak dibenarkan untuk melihat atau mendengar kempen jentera ASPIRASI. GM diminta untuk meninggalkan Dewan Kuliah tersebut. Banner dari pihak ASPIRASI hanya berjaya dinaikkan pada pukul 3.15 pagi 19 Feb. Kelihatan hanya 2 orang sahaja jentera mereka yang menaikkannya.
19 Feb, seawal pagi jentera ASPIRASI telah menjalankan survey atas alasan arahan TNC. Bila diminta surat arahan, mereka tidak mampu memberikannya. Malah pada hari tersebut, bahan-bahan kempen ASPIRASI telah mula diedarkan. Pada malan tersebut, malam manifesto telah dianjurkan oleh pihak JAKSA KTDI. Kedua-dua jentera GM dan ASPIRASI dari Bangi telah turun. Ini telah menambah kehangatan suasana kempen di KTDI. Pihak ASPIRASI tiba sangat lewat dari masa yang ditetapkan. Malah kehadiran mereka seperti samseng-samseng yang ingin membuat kacau. Disebelah GM pula, mereka hadir sebelum masa yang ditetapkan. Malah mereka sempat menunaikan solat jemaah Maghrib dan Isya' berjemaah. Mereka sempat beramah mesra dengan jemaah surau arRazi. Kehadiran mereka dengan senyuman disambut meriah oleh warga KTDI. Jika dilihat wujud 2 kelompok. Tetapi yang menarik, kelompok GM dipenuhi oleh penghuni KTDI sebaliknya kelompok ASPIRASI hanya dipenuhi oleh jentera mereka dari Bangi sahaja.
Malam manifesto dimulakan oleh calon dari ASPIRASI Fakulti Perubatan. Sangat jelik melihat calon ASPIRASI yang terjerit-jerit menyampaikan manifesto beliau. Malah beliau tidak senyum tetapi suara seperti orang yang sedang kecewa dan marah pula kedengaran. Ia diikuti oleh calon GM Fakulti Perubatan. Kemasukan calon GM disambut dengan tepukan dan sorakan "Student Power" oleh jentera dan sebahagian pelajar KTDI yang lain. Dengan senyuman dan ketenangan, calon GM menyampaikan manifesto beliau. Setelah itu, calon ASPIRASI umum pula mengambil tempat. Sambutan yang dingin diberikan. Ada juga kedengaran sekali-sekala jeritan kecil jentera mereka. Tetapi ia masih tidak mampu mewujudkan fenomena bersama warga KTDI. Setelah selesai, mereka terus meniggalkan majlis tanpa sikap profesional. Mereka hanya meniggalkan beberapa orang jentera ASPIRASI dari KTDI sahaja. Ini adalah sikap yang biadap dan kurang didikan moral ditunjukkan. Suara-suara kecil warga KTDI kedengaran marah dan menghalau mereka pergi atas tindakan mereka. Majlis ditenteramkan oleh MC. Seterusnya ia disambung dengan calon umim dari GM. Sekali lagi suasana menjadi hangat dengan laungan "student power" kedengaran. Ketenangan dan ketegasan mereka dapat dirasai ketika ucapan disampaikan. Malah terasa aura dari kata-kata mereka. Kedengaran juga sesekali laungan "hidup hidup mahasiswa, ASPIRASI tinggal kawan" yang dilaungkan oleh jentera GM. Jentera ASPIRASI KTDI tidak mampu melawan suasana tersebut. Kelompok GM bukanlah terisi oleh jentera mereka tetapi terisi oleh warga KTDI yang menyokong mereka. Malah kelihatan pelajar kejururawatn dipihak GM. Pegawai keselamatan juga memberi sokongan kepada GM. Mungkin disebabkan kehangatan layanan jentera GM yang solat berjemaah bersama mereka setiap Suboh, Zohor dan Asar.
20 Feb adalah hari terakhir berkempe. Sehingga tengahari ini, kedua-dua pihak masih tidak kelihatan. Mungkin serangan-serangan jentera terakhir dari kedua-dua akan berlaku pada malam ini. Kita nantikan apa yang akan terjadi.
Sama-sma kita untuk turun mengundi dan memberi mandat kepada mereka yang berhak.
Wallau'alam
"agent of change"
 
 
 
Wednesday, February 16, 2011
15 Feb 2011 berlaku satu program debat di antara duta GM dan juga mantan Setiausaha PMUKM dari ASPIRASI. Apa yang menyedihkan, debat tersebut tidak dapat dijalankan kerana wakil ASPIRASI tidak hadir atas alasan mempunyai program lain. Ketika jemputan dibuat, wakil ASPIRASI telah bersetuju untuk berdebat berkenaan isu PRK: Telus dan Bersih. Setelah jam menunjukkan pukul 9 malam, mereka membatalkan penglibatan di dalam debat tersebut dengan alasan mempunyai program bersama pengetua kolej. Program tersebut betukar menjadi sesi penerangan oleh wakil duta GM. Jumlah mahasiswa yang hadir sekitar 250 orang. Kebanyakan mereka adalah dari kalangan penggerak GM yang berpakaian unggu. Kelihatan juga wakil ASPIRASI yang hadir tetapi apabila dijemput menggantikan pihak yang sepatutnya, mereka menolak.
Di KTDI, difahamkan bahawa pihak pentadbiran akan mewujudkan calon bebas. ASPIRASI meletakkan seorang calon perempuan dari pelajar kejururawatan. GM meletakkan seorang calon lelaki dari perubatan. Manakala, difahamkan usaha mewujudkan calon bebas yang dijalankan oleh pihak pentadbiran akan meletakkan calon lelaki dari perubatan (twinning programme). Tujuan utama calon bebas diwujudkan adalah tidak jelas tetapi mungkin ini adalah startegi pihak pentadbiran untuk melakukan pecah undi kepada pihak GM. ASPIRASI dan bebas adalah di bawah naungan pentadbiran. Jadi alasan pecah undi adalah relevan untuk ketika ini. Jadi jentera GM akan bertemu dengan 2 jentera lain. Tetapi ini hanya khabar angin (walaupun memang sudah terbukti). Kita mengharapkan supaya tidak akan ada calon bebas yang bertanding atas dasar sabotaj.
Kita juga mengharapkan agar PRK kali ini berjalan dengan lebih bersih dan telus tanpa ada gangguan dari mana-mana tangan ghaib di belakang.
Wallahu'alam
"agent of change"
 
 
 
Tuesday, February 15, 2011
Seperti yang telah dijangka, penamaan  calon bakal berlangsung pada 17 Feb 2011 iaitu pada hari Khamis dan  pembuangan undi pada 21 Feb 2011. Jangkaan sedikit meleset pada tarikh  pembubaran MPP walaupun maklumat asal yang diterima adalah pada 27 atau  28 Januari 2011 tetepi ia telah berlaku pada 14 Feb 2011. Ia bukanlah  pekara yang sangat besar tetapi apa yang lebih besar adalah siapa yang  bakal menjadi pemimpin mahasiswa untuk sesi kali ini.
Dipihak  ASPIRASI UKM, dikhabarkan bahawa mereka mungkin akan mempertaruhkan  seorang anak Prof di UKM ini yang mengikuti program twinning. Ini  mungkin memberi sedikit kelebihan kepada pihak mereka. Tetapi sedikit  kekurangan jika diteliti pada peribadi calon mereka tersebut. Tidak  dinafikan bahawa mereka juga mempunyai sekurang-kurangnya 4 calon  simpanan yang berkualiti dan sudah siap untuk bertanding. 1 adalah dari  pelajar perubatan dan 3 dari pelajar kejururawatan.
Dari sudut  jentera pula, pada 14 Feb 2011 jam 10.30 malam, satu taklimat operasi  jentera ASPIRASI telah berlangsung di Auditorium PPUKM. Perjumpaan ini  sah kerana mereka menggunakan Auditorium dengan kebenaran menggunakan  surat rasmi. Ini bermakna, jentera ASPIRASI telah lama wujud. Kelihatan  20-25 orang pelajar kejururawatan berkumpul bagi mendengar taklimat  tersebut. Tidak kelihatan walau seorang pun pelajar perubatan. Tetapi  mungkin ada pelajar perubatan yang terlibat. Dikhabarkan, perjumpaan  tersebut dibuat bersama wakil ASPIRASI UKM bangi yang sanggup turun.  Maklumat mengenai perjumpaan tersebut belegar melalui SMS dan mulut  dikalangan pelajar sahaja tanpa didedahkan secara terbuka. Beberapa  pekara telah dibincangkan (tidak molek rasanya bagi saya mendedahkan  pekara yang dibincangkan).
Dipihak GM pula, dikhabarkan mereka  akan menghantar seorang calon lelaki yang mempunyai pengalaman dalam  arena PRK sebelum ini. Mereka jugan mempunyai simpanan aclon  sekurang-kurangnya 10 orang.
Diperingkat jentera, baru-baru ini  mereka telah melancarkan satu video dan poster CNY. Maklumat yang  diterima, mereka telah bersiap sedia menghadapi PRK untuk sesi kali ini.  Di sini saya sertakan poster tersebut:

Persaingan  kali ini mungkin lebih menarik disebabkan pelajar tahun 4 sedang  bercuti dan pelajar tahun 5 memasuki zone syudy month. Dijangka  peratusan keluar mengundi adalah kurang daripada 60%. Kedua-dua pihak  akan bergantung kepada ihsan undi daripada pelajar tahun 3,  kejururawatan tahun 3 dan 4 serta pelajar eMed tahun 3 dan 4.
 Wallahu'alam
"agent of change"
 
 
Tuesday, February 8, 2011
Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan  pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan  kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk  percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan  tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya  semata-mata.
Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir  sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab  pada hari  di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di  hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan  hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili  di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen,  akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang  ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak  lagi mempunyai kuasa ke atasnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud  : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas  mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24
Hakikatnya  saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu  oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti  pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih  dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.
Pertama  saya  ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan  nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan  apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari  pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia  di muka bumi.
Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang  dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan  hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah  sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.
Islam meletakkan  bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.  Justeru,  manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan  mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia  lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk  menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih  baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa  (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang  bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)
Apabila tujuan hidup untuk  mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk  menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah  dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT  dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya,  maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.
Ingin saya  bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah  manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai  dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO  merupakan satu amal soleh?
Adakah pada saat UMNO yang menjadi  tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal  soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968  sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan  amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan  perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?
Kedua,  Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah  orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO  diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.
Barangkali  sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada  tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini  dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah  dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu  ketika dahulu.
Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.
Allah  SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu!  Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi  kamu semua  disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke  suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)
Perpecahan  telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS  ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada  yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah  SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.
Utbah bin  Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit  dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah  dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu  telah memecahbelahkan kesatuan mereka!
Adakah benar baginda  merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya  apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Dari  zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan  perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa  UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961,  siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan  akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari  pintu belakang?
Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil  rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh  Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan  oleh bekas  wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang  ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang  bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan  UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan  pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama  jauh  sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta  sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi  Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.
Di zaman Tun Mahathir,  siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada  tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang  majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?
Siapakah  yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim  Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri  daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan  UMNO di zaman Tun Mahathir?  Siapakah yang memperkenalkan pengajian  Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak  sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?
Hari ini, UMNO masih  lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan  kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha  Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.
Peliknya,  juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan  kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah  mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di  Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta  menubuhkan Jabatan  Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak,  federalism pun tidak, Islam jauh sekali!
Apa yang lebih penting,  Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai  orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai  orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam  sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak  beriman dengan yakin kepada Allah SWT. 
Jika Tun Mahathir  berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka  Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid  yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.
Jika Tun Mahathir  menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah  agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika  Tun Mahathir  berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi  kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara  besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan  dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. 
Pertanyaan saya pula  kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang  bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?
Akhir  kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya  kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun  Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi  hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Jika saya  ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran  dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima  Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah  menyampaikan..)
HAJI NIK ABDUL  AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.
Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011
Wallahu'alam
"agent of change"