Saturday, January 2, 2010

Menerobosi Kekuatan Diri

Saturday, January 2, 2010

Alhamdulillah, walaupun sangat sibuk dengan beberapa urusan akhir-akhir ini, dapat juga saya mencuri sedikit masa untuk membuat perkongsiaan yang selalu saya fikirkan. Dan bagi saya ia amat penting dan terpulanglah pada pembaca untuk menilainya. Kadang-kadang bila kita duduk di dalam arena waktu yang sangat dasyat sibuknya, barulah kita mengerti erti nilai kelapangan, begitu juga dengan kesihatan, dalam keadaan sakitlah baru kita dapat menilai besarnya makna kesihatan. Sabda Rasulullah s.a.w' "dua nikmat yang selalu dilalaikan adalah nikmat sihat dan nikmat lapang". Moga kita tergolong dalam golongan yang bijak menggunakan dua nikmat ini dengan sebaiknya. Insyaallah.

Beberapa minggu yang lalu, saya telah diajukan dengan 1 soalan oleh 3 orang adik tentang perkara mengapa pentingnya proxy dalam berdakwah. Saya juga telah mengajukan soalan yang sama kepada beberapa orang adik dan seorang sahabat tentang perkara tersebut. Bukanlah minta pendapat diri ini diambil sepenuhnya, tetapi jika ia baik dan mampu memberi manfaat, silakan untuk mengamalkannya. Ada 2 perkara yang selalu bermain di dalam kotak fikiran saya mengapa perlunya proxy dalam berdakwah. Satunya, secara individu, orang yang duduk di dalam proxy itu perlulah menjadi "agent of change". Dan yang keduanya, medan dakwah ini terlalu banyak halangan dan cabarannya. Jadi bila mana kita dapat menguasai sesuatu proxy, biiznillah kita dapat mengurangkan halangan-halangan yang dihadapi dalam berdakwah.

Tetapi persoalannya, kenapa masih ada mereka yang berasa takut dan mungkin terlalu merendah diri untuk cuba duduk menguasainya? Malah terlalu banyak alasan yang keluar dari mulut mereka. Mereka berkata pada keinginan melihat dakwah bergerak sehebat halilintar dan dapat melihat Islam tertegak di atas bumi Allah ini. Tetapi mengapa mereka sendiri yang kadang-kadang mengaku faham selalu menolaknya? Terdengar jauh di pelusuk bangunan ada sahabat berkata yang dia takut, dia tidak mempunyai sifat kepimpinan, dia rasa tidak mampu, dia hendak focus pada pelajaran dan bermacam-macam lagi. Jadi kata-kata hanya tinggal kata-kata. Tidak lebih dari itu. Pada hakikatnya semua itu boleh dipupuk dan dilatih.

Benar wahai ikhwan dan akhwat, kita tidak digalakkan meminta-minta untuk suatu kuasa malah dilarang untuk gila kuasa. Zaman sentiasa berubah. Generasi kita (generasi Y) selalu sahaja diperlekehkan. Dimana penggerak-penggerak utama kita? Jauh disudut hati, pada hakikatnya diri ini juga merasa tidak layak bagi memiliki apa yang ada sekarang. Tetapi atas dorongan sahabat, permintaan-permintaan dari orang yang percaya pada kita, maka diri ini sentiasa berusaha untuk "menerobosi apa yang ada dihadapan". Hendakkah kita melihat kuasa yang sepatutnya golongan kita miliki tetapi atas kepentingan peribadi kita sanggup melihat ia jatuh kepada pihak yang "gila kuasa"? Inilah satu hakikat yang perlu kita didik dalam diri kita. Jika diberi sesuatu tugasan atau jawatan, jangan berkata "tidak" dahulu. Terima dan fikirkan kemudian. Insyaallah kalau keinginan kita kuat dan kita ikhlas maka Allah akan membantu.

Kita tidak akan melihat di mana kekuatan kita jika kita tidak menerobosi kekuatan diri sendiri. Hendak atau tidak yakinlah bahawa terlalu banyak "azimat" yang tertanam dalam diri kita ini yang masih kita tidak sedari. Jangan asyik mengeluh dan menyalahkan orang lain jika menghadapi masalah. Dari permasalahan itulah kita akan lebih bijak menangani dilema masa hadapan. Medan dakwah ini cukup luas. Mungkin ketika ini kita duduk dalam gerakan Islam dan masih ada sahabat-sahabat kita yang boleh menampung keperluan dakwah itu. Andai suatu masa kita bersendirian, dan tanggungjawab dakwah itu secara sendirinya jatuh kepada mereka yang faham. Maka wajiblah kita melaksanakannya. Jika kita lihat generasi kita ketika ini, semakin lama semakin liar dengan hidup mereka. Hidup cukup mewah dan asyik dengan dunia berfoya-foya mereka. Siapa yang bertanggungjawa atas mereka kelak? Ingat sahabat sekalian, jangan sampai diakhirat kelak mereka menuduh kita tidak pernah menasihati dan mengajak mereka kearah kebaikan. Maka CELAKALAH kita. Nauzubillah.

Di dalam tapak tangan kita ada biji-biji benih yang subur. Di mana kita berpijak di situlah perlunya kita menanamnya. Kita jaga benih itu sehingga hidup dengan segarnya. Kita beri segala keperluannya. Janganlah kita biarkan tanah yang kita pijak ini gersang tanpa ada kesuburan biji ditangan kita. Jika tanah yang telah kita usahakan itu telah subur, berhati-hatilah dengan tikus-tikus disekeliling yang sentiasa mengintai masa untuk merosakkan. Inilah yang dikatakan medan tempur dakwah. Bukan senang untuk menyemai benih, menjaganya dan terus menjaganya. Di sana tersimpan beribu-ribu halangan, racun, serangga dan tikus-tikus untuk merosakkannya. Tetapi apa yang mampu menyebabkan ia kekal adalah azam yang jitu. Dari mana kita mampu membentuk azam ini dan sekaligus berusaha ke arah kesuburan tanaman kita, ia sama sekali datang dari keinginan kita. Dan dari mana keinginan ini, ia datang dari usaha kita yang mencari kekuatan yang boleh kita semai.

"Ahli gerakan umpama permata dilautan pasir, dari satu sudut kita sama, tetapi kita lebih berharga. Jika mereka tahu bertapa berharganya permata-permata itu, sudah pasti mereka kaya di dunia dan akhirat. Tetapi permata-permata ini semakin lama semakin tenggelamdalam lautan pasir, malah ada yang telah dihanyutkan ombak"

Tidak salah untuk saya katakan bahawa generasi penggerak dakwah tika ini lemah dari pembentukan azam. Mereka tidak berani menerobosi diri sendiri. Hanya berlandaskan pada kemampuan diri yang sedia ada dan diketahui sahaja. Mungkin di sinilah mengapa hilangnya rasa cinta kepada yang hak. Mudah-mudahan kita bukan daripada golongan ini. Yakinlah wahai sahabat sekalian, sesiapa yang berani "menerobosi kekuatan diri" dialah orang yang berjaya. Bantuan Allah sangat dekat dengannya. Yang penting tenang, sabar dan ikhlas kerana Allah sentiasa berbicara tentang erti sabar dan ikhlas. Wallahu'alam=>

5 comments:

azira zahadi said...

"Tidak salah untuk saya katakan bahawa generasi penggerak dakwah tika ini lemah dari pembentukan azam. Mereka tidak berani menerobosi diri sendiri. Hanya berlandaskan pada kemampuan diri yang sedia ada dan diketahui sahaja."

Salam..ana setuju dgn pndpt nta. Bkn memandang pd org2 y jauh,cume skadar memandang org y trlalu dkt iaitu diri sndiri. Kita sndiri sedar kebolehan diri sndr sbb tu kite sering mengatakan kita xmampu untuk melakukannya. sbnrnye kelemahan y ada mmg boleh di ubah dan kita semua mampu lakukannya. kita hanya perlukan 1 step je untuk memulakannya insya Allah, Allah permudahkan perjalanan seterusnya..tp diri sndiri xbrani memulakannya..

Wallahua'lam..

mafiasolleh said...

"kadang2 mereka melihat tapi xnampak..kdg2 mereka dgr tp xfaham..kdg2 mereka rasa tp xtahu"

ada pulak sesetengah tu:
"mereka tahu apa yg mereka tahu smpaikan mereka sebenarnya xtahu apa yg sebenarnya mereka tahu..hingga suatu masa nnt mereka ni xtahu yg mereka ni xtahu"

ada yg lebih menarik:
"mereka suka berkata guna hati, xluah guna mulut dan hanya berani di belakang"

mg penggerak2 islam lebih berani menerobosi kekuatan diri=>

azira zahadi said...

Syukran jazilan. Memang itulah hakikatnya. moga penggerak2 islam berani menerobosi kekuatan diri..Ameen..Insya Allah..Moga dipermudahkan oleh Allah..

amin MPPPMUKM FARMASI said...

penjelasan yg kritis dr sahabat kita.. ana sokong pandangan dan penjelasan tersebut.. setiap detik kita akan dipertanggungjawabkn kerna kita adalah khalifah yang diberikn amanah untuk menguruskan bumi Allah ini .. kekuatan diri dpt diterobosi pabila insan merasa hakikat sebenar hidup di bumi ciptaan Allah ini.. insan adalah ciptaannya yang sentiasa diuji kemana pengakhirannya.. syurga atau neraka,, bergantung kpd kekuatan diri melawan arus kebejatan dunia ... janji itu pasti.. kita perlu menerobos lautan api dunia ini untuk mendapat kemenangan yg pasti..

salam ukhwah

mafiasolleh said...

syukran akhi amin..mg sama2 kita merialisasikan ape yg pernah kita bai'ah kan..insyaallah..yg pasti kuatkan azam, teguhkan tekad dan sabar dlm menempuhi arus raksasa zaman ini..moga hidup kita dibawah lembayung rahmatnya..

skarang ana berasa sgt takut..tp insyaallah akan cuba menerobosi segala ape yg ada dihadapan=>

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates