Friday, April 8, 2011

Sebelum & Selepas Cahaya

Friday, April 8, 2011

Terima Kasih

Alhamdulillah, pertamanya aku nak ucapkan seinfiniti terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan aku. Aku doakan agar kalian semua sentiasa di dalam lingkungan jagaan Allah selagi kalian menjaga hakNYA.

Suboh Jumaat

Seperti pagi-pagi biasa, aku dan sahabat-sahabat serumah aku yang lain pergi ke surau arRazi melaksanakan hak Allah dengan solat berjemaah. Orang yang solat Suboh berjemaah adalah golongan orang yang bersyukur. Mudah-mudahan aku antara golongan tersebut. Selesai solat Suboh, seperti rutin harian biasa, aku akan duduk di meja belajarku di sebelah tingkap untuk membaca alQuran dan tasmi' hafalan. Yang seronoknya kat bilik aku ini, pagi-pagi aku dapat dengar kicauan burung dan alunan angin yang sangat sejuk masuk melalui tingkap. Sambil-sambil itu, aku membaca surat khabar Berita Harian dan Harakah melalui internet. Tapi pagi tadi aku terbuka satu blog seorang kakak ini. Aku terbaca post beliau berkenaan zina. Kali ini aku ingin berkongsi pengalaman aku berkenaan hal-hal tersebut.

19 Mac 2011

Pagi itu sedang aku bersarapan bersama Munir dan Hazim (adik usrah aku), aku menerima SMS dari seorang muslimat UIA.

"Assalamualikum doktor. Saya dengar doktor pernah bagi talk berkaitan zina. Sudi tak memberi perkongsian tersebut dengan peserta Kem Anti-Zina anjuran Kerajaan Negeri Selangor dekat Kuala Kubu Baru?" SMS dari Fadhilah UIA yang telah aku ringkaskan tetapi maksud masih sama.

"Wslm. Saya bukan doktor lagi, saya cuma pelajar perubatan. Insyaallah boleh. Bila tu?" balas aku.

"Hari ini. Slot pukul 2.30pm" balasnya lagi.

Tersentak juga aku dibuatnya sebab takda apa-apa persediaan lagi. "Hmm, insyaallah. Tapi saya takda kenderaan. Bagi saya dalam satu jam menyiapkan sedikit slide" balas aku dalam kelam-kabut.

"Ok nanti saya minta orang ambil" balasnya lagi.

Selepas sarapan, aku terus balik bilik untuk menyediakan bahan. Buat pengetahuan, ini adalah kali ketiga aku buat talk berkenaan zina dari persfektif perubatan. Kali pertama ketika program Mahasiswa Bijak Jauhi Zina. Waktu tu agak kaku lagi sebab itu adalah kali pertama. Yang kedua talk di sebuah sekolah. Masa tu aku hanya sebagai fasilitator. Tiba-tiba diminta buat pengisian selama satu jam untuk mengganti penceramah yang tidak dapat hadir. Ini adalah kali ketiga.

Pergi Menaiki Komuter

Selesai saja aku menyiapkan bahan, aku SMS semula muslimat tersebut "Saya dah sedia" SMS ku ringkas kepada dia.

"Maaf akhi, kami tak dapat sediakan orang untuk amik. Boleh tak naik komuter? Kami akan ambil dari sana" balasnya.

Lama juga aku terperangkap di dalam dilema ini. Tapi telah aku infakkan masa cutiku untuk masyarakat, jemaah dan program-program berfaedah, maka aku sanggupkan juga untuk pergi. Ketika itu di dalam dompet aku ada lebih kurang RM13. Aku bertawakal saja mudah-mudahan cukup tambang pergi dan balik.

Maka aku meminta sahabatku Wan untuk menghantarku ke Komuter Tasek Selatan. Dan dari sana aku pergi ke Kuala Kubu Baru(KKB). Komuter adalah sebahagian dari kenderaan aku. Jadi aku tidak lokek untuk menaikinya.

Dah lama perkara ini bermain difikiran. Pelik melihat kaum hawa bersempit-sempit di dalam train lelaki. Padahal mereka telah disediakan tempat yang lebih selesa dan selamat. Aku yang jadi malu melihat perkara ini. Ada yang sanggup dipeluk, dihimpit dan bermacam-macam lagi. Rasanya kalian pun pernah melihat perkara ini. Mudah-mudahan mereka cepat sedar. Kita cuba menjaga maruah mereka tetapi mereka yang tidak mahu menjaga maruah mereka sendiri.

Perjalanan aku terpaksa menggunakan 2 komuter. Perjalanan tersebut mengambil masa 2 jam. Sampai saja di sana, sudah ada seorang ustaz dan ustazah menantiku. Nama gelaran ustaz tersebut adalah Ustaz Aji dan ustazah itu adalah Ustazah Wan Syamsiah. Merka adalah suami isteri dan pengarah bagi program tersebut.

Kejutan

Ketika aku mendapat jemputan, tidak pula aku dimaklumkan umur peserta. Aku ingat umur peserta adalah 20-an. Rupa-rupanya mereka adalah adik-adik sekolah menengah yang hampir dan pernah terjebak di dalam perkara zina ini. Mereka di bawa dari kawasan Dun Dr Halimah Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Aku hanya diberitahu ketika di dalam perjalanan ke kem sahaja. Jadi aku cepat-cepat menukarkan mind set aku ke tahap yang sesuai.

Slot aku dalam satu setengah jam. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku mengambil pendekatan yang lebih santai dan interaktif. Ketika slot tersebut, aku telah membuat dua orang remaja menangis. Jadi aku sangat mahu tahu kenapa mereka menangis. Jadi telah aku bertekad untuk menjumpai mereka setelah selesai slot tersebut.

Mereka Lebih Beruntung

Aku meminta izin dari ustazah untuk menjumpai mereka. Mereka di temani seorang fasilitator muslimat. Dalam perbualan kami, baru aku tahu yang mereka sudah pernah telanjur. Malah salah seorang dari mereka pernah menggugurkan anak. Apa yang memeranjatkan aku, mereka secara terbuka menceritakan detik-detik hitam mereka secara detail. Ketika itu mereka menangis. Nasib ada kakak muslimat yang bantu aku mententeramkan mereka.

Buat pengetahuan, SSM aku adalah berkaitan Psychosocial. Jadi aku gunakan skill tersebut untuk mendapatkan cerita mereka. Aku ada juga bertanya, kenapa mereka menangis ketika slot aku tersebut? Merka menjawab apa yang aku katakan terkesan pada mereka. Sebenarnya aku khuatir juga jika mereka menangis sebab kata-kata aku yang silap. Aku sangat besyukur ketika itu atas pengakuan jujur mereka. Ini adalah pengalaman yang tidak akan aku lupakan.

Perjalanan Pulang

Duit kocek aku ketika itu adalah dalam RM7. Insyaallah cukup untuk sampai ke Tasek Selatan. Kuasa Allah telah mengubah segalanya. "Rezeki datang dengan iman" kata seorang ustaz merangkap naqib di kawasanku. Aku diberikan hadiah sedikit wang. Pada mulanya aku menolak sebab aku hadir bukan kerana wang. Tapi selepas diminta untuk menerima, aku ambil saja. Dan telah aku niatkan sebahagian wang itu akan aku infakkan pada jemaah. Malah aku ditawarkan menjadi panel tetap di bawah Kerajaan Negeri Selangor bagi program Kem Anti-Zina Selangor. Ketika balik aku ditumpangkan oleh ustaz dan ustazah. Banyak perkara yang kami bincangkan termasuk pertembungan jemaah.

Persoalan Hidup

1-Masih banyak yang terjerumus di dalam lembah kehinaan ini. Aku bersyukur kerana diberi peluang bagi membantu mereka.
2-Ketika dalam perjalanan pulang, aku ada berdoa supaya dikekalkan kerejaan yang sedia ada sekarang ini supaya misi pembangunan ummah ini terus berjalan setelah sepi dan dimusnahkan hampir 50 tahun.
3-Sebenarnya mereka beruntung kerana selepas kegelapan, Allah telah membuka hati mereka kepada cahaya yang sebenar. Mudah-mudahan mereka betul-betul insaf
4-Selaian faktor kelalaian ibu bapa mendidik, pengaruh media massa dan facebook sangat memainkan peranan dalam menyumbang perkara buruk ini. Jadi hati-hati.

Jemputan

Sesampainya aku di kolej, aku berkongsi cerita dengan Wan. Tidak semua cerita yang aku cerita. Masih ada kerahsiaan yang aku simpan. Selepas Maghrib aku terus berangkat pula ke KTSN untuk menjalankan usrah. Sebenarnya aku gembira dengan keadaan aku sekarang kerana masa aku dapat aku beri pada yang memerlukan.

Fasa 2 kem tersebut baru saja berlalu minggu lepas. Tetapi ketika itu aku baru selesai menjalani pembedahan. Jadi terpaksalah aku minta untuk berehat. Slot aku kosong tiada pengganti walaupun aku cuba cari pengganti. Terima kasih sahabat-sahabat DQ yang sudi menjadi fasilitator.

Kepada mana-mana sahabat yang berminat menyertai, bolehlah memberi nama dan no telefon kepada aku. Insyaallah jika ada program ini, akan aku hubungi. Jadual yang telah ditetapkan adalah satu bulan sekali mengikut pusingan Dun. Ayuh kita menyumbang kepada pembangunan ummah terbilang.

Wallahu'alam=>
"agent of change"

2 comments:

Izzati said...

teruskan perjuangan, wahai doktor ummah! :)

Anonymous said...

MasyaAllah..alhamdulillah..mabruk.sgat bersederhana meskipun orang yg hebat.

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates