Saturday, May 22, 2010

Jodoh Dan Takdir

Saturday, May 22, 2010


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna


Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan


Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan


Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

3 comments:

Anonymous said...

salam..

semoga bertemu dengan srikandi impian..

insyaAllah..

ismisyakila said...

Assalamualaikum..

erm..x lama dah ni..semoga thabat dan dikurniakan zaujah yang memahami erti perjuangan Islam agar turut bersama kala jatuh dan bangun.

mafiasolleh said...

syukran semua..insyaallah..akie ko dah pregnant ee..best nyer menghitung hari kan..moga anak yg lahir nnt menjadi penyambung ranti2 perjuangan islam mcm parentny..insyaallah=>

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates