Tuesday, December 8, 2009

BidadariKu

Tuesday, December 8, 2009

mas kahwin untuk bidadariKu
adalah sekuntum bunga melati
yang aku petik
dari sujud solatku
setiap hari

buah cintaku
dengan bidadariKu
adalah lahirnya sejuta generasi teladan
yang menggendong tempayan-tempayan kemanfaatan
bagi manusia dan kemanusiaan
pada setiap tempat, pada setiap zaman

mereka lahir demi kesejatian sebuah pengabdian
dalam abad-abad yang susah
abad-abad tidak mengenal tuhan
abad-abad hilang naluri kemanusiaan
abad-abad berkuasa rejim-rejim kemungkaran
dan mereka tetap tegar dan setia
membela keadilan
dan kebenaran

perjuangan kami berterusan
sambung-menyambung setiap generasi
tak berpenghabisan
terus bergerak
mengalir ladang-ladang peradaban
seperti cintaku
pada bidadariKu
yang terus tumbuh
semakin subur
dari hari ke hari
laksana kalimat-kalimat cinta
dihati para solihin
dihati para nabi

"ya Allah, jika hatiku terpaut kepada kecantikan dunianya, engkau jauhkanlah ia..jika hatiku terikat pada darjat ketuanannya, engkau pisahkanlah..jika hatiku terpaut pada harta miliknya, engkau padamkanlah..tetapi jika hatiku terpaut pada indah agamanya disamping akhlaknya, engkau kekalkanlah..ya Allah, engkau tahu hati-hati ini berhimpun dalam cinta padaMu, telah berjumpa dalam taat padaMu, telah bersatu dalam dakwah padaMu, telah berpadu dalam membela syariatMu, teguhkanlah ya Allah ikatannya..tunjukkanlah jalan-jalannya..penuhilah hati-hati tersebut dengan cahayaMu yang tidak pernah hilang..lapangkanlah dada-dada kami dengan limpahan iman kepadaMu dan indahnya bertawakal kepadaMu..hidupkanlah hati ini dengan ma'rifat kepadaMu..matikanlah ia dalam syahid di jalanMu..sungguh engkau sebaik-baik pelindung dan penolong..ya Allah kabulkanlah"

5 comments:

tamar ridzuan said...

semoga bahagia bersama si dia dan semoga sentiasa berada di dalam lembahyung rahmat si Dia...

khalid alwalid said...

insyaAllah, moga2 kekal abadi .. cinta yg hakiki.... enta jg wan... matlamatmu penghulu bidadari syurga .. isteri solehah.. penyejuk mata dan penenang jiwa..

Anonymous said...

salam..wahwah..dah pandai mengarang puisi pulak ye odin..semoga berbahagia dengan si "dia" dunia dan akhirat..sape ek si "dia" tu????

mafiasolleh said...

=>mana layak aku mencintai sesiapa..cinta allah pn ak xtentu capai, ni kan cinta manusia..klau allah nak beri insyaallah ada la nnt..doaknlah yg terbaik ye..

Miftahulasrar said...

'mane layak aku mencintai sesiapa...cinta ALlah pun aku x tentu capai, ini kan cinta manusia...kalau ALlah nak beri insyaALlah ada la nanti...doakanlah yg terbaik ye...'
ameen...salam muhasabah IMAN & A'mal ; )
*p/s: waa~ da 'makin dewasa' la adik akak ni...
ALhamduliLlah...hijrah ke arah yg lebih
baik ; )fa hijratuhu IlaLlahi wa Rasuliihi!

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates