Sunday, April 3, 2011

Sehangat Sentuhan Kasih Ibu & Ayah

Sunday, April 3, 2011


Ingat 5 Pekara Sebelum 5 Pekara

Ingat 5 pekara,
Sebelum 5 pekara,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.

Petikan lirik Raihan tadi mengingatkan aku bertapa besar nikmat sihat. Tetapi masih banyak diantara kita yang selalu melalaikannya dan alpha dengan nikmat tersebut.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran"
-al'Asr:1-3-

Allah juga telah bersumpah dengan masa bahawa kita akan sentiasa hidup dalam kerugian. Tiap detik saat yang mengalir, pasti merugikan jika ia diisi dengan perkara-perkara yang sia-sia. Mengapa peringatan itu bermula dengan sihat sebelum sakit? Kenapa tidak bermula dengan muda sebelum tua? Secara peribadi, selagi sihat seseorang itu tidak kira tua atau muda, pasti mereka dapat berfungsi. Sebaliknya jika telah jatuh sakit, muda dan gagah macam mana pun, pasti terbatas pergerakannya.

Minggu lepas, Allah telah memberi satu nikmat yang pasti aku tidak akan lupakan iaitu "peringatan atas kesakitan". Jujur aku katakan, ketika itulah aku sentiasa ingin mendapat kesihatan aku semula. Baru aku tahu apa erti pesakit. Di situ jugalah aku melihat karenah doktor-doktor serta jururawat terhadap pesakit. Ada yang merawat pesakit secara menyeluruh (sakit+orang) dan ada juga yang hanya merawat pesakit. Aku nak pilih yang mana nanti? Tepuk dada pasti ada pilihannya.

Ketika itu jugalah aku tahu bahawa sakitnya bila kita diperlakukan dengan pelbagai procedure. Jadi para bakal doktor atau doktor, ketahuilah bahawa setiap apa yang hendak atau sedang kalian lakukan, ia memberi kesan yang sakit kepada pesakit.

Berada Di Hospital

Ketika aku sakit, aku langsung tidak memberitahu emak dan abahku. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Yang tahu hanya beberapa rakan rumahku. Jika hendak diikutkan, mungkin aku tidak mahu memberitahu mereka kerana aku tahu bahawa aku akan menyusahkan mereka. Tetapi untuk mengelakkan salah sangka, aku memberitahu sahabat-sahabatku.

Kebenaran untuk menjalankan pembedahan ditandatangani oleh aku sendiri. Ketika di dewan bedah barulah para doktor tahu yang emak dan abah aku tidak tahu akan keadaanku. Setelah selesai pembedahan, ada beberapa orang doktor dari team vascular datang dan memujukku supaya memberitahu kepada emak dan abahku. Aku agak bedegil. Rakan-rakan yang menziarahiku juga ada menasihati aku supaya memberi tahu. Setelah lama berfikir, barulah aku menelefon dan memberi tahu mereka.

Jangkaan aku betul, emak aku menangis ketika tahu keadaan aku. Dia ingin datang untuk melawatku walaupun aku tegah. Emak aku akur. Tiba-tiba abah aku telefon mahu juga datang. Akhirnya aku akur.

Kasih Emak

Maafkan aku emak, bukan tidak mahu memberitahu, tetapi aku tahu bahawa engkau pasti akan risau jika tahu. Malah makan minummu juga pasti terabai jika kamu terlalu risau. Aku tidak mahu kamu sedih dan risau. Itu saja.

Rupa-rupanya, di rumah, emak dan adik-adik aku semuanya menangis selepas mengetahui akan keadaan aku. Emak tidak dapat tidur menanti pagi mahu menjenguk anaknya. Selepas subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk pergi mengambilku kerana aku dapat keluar hari itu. Setelah menghantar adik-adikku ke sekolah, emak dan abahku terus ke PPUKM.

Dalam perjalanan, emak tidak selesa untuk duduk. Rasa lama saja perjalanan tersebut. Mungkin itu kasih ibu.

Cuti Yang Diberi Allah

Lama sudah aku jarang berkumpul lama bersama keluarga terutama emak dan abah. Sepanjang 4 tahun ini, sangat singkat masa yang diperuntukkan untuk mereka. Aku lebih sibukkan urusan belajar, persatuan, gerak kerja dan lain-lain berbanding rusan emak dan abahku. Astaghfirullah zalimnya aku.

Terima kasih ya Allah kerana memberi aku cuti walau dalam keadaan sakit. Jujur aku katakan, setelah lama tidak berada disamping keluarga tersayang, cukup memberi nikmat yang tidak ada tandingan. Walaupun satu keluarga makan nasi lembik, ikan bakar, roti dan makanan-makanan orang pantang, tetapi itulah nikmat kasih sayang keluarga. Emak kata "takpe, abang sakit kita sama-sama makan nasi lembik". Luluh hatiku mendengar kata emakku yang tersayang. Sanggup bekorban demi anaknya.

Aku cukup mendapat perhatian emak terutamanya ketika berada di rumah.

Untukmu Emak dan Abah

Jujur aku tidak dapat selami rasa hatimu,
Jujur aku pasti tidak mampu membalas jasamu,
Aku sentiasa rindu untuk berada disampingmu,
Aku rindukan sentuh kasih sayangmu,
Tidak cukup air mataku menangis mendoakan kesejahteraanmu,
Aku mahu sentiasa melihatmu gembira,
Aku ingin sentiasa di dalam dakapanmu seperti masih kecil,
Tangisku dibahumu,
Tiap pakai dan minumku engkau berikan,
Engkau tidak marah ketika aku nakal,
Malah memberi hikmah dan pelajaran untuk menyedarkan ku,
Wallahi aku sayang kamu berdua,
Aku seperti tidak mampu kehilanganmu walau seketika,
Andai kamu diambil nyawa,
aku dapat rasakan bahawa sepinya kehidupan ini,

Pasti tiada ganti yang mampu diberi,
Aku sayang kamu.

Andai emak dan abah ada baca puisi ini, ketahuilah bahawa aku menulisnya dengan air mata. Moga kita akan kekal bahagia sampai ke syurga. Aku sayang kalian.

Wallahu'alam
"agent of change"

10 comments:

Anonymous said...

salam akhi, nta sakit apa?...syafakallah..semoga cepat sembuh.

AMIN - ALFIKRUUMAH said...

salam kemaafan dr kalbu

tidak endah perkara yang berlaku. kerna kesibukan dunia yang membisu. sifiniti kemaafan dipinta ..

tika aku mengerang kesakitan, beratur kata semngat yg dihmburkan, ketika aku mengalami kesusahan, bersusun solusi yang enak engkau perkatakan.

tatkala dirimu ditimpa masalah dan kesakitan..
aku hmpir tidak tahu,
tiada seorg pun yang memberitahuku,
pengajaran untuk diriku,
sahabatmu yang sentiasa mendoakan agar kamu sihat selalu..

salam kemaafan dariku,
salam kasih sayang dari ku

buddy yang sentiasa merindui
ibn khalid

Anonymous said...

syafakallah akhi, semoga kita tidak lupa keluarga di samping sibuk dengan urusan kita.. inshaAllah.. :)

mohamad azizuddin fahmi b nordin said...

terima kasih atas doa semua=>

kumerinduimereka said...

agak sebak pabila terbaca post ini

selalu orang hanya mereka2 cerita.

namun ini cerita yang tidak perlu direka, namun semuanya realiti

terima kasih akhi kerana dapat menyedarkan aku tentang kasih pasangan yang membesarkan aku.

rindu, lama benar sudah tidak balik ke rumah.

mohamad azizuddin fahmi b nordin said...

baliklah wahai sahabat2 ku walau seketika..andai ada keluangan masa walau satu hari, ia lebih bermakna utk dihadiahkan kpd mereka ibu dan ayah kita..jangan nanti kita balik hanya utk menziarahi jenazah mereka..peringatan utk aku juga..insyaallah lepas ni akan cuba kerap balik..minggu ni pn rasa nak balik rmh..kalau ada kenderaan sendiri rasa nak balik tiap minggu..tanggungjwb pn dah agak bekurang slps meyerahkanny secara total kpd penyambung rantai pejuangan yg lain..mudah2n masa kita dan hidup kita lebih diredhai jika kita menghadiahkan masa kita walau seketika utk mengembirakan ibu dan ayah kat rumah

kumerinduimereka said...

namun akhi, kadang2 tidak pandai membahagi2

antara kerja2 di kolej, dengan bertemu wajah dengan ayahanda dan bonda

selalunya, amanah yang dutamakan

tapi dalam masa yang sama, kadang memikirkan

apakah perasaan bonda dan ayhanda

bagaimana caranya?

mohamad azizuddin fahmi b nordin said...

ayah dan ibu tu bukan amanah dr allah ke??bila sudah meningkat dewasa, kita perlu merubah cara kita melayani kehadiran mereka..bukan lagi seperti seorg budak hingusan..tetapi layanlah mereka seperti seorang shbt yg disanjungi..dalam alQuran terdapat 3 ayat yg membicarakan tentang ibu bapa(kalau xsilap)..malah rasulullah sendiri pernah bersabda yg redha allah terletak pada redha ibubapa..jwp bukan pada sy atau org lain,tp ada pada kamu sendiri..lihat siapa kamu sekarang berbanding dulu..wallahu'alam

kumerinduimereka said...

terima kasih akhi atas kesedaran yang memuncak pada diri

betul, nampak perubahan pada diri, sebelum dan selepas berada di menara gading ini

dulu nampak banyak masa terluang, namun sekarang makin kurang masa.

moga2 diri ini dapat mengubah dari seseorang yang kurang melayani keluarga, kepada diri yang lebih melayani mereka.

syukran akhi atas ulusan,

kuamatmerinduimereka.

mohamad azizuddin fahmi b nordin said...

kdg2 terfikir,btl ke kita ni xcukup masa??padahal masa yg kita ada sama mcm org lain, 24 jam sehari..apa yg membuatkan kita rasa kita xcukup masa adalah cara kita menggunakan masa..benar atau x,cuba kita muhasabah diri..dalam 1 hari brp jam utk stdy, brp jam utk main, brp jam tgk movie, brp jam tido(sindrome bdk medic huhu), brp jam beribadah, brp jam masa utk org lain dan lain2 lagi..ada 1 riwayat dr aishah r.a(kalau xsilap), dia kata rasulullah dirumah seperti manusia biasa, dia menolong ak menjahit pakaian, mengemas rumah dan lain2 lg..1/3 masanya adalah utk ummah,1/3 utk keluarga dan 1/3 utk diri sendiri dan baginda membahagikan 1/3 utk diri sndr kpd 2 bhgian, 1/2 utk rehat baginda dan 1/2 lagi utk ALLAH..hmm cuba kita renungkan..harian kita dilalaikan dgn byk pkr yg sia2..sy pn xterkecuali dr pekara tu..selain tu sikap bertanggu dlm urusan..ini lg dhsyat..berangguh akan menyebabkan kita mengambil masa kita yg ln dan masa org lain(ini yg perlu dipertimbangkan)..jd lbh baik diaturkan masa tu dgn lbh sempurna agar ada masa lapang utk keluarga terutama ibu bapa..nnt dah bekeluarga lg byk pkr dan masa yg perlu diagih..wallahu'alam

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates