Tuesday, April 19, 2011

Menelusuri Jalan "Ujian"

Tuesday, April 19, 2011

Saban hari pasti akan ada saja ujian atau masalah yang akan kita lalui. Itulah fitrah semulajadi kehidupan. Tanpa ujian siapalah kita. Berderap melangkah kaki setapak demi setapak bagi mengatur dan mencari jalan keluar dari permasalahan tersebut. Jika kita lihat dari satu pendekatan "masalah" ia lebih tertumpu kepada perkara yang kita tidak jangka atau sukai. Tetapi jika kita meneliti hakikat "ujian", ia lebih membuka makna yang luas. Kesenangan itu ujian dan kesusahan itu ujian. Renungkanlah!!!

TOT Ken Anti-Zina

Minggu lalu telah dijadualkan satu program ke-3 Kem Anti-Zina Selangor. Allah yang mengatur segalanya. Kem tersebut tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab tertentu. Maka kekosongan itu telah digunakan oleh Ketua Fasilitator kami untuk melakukan TOT (Training Of Trainers). Banyak perkongsian yang telah dibuat antara fasilitator dan jugan Ustazah Wan.

Apa sebenarnya yang ingin dikongsi adalah, ketika merenung kembali ke belakang berkenaan remaja-remaja yang telah hampir atau yang telah pun mencuba, aku bertanya kepada diri, mengapa mereka begitu? Memang tiada jawapan yang ditemui. Cuma sekadar berfikiran rasional bahawa inilah ketentuan yang Allah telah beri pilihan kepada mereka. Ini berkaitan "Sunnatullah dan Syariatullah". Mereka ini telah diberi pilihan samada ingin mengikuti jalan yang baik atau sebaliknya mengikuti panduan syariat. Tetapi pilihan mereka ketika itu tidak tepat. Mereka gagal dalam pertimbangan ini. Tetapi dari satu sudut yang lain, sebenarnya mereka lebih beruntung dari kita. Mereka telah melalui satu saat gelap di dalam hidup mereka.

Selepas itu mereka telah dipertemukan dengan segelintir manusia yang mempunyai jalan hidup yang lebih baik dari mereka. Maka di sanalah mereka melangkah mengubah haluan kepada kebaikan. Itu jika mereka sedar dan insaf. Setelah selesai kem pertama Kem Anti-Zina (KAZ), satu soal selidik telah dijalankan terhadap 35 orang ibu bapa. Subahanallah hasil yang tidak disangka-sangka telah ditemui.

Kata seorang ibu "anak saya ini selalu saja pergi kem seperti ini, tetapi kem kali ini berbeza. Lepas balik dari kem dia solat 5 waktu tidak tinggal". Bergetar hati aku ketika mendengar feedback sebegitu dari seorang ibu melalui seorang kakak.

Seorang ibu pula berjumpa dengan ustazah, katanya "apa yang diajar ketika kem? Anak saya dah mula solat". Rasa nak menangis mendengar kata-kata ibu tadi. Sangat terkejut. Andai tidak dapat semua, jangan kita lepas semua. Andai seorang pun yang berubah dari 57 orang peserta (kalau tidak silap), itu lebih membahagiakan. Moga-moga adik-adik yang telah berubah itu kekal istiqamah dan dirahmati.

Tazkirah Bob Lukman

Aku dan Amin(sahabatku) serta beberapa yang lain sempat mendengar liku-liku kehidupan seorang selebriti popular tanah air iaitu Bob Lukman. Siapa yang tidak kenal beliau, penulis lirik dan lagu Isabella (pernah menjuarai Anugrah Juara Lagu) dan lagu Taman Rashidah Utama (nyanyian kumpulan Wing). Sangat mengharukan jika diteliti jalan hidupnya.

Apa yang aku ingin kongsikan adalah "Rezeki Datang Dengan Iman". Setelah beliau menemui jalan Islam yang sebenar, beliau memang sudah berhenti secara total dalam bidang lakonan. Mungkin dari satu sudut kita akan mengatakan bahawa beliau akan menempuhi hidup yang sangat susah kerana kehilangan sumber pendapatan utama. Tidak. Kalian silap. Rezeki Allah itu sentiasa ada. Ia pasti ada.

Dari kisah Bob Lukman, selepas beliau berhenti belakon, tidak sedikit pun rasa kekurangan. Seorang anaknya yang mempunyai berat badan 150kg, tidak mendapati susut pada berat badannya. Malah makin meningkat. 3 orang anaknya telah mendapat sokongan bagi meneruskan pembelajaran di Mesir yang dijadualkan belepas dalam masa terdekat. Subahanallah waa Alhamdulillah. Hebatnya Allah. DIA sentiasa menafikan bahawa orang yang menginfakkan masa untuk jalan dakwah ini akan miskin dan susah. Tetapi DIA membuktikan yang orang-orang seperti ini lebih kaya dari orang lain. Mereka kaya di dunia dan di akhirat.

Mungkin benar Bob Lukman sudah tidak melihat seketul duit puluhan ribu setiap bulan, tetapi dia tetap dapat meneruskan hidup dengan rezeki yang ada. Kesederhanaan yang dididik Islam dapat dipraktikkan.

Menziarah Prof Ruzanna

19 April 2011 selepas selesai membuat SSM, aku, AJ, Syahirah, Prisilla dan Jing Fen telah melawat Prof yang kurang sihat. Buka kisah sakit Prof yang hendak aku kongsikan tetapi pesanan Prof. Prof memang seorang yang tabah.

"Kenapa kita perlu bersedih. Sepatutnya kita gembira. Ini adalah ujian khas dari Tuhan kepada saya. Kalau orang lain yang menduduki ujian ini, pasti mereka gagal. Tapi Tuhan tahu yang saya mampu melepasinya. Jadi saya akan jalaninya seperti biasa" kata Prof.

"Kita umpamakan macam profesional exam. Sebelum masuk exam mesti ada syarat yang kita perlu lepasi. Jika kita telah lepas semua syarat macam logbook, Mini CX dan lain-lain, baru kita boleh dduk periksa" tambah Prof lagi.

"Macam itu juga saya. Saya telah melepasi semua ujian Allah sebelum saya diberi ujian ini. Korang pun sama. Ini adalah ujian khas bagi saya. Kamu semua ada ujian tersendiri. Kamu patt redha dan bersyukur atas ujian ini. Bukan bersedih. You are the choosen one." Prof menasihati kami.

Subahanallah hebatnya Prof. Sepatutnya kami yang memberi semangat kepada Prof, tapi sebaliknya. Mudah-mudahan Prof akan cepat sembuh. Tidak diuji seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya.

Mungkin benar juga kata Prof, orang yang jarang mendapat ujian yang hebat ini, mungkin mereka belum berjaya melepasi ujian yang senang. Ujian itu bekadar dengan iman.

Ujian Kerja Yang Banyak

Akhir-akhir ini terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan. Memang sengaja aku mengasingkan diri buat seketika supaya aku dapat memenuhi kebutuhan kerja yang aku perlu lakukan. Mungkin ini ujian khas buat aku. Mudah-mudahan aku mampu melepasinya dengan jayanya. Allah Ya 'Alim, Ya Khaliq, bantulah aku dalam mencari ilham. Ameen

Wallahu'alam=>
"agent of change"

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates