Thursday, April 28, 2011

Aku Yang Tidak Pasti

Thursday, April 28, 2011

Maha Suci Engkau Ya 'Alim, Ya Hakim, Ya Rashid yang mengatur setiap langkah kami dengan penuh penelitian yang bijak sana. Aku agak tidak pasti kenapa ada beberapa isu yang bersifat "aneh" berlaku akhir-akhir ini.

ZAMAN NABI

Kisah 1

Suatu hari Baginda Nabi s.a.w duduk dan didatangi oleh seorang sahabat di sebelah kanan baginda.

Sahabat ini berkata, "ya Nabi Allah, aku telah berzina", lalu baginda memalingkan muka kesebalah kiri baginda.

Sahabat ini bergerak ke kiri baginda lalu berkata, "ya Rasullullah aku telah berzina". Lalu sekali lagi baginda telah menghadap ke kanan memalingkan muka.

"ya Rasullullah aku telah berzina", sahabat ini pergi ke sebelah kanan nabi sekali lagi. Lalu baginda memalingkan muka kesebalah kiri semula.

Maka masuklah kali keempat sang sahabat menyatakan yang dia telah berzina. Maka Rasulullah memanggil seorang sahabat lain untuk melakukan hukuman rejam kepada sang sahabat yang mengaku bahawa dia telah berzina.

Tetapi dalam masa yang sama, Baginda Nabi s.a.w tidak pula bertanyakan kepada sang sahabat yang berzina, siapakah pasangannya. Baginda hanya menjatuhkan hukuman pada sang sahabat yang mengaku melakukannya sahaja.

Kisah 2

Di zaman pemerintahan Umar alKhatab r.a, baginda telah di datangi oleh seorang wanita yahudi yang memberitahu bahawa beliau telah dirogol oleh seorang lelaki muslim. Umar sangat terkejut. Malah wanita tersebut telah membawa bukti sehelai kain dengan kesan tompok air mani.

Umar dalam kebingungan bagaimana mahu menghukum sang pesalah. Lalu beliau bertanyakan pendapat Ali r.a (pintu kepada ilmu) tentang pendapatnya. Ali r.a yang bijaksana telah meminta kepada Umar bagi menyiasat perkara itu terlebih dahulu. Lalu Ali r.a meminta seorang sahabat pergi mengambil air panas. Setelah itu beliau telah menjirus air panas tersebut di atas tompokan air mani yang didakwa oleh wanita tersebut di atas kain tersebut. Tompokan-tompokan itu berubah menjadi putih.

Ali berkata, "wahai Amirul Mu'minin, ketahuilah bahawa itu bukan tompokan air mani tetapi itu adalah tompokan putih telur. Air mani tidak akan berubah menjadi putih apabila dicurahkan air panas ke atasnya. Tetapi putih telur akan masak apabila air panas dicurahkan ke atasnya. Ketahuilah bahawa wanita yahudi ini telah berbohong dan mahu menjatuhkan maruah umat Islam".

ZAMAN KINI

Jika sahabat-sahabat menilai dengan akal fikiran yang jelas, dengan mata hati yang bersih, kita akan dapat melihat bagaimana di zaman kita ini terlalu banyak kes-kes yang membabitkan pengakuan sex secara bebas atau sex diluar tabi'e didedahkan.

Kes Saiful Bukhari (SB)

Telah tiba satu zaman di mana terlalu banyak fitnah-fitnah dunia yang berlaku. Mengambil contoh kes SB yang tiada logiknya malah perbicaraan yang sangat berat sebelah jelas-jelas membuktikan bahawa ini adalah perancangan fitnah dari musuh kepada musuhnya.

Di dalam perang saraf, ada beberapa agenda yang selalu digunakan bagi menjatuhkan musuh mereka. Pertama permainan rasuah, kedua fitnah-fitnah yang boleh menjatuhkan maruah (eg:sex dan pecah amanah) dan ketiga adalah bunuh. Ini adalah permainan saraf yang perlu diawasi oleh 2 golongan utama atau golongan yang perlu dilindungi; satu golongan ulama' pada ilmunya. Jika pihak musuh mahu menentang mereka secara ilmiah, sudah pasti mereka tidak mampu. Mengambil kisah seorang tokoh pemimpin parti pembangkan yang dituduh telah menzalimi seorang peneroka dengan membeli tanah si peneroka sehingga peneroka itu menjadi susah. Ini adalah percubaan menjatuhkan sang pemimpin yang boleh ditaklifkan sebagai seorang ulama'. Andai sudah tidak suka pada sang ulama' hormatilah ilmunya. Jangan difitnah mereka kerana ulama' adalah pewaris Nabi. Ilmu mereka lebih membuatkan mereka bertaqwa. Insyaallah. Golongan kedua adalah golongan pemimpin pada amanahnya. Pemimpin-pemimpin seperti ini perlu diingatkan akan tanggungjawab mereka kepada amanah. Permulaan amanah itu adalah menyesal, ditengahnya sengsara dan diakhirnya penyiksaan. Tetapi sebaliknya berlaku di zaman ini, pemimpin yang amanah cuba dijatuhkan tetapi yang sebaliknya disanjung di sana sini.

Kes Video Sex

Setelah tidak berjaya menjatuhkan seteru politik mereka, pihak musuh merencana menggunakan "peluru" kedua iaitu video sex. Ini lagi satu kisah tidak logik dan tidak bemoral. Tun Dr Mahadir berkata, "kita perlu menyekat video-video porno dari laman web yang wujud". Sekarang apa yang anak didik beliau lakukan. Mendedahkan video-video yang tiada moralnya dikhalayak ramai. Malah bangga dengan perbuatan mereka. Mengaku secara jelas merekalah Datuk "T" disebalik video tersebut. Yang anehnya, mengapa mereka yang mendedahkan perkara yang meruntuhkan moral ini tidak dihukum, sebaliknya dicari siapa orang di dalam video tersebut. Jika mahu cari, carilah tetapi hukumlah mereka yang mendedahkan sesuatu perkara yang bertentangan dengan akhlak umat Islam itu terlebih dahulu.

KESIMPULAN AWAL

Telah banyak menyimpang kita dari ajaran Islam yang sebenar. Qazaf boleh dikatakan hampir berlaku setiap hari di JAIS dan JAWI. Malah diambil tindakan kepada ustaz-ustaz yang menasihati dan tidak mahu mengambil keterangan mereka ini. Ustaz-ustaz tersebut di larang dari berceramah atau memberi kuliah. Inilah kerja OKU (orang kuat UMNO). OKU umpama pemangsa. Jabatan Agama Islam umpama kuda. Dan mangsa adalah PR. Tetapi bukan semua pegawai di jabatan tersebut suka menjadi kuda tunggangan. Mereka yang tidak rela menjadi kuda tunggangan ini pasti menjadi mangsa keadaan.

Di zaman baginda, Nabi telah menghukum mereka yang mengaku berzina sahaja. Tetapi tidak mencari siapa pasangan mereka kerana jika sang penzina memetik satu nama lain, ia telah menjadi "tuduhan" kepada orang yang ditudh. Maka perlu dibuktikan. Tetapi di dalam kes SB, beliau telah mengaku tetapi tidak pula dihukum malah dilindungi. Siap boleh dapat biasiswa lagi. Tetapi ditekan si tertuduh dan berusaha membuktikan yang dituduh itu adalah bersalah walupun terlalu banyak perkara samar yang berlaku. Di dalam Islam hukum adalah pasti. Dan jika ia dalam keadaan samar, maka ia akan terjatuh secara mutlak.

Ibrah disebalik kisah zaman Umar pula, Yahudi, Nasrani, Majusi dan orang Munafik ini selalu saja mencari peluang untuk menjatuhkan orang Islam. Di dalam kes SB dan video sex tersebut, kita dapat melihat posisi sang penuduh dan dituduh. Orang yang menuduh adalah musuh politik kepada yang dituduh. Maka secara peribadi mereka ada masalah dalaman. Jadi dengan cara menuduh ini mampu menjatuhkan moral sang tertuduh sekaligus menamatkan riwayat politik yang dituduh apabila kepercayaan masyarakat dapat dipalingkan.

Tetapi persoalan yang masih tidak terjawab, mengapa orang yang mengaku tidak dihukum. Dan mengapa orang yang mendedahkan perkara yang tidak bermoral tidak pula diambil tindakan. Merekalah orang pertama yang perlu diambil tindakan.

Bukan mudah usaha-usaha dakwah dijalankan bagi membetulkan semula masyarakat. Tetapi terlalu mudah ia diruntuhkan. Tiada halangan dari pihak kerajaan bagi menghalang penyebaran video lucah tersebut. Malah bangga dengan pendedahan mereka didada-dada akhbar mereka. Yang peliknya, mereka siap memberi tajuk video tersebut. Malah diberikan link ke blog yang mempunyai video lucah tersebut. Utusan..Utusan..Kita boleh umpamakan Utusam Malaysia ini seperti majalah porno pula.

KESIMPULAN AKHIR

Penilaian ada pada sahabat-sahabat semua. Saranan aku mudah saja, JOM BERUBAH. Kita tumbangkan gang-gang OKU dan bentuk kerajaan yang lebih berintegriti. ORANG MUDE GANG KITE=>

DI DALAM JEMAAH ISLAM

Ada sesetengah isu di dalam Jemaah Islam yang perlu diperbetulkan. Kesnya sama, jika tidak berpuas hati dengan seseorang, pasti dicemuh di dalam blog-blog dan FB. Malah dikatakan orang yang menegurnya itu tidak berfikiran positif membaca tulisannya. Selalu sangat perli-memerli ini wujud. Ini strategi ingin menjatuhkan tsiqah seseorang. Berfikirlah untuk kebaikan ummah, jangan terlalu bermain dengan emosi dan kepentingan diri. Jadilah orang yang paling banyak memberikan manfaat kepada orang lain bukannya menjadi orang yang ingin melihat sahabatnya malu atau jatuh. Itu bukan akhlak orang Islam.

Wallahu'alam=>
"agent of change"

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates