Wednesday, January 26, 2011

Pilihan Raya Kampus

Wednesday, January 26, 2011

Hangat suasana Pilihan Raya Kampus (PRK) makin terasa. Mungkin tanpa kita sedari persiapan secara tersembunyi oleh pihak-pihak yang ingin mempertaruhkan calon telah lama bermula. Jika di UKM, 2 kumpulan terbesar pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai ASPIRASI dan Gabungan Mahasiswa (GM) kebiasaannya akan berpencak di medan ini.

ASPIRASI merupakan gabungan beberapa entiti seperti ASPIRASI dan Tindakan Siswa Bersatu (TSB) yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan Chinese Council Community (CCC) ketika ini adalah kerajaan mahasiswa di UKM. Ia lebih mesra jika dikatakan kerajaan pilihan yang mendapat sokongan padu dari pentadbiran universiti. Mereka kini memiliki 21 kerusi bagi membentuk kerajaan di UKM. Prestasi kepimpinan mereka juga tidak boleh dinafikan akan hebatnya. Diketuai oleh Hamzah (Presiden MPPUKM), kerajaan ASPIRASI UKM tampak gah lebih terkehadapan berbanding kepimpinan sebelum ini. Persoalannya, mampukan kerusi-kerusi ini dipertahankan untuk sesi yang mendatang? Sama-sama kita lihat. Adakah mandat mahasiswa masih diberikan kepada mereka atau mandat mahasiswa beralih arah kepada musuh utama mereka GM.

Gabungan Mahasiswa (GM) pula terdiri daripada beberapa front mahasiswa seperti MAMPU, GMM, DEMA, KARISMA dan beberapa lagi front yang duduk dalam satu barisan memperjuangkan suara mahasiswa. Gerakan ini sangat lantang menentang pihak ASPIRASI. Mereka kini bertindak sebagai pembangkang dengan 14 kerusi. Jika ASPIRASI dinaungi oleh pihak pentadbiran, GM pula lahir dari kesedaran mahasiswa sendiri dan mereka bangkit memperjuangkan hak mereka daripada ditindas. Mereka juga menjadi "check and balance" yang baik buat kerajaan ASPIRASI UKM. Tidak dinafikan langsung kesungguhan GM memperjuangkan hak dan suara mahasiswa dengan menghantar wakil-wakil mereka bertanding di dalam PRK. Sehingga kini, barisan kepimpinan MPP GM ini lebih terkehadapan jika dibandingkan dengan ASPIRASI. Tetapi disebabkan mereka adalah pembangkan di UKM, maka segala usaha mereka jarang kedengaran.

Kedengaran bahawa pembubaran MPP akan berlaku jumaat ini bersamaan 27 Januari 2011. Samada ia benar ataupun tidak, sama-sama kita tunggu dan lihat. Berbicara berkenaan kerusi MPP FPER tahun 3, 4 dan 5 di PPUKM yang telah dimenangi oleh pihak GM selama 2 penggal, adakah ia mampu dipertahankan? Baru-baru ini, satu tampalan poster mempersoalkan tentang kerja-kerja wakil MPP FPER telah tersebar diserata blok di KTDI. Didapati poster tersebut menggunakan logo ASPIRASI. Mereka mempersoalkan adakah manifesto MPP telah terlaksana? Jika YA, dimanakah hasilnya? Kebiasaannya inilah taktik pembangkang. Mereka berani besuara tanpa keluar menemui masyarakat. GM melalui kerusi MPP FPER telah menjawab dengan beraninya akan isu tersebut dengan mengedarkan risalah secara terbuka kepada mahasiswa. Malah mahasiswa telah diberi kalendar tahun 2011 sebagai tanda ucapan terima kasih mereka. Gaya bahasa yang santai, pembawaan menggunakan lukisan kartoon menarik minat pembaca untuk membaca. MPP FPER telah menjawab isu-isu tersebut dalam risalah kartoon mereka dan terbukti mereka telah melakukan tugasan mereka. Benar, tidak 100% manifesto itu tercapai tetapi usaha kearah itu telah giat dijalankan. Persoalannya, adakah hasil kerja MPP FPER sesi ini mampu membantu memenangkan wakil MPP dari GM akan datang?

Jika diimbas semula, kemenangan MPP sesi kali ini dengan mejoriti 156 adalah 3-4 kali ganda dari sesi sebelumnya. Ia membuktikan bahawa kemenangan wakil MPP dari mana-mana kumpulan dipengaruhi oleh hasil kerja calon sebelumnya. Satu culaan telah dijalankan dan didapati 63% pelajar berpuas hati dengan kerja MPP sesi kali ini. Ketika itu GM mendapat 405 undi berbanding ASPIRASI sebanyak 249 undi. Jumlah yang keluar mengundi ketika itu adalah 100% daripada pelajar kejururawatan (143 orang pelajar) dan 92% daripada pelajar perubatan (jumlah yang gagal dikenal pasti). Tetapi laporan tersebut didapati daripada pihak TNC HEPA sendiri ketika malam pengumuman calon yang menang. Ketika itu 58 orang pelajar kejururawatan telah memberi undi kepada calon GM. Kebiasaannya, ASPIRASI kuat betapak di sebelah pelajar kejururawatan. Tetapi kini pelajar kejururawatan tampil lebih berani dengan memberi undi kepada calon GM yang berwibawa. Tidak dinafikan bahawa undi besar calon GM juga datang dari undi pelajar melayu. Hanya 30% sahaja undi dari pelajar bukan melayu yang diberikan kepada calon GM. Persoalannya, adakah GM mampu mengekalkan jumlah undi tersebut?

Faktor calon juga memberi peranan penting dalam pemilihan. Kedua-dua calon adalah datang dari wakil pelajar yang pernah duduk bersama PERSIAP. Dari sudut kepimpinan, kedua-duanya adalah terbukti sama hebat. Tetapi mungkin faktor yang berat sebelah adalah bangsa. Kebanyakan pengndi melayu akan mengundi calon melayu dan bukan melayu akan mengundi calon bukan melayu. Demografik data mendapati, 62% pelajar perubatan adalah melayu dan selebihnya adalah bukan melayu. Jika ASPIRASI masih kekal menggunakan cara meletakkan calon bukan melayu, mungkin kekalahan ketiga beturut-turut akan berlaku melainkan mereka berjaya melakukan undi protes melayu bagi memecahkan undi melayu. Persoalannya, siapakah calon dari kedua-dua pihak untuk kali ini? Ada khabar angi mengatakan bahawa calon dari kedua-dua pihak telah siap untuk bertanding. Proses "membeli" calon telah mula dilakukan. Mudah saja untuk mengetahui siapa calon ketua-dua kumpulan. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan pergi mengikuti kursus calon pada 11-13 Febuari ini. Di sana kita akan dapat lihat siapa calon mereka. Faktor susuk tubuh calon juga merupakan faktor yang sangat penting. Pelajar di Fakulti Perubatan jarang sekali memilih mengikut kumpulan ASPIRASI atau GM. Sebaliknya mereka lebih gemar memilih calon yang bertanding. Jika calon itu dipercayainya mampu membawa suara mereka, nescaya dialah yang akan dipilih. Jadi sama-sama kita tunggu siapa calon yang bakal dipertaruhkan oleh kedua-dua kmpulan.

Dikhabarkan bahawa, PRK akan jatuh pada 21 Febuari ini. Mungkin penamaan akan berlaku pada 16/17 Febuari dan mengundi pada 21 Febuari atau penamaan pada 21 Febuari dan mengundi pada 24 Febuari. Apa yang menjadi persoalan adalah, ketika itu pelajar perubatan tahu 4 sedang bercuti selepas peperiksaan akhir semesta. Menurut kajian demografik 35% pelajar perubatan adalah dari pelajar tahun 4, 35% dari pelajar tahun 3 dan 30% dari pelajar tahun 5. Jika dilihat dari keadaan ini, peratusan yang keluar mengundi akan merosot jika dibandingkan dengan sesi lepas. Jika perkara ini berlaku, peluang ASPIRASI untuk menang akan meningkat kepada 52%. Ini kerana bilangan pelajar melayu dan cina hampir sama bagi tahun 3 dan 5. Mungkin akan ada sebahagian kecil undi melayu memihak kepada ASPIASI. Pecahan pelajar tahun 4 mendapati, 68% pelajar adalah melayu dan selebihnya adalah bukan melayu. Jadi penyumbang tebesar undi melayu adalah daripada pelajar tahun 4. Tetapi jika dilihat daripada faktor-faktor lain di atas, pihak GM masih mampu menang dengan majoriti undi adalah tipis. Kesimpulannya jika PRK jatuh pada tarikh tersebut, peluang menang kedua-dua pihak adalah 50:50. Di sinilah faktor jentera yang membantu memainkan peranan penting. 2 sesi lepas, ASPIRASI kekurangan jentera untuk melaksanakan tugas. Terbaru, ASPIRASI KTDI telah mengumpulkan kekuatan malah mendapat kekuatan tambahan dari pihak-pihak tertentu. Salah 1 faktor kemanang GM juga adalah pada jentera mereka yang lebih mesra mahasiswa. Malah yang berkempen untuk calon mereka adalah golongan-golongan yang disenangi mahasiswa. Oleh itu, sesi kali ini mungkin mempertemukan kekuatan jentera bagi memenangkan calon masing-masing yang sangat hebat. Jika ini berlaku, ia menjadi faktor kemenangan calon dalam sesi PRK kali ini. Petembungan kali ini lebih kepada petembungan strategi(taktikal) dan taknikal. Sesiap yang menguasai meda, dialah yang menang. Mana-mana pihak yang berjaya membawa persepsi baik bagi calon mereka, merekalah yang menang.

Yusoff alQardawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa mengikuti pilihan raya itu adalah wajib hukumnya jika itu adalah jalan untuk menegakkan agama. Malah pilihan raya itu juga sifatnya adalah jihad moden yang telah diputuskan oleh jumhur ulama'. Ayuh perbetulkan pandangan kita tentang politik. Ambillah politik Islam bukan mempolitikkan Islam. Dalam Islam, kepimpinan atau pentadbiran(politik) adalah satu pekara asas. Ia umpama menghirup udara yang mana Allah tidak pernah pun menyuruh kita melalui ayatnya untuk menghirup udara. Tetapi disebabkan ia adalah keperluan maka kita menghirup udara. Maka mentadbir dan memilih pemimpin yang sebenar adalah pekara asas yang telah ada di dalam jiwa manusia itu sendiri. Oleh itu lakukankan tanggungjawab untuk memberi mandat kepada orang yang berhak memegangnya. Jika kita tidak mengundi dan tidak disangka-sangka bahawa calon yang menang adalah calon yang selalu melakukan kemungkaran atau kezaliman, maka kita akan dipertanggungjawabkan kelak. Mungkin akan ada saham di atas kelakuan kita itu kelak. Di dalam medan demokrasi, yang benar akan menang mungkin dengan 1 undi dan akan kalah mungkin dengan 1 undi, akan membina kerajaan mungkin dengan majoriti 1 kerusi dan kalah mungkin dengan 1 kerusi. Ayuh undi anda amat beharga. Kita inginkan keberkatan dari kepimpinan yang hak.

Wallahu'alam=>
"agent of change"

3 comments:

Anonymous said...

berGM lebih baik

takbir, Allahu Akbar!!

mafiasolleh@yahoo.com said...

ada sedikit pembetulan, 27 januari adalah hari khamis. maka kita akan lihat samada betul atau tidak pembubaran MPP berlaku pada esok hari

Anonymous said...

aku suka aspirasi...
lala....

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates