Thursday, January 27, 2011

Liputan PR Kampus UKM

Thursday, January 27, 2011

Pada 4 Januari 2011, berlaku satu perjumpaan antara JAKSA kolej tertentu bersama pimpinan MPPUKM ASPIRASI. Presiden MPPUKM, Hamzah telah memaklumkan bahawa pembubaran MPP akan berlaku pada 27 Januari atau 28 Januari. Sehingga pukul 11 malam ini, masih tiada sebarang maklumat yang diterima berkaitan pembubaran MPP. Oleh yang demikian, pembubaran MPP mungkin akan berlaku pada esok(28 Januari) jika tiada sebarang kejutan. Jadi sama-sama kita nantikan.

Maklumat yang diterima setakat ini, proses "membeli" dan "menarik" menarik calon untuk pergi ke kursus calon pada 11-13 Febuari nanti sedang giat dijalankan. Apa yang kami dapati, berlaku beberapa perjumpaan sulit yang tidak disangka-sangka telah diadakan diantara pelajar dan pentadbiran. Apa yang merungsingkan, 2 daripada perjumpaan tersebut adalah diantara organisasi satu persatuan dan pentadbiran. 1 daripadanya menyatakan dengan terang akan kehendak mereka supaya pelajar tersebut mewakili ASPIRASI dalam PRK kali ini. Beliau dipaksa untuk pergi ke kursus calon yang akan diadakan. Pelajar terbabit telah menolak dengan tegas dan keras akan permintaan tersebut. Beliau masih setia bersama persatuan pelajar. Sehingga kini didapati ASPIRASI masih tidak mempunyai calon. Perjumpaan yang seterusnya tidaklah menyatakan keinginan yang sama. Tetapi melalui pengalaman yang lalu, cara sama digunakan untuk mendapatkan wakil tersebut. Pelajar tersebut juga telah menemui kami dan menyatakan pendirian bahawa akan sentiasa setia di sisi persatuan. Oleh yang demikian, diharap tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak untuk "membeli" perwakilan daripada persatuan bagi mewakili ASPIRASI mahupun GM. Kepimpinan persatuan adalah dipilih melalui pilihan pelajar perubatan.

Kes yang seterusnya berlaku melalui perbualan telefon yang meminta pelajar terbabit membawa seorang lagi rakan untuk pergi ke kursus calon tersebut. Pelajar tersebut berasa serba salah dalam kemalasan. Didapati pelajar tersebut juga lebih cenderung kepada kumpulan GM. Adakah benar pihak ASPIRASI masih tidak mempunyai calon? Adakah mereka akan menggunakan cara tangkap muat untuk memilih calon? Sehingga kini, tiada berita yang diterima dari pihak GM. Adakah GM juga mengalami masalah yang sama iaitu masih tidak mempunyai calon? Apa yang pasti, kita hanya boleh melihat setelah nama calon kursus dikeluarkan pada 8 Febuari ini.

Sejak 3 hari ini, GM giat menjalankan kempen "Gelombang Ungu" mereka. Poster yang bekisar di dalam media baru sangat galak dipertontonkan. Pihak kami ada mendapatkan poster tersebut.


Apa yang kami harapkan, PRK kali ini lebih bersih dan telus tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak. Diharap agar tiada sebarang proses "membeli" calon dari perwakilan persatuan, JAKSA atau kelab dilakukan kerana ia akan menyebabkan terlalu banyak masalah. Carilah calon yang ikhlas memperjuangkan hak mahasiswa. Pilihlah calon yang mampu memberi kebaikan pada mahasiswa.

Wallahu'alam
"agent of change"

1 comments:

mafiasolleh said...

di sini ada sedikit pembetulan..perjumpaan tersebut berlaku pada 12 januari..

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates