Wednesday, January 19, 2011

Inilah Legasi Unggul Mereka

Wednesday, January 19, 2011


Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis sesuatu yang menyebabkan aku cemburu dan ingin sentiasa berada diantara mereka. Hari ini genaplah sebulan aku melepaskan jawatan sebagai pemimpin pelajar perubatan. Tapi itu bukan pekaranya. Yang aku ingin kongsikan adalah, mungkin tidak lama lagi akan muncul satu fenomena baru dari unit Quranic Team PERSIAP(QTP). Ini adalah medan altenatif bagi pembangunan insan pelajar perubatan UKM. Mungkin ketika aku mempengerusikan PERSIAP dulu, aku gagal memecahkan stigama terhadap program-program keagamaan diantara non-muslim. Tetapi dengan izin Allah, mungkin pekara ini akan berjaya dipecahkan oleh legasi kepimpinan baru. Jika non-muslim sangat sukar dibawa hadir ke surau-surau, maka altenatif baru perlu dicipta. Agama Islam ini bukan untuk orang surau yang boleh dikategorikan sebagai faham akan agama, tetapi ia untuk semua. Bukan isu non-muslim sahaja, isu rakan-rakan muslim yang boleh dikategorikan liat untuk ke majlis-majlis ilmu juga perlulah dipecahkan. Islam untuk semua bukan untuk orang yang rajin ke surau sahaja. Jadi rasanya telah tiba masa untuk BEST arRazi dan Quranic Team PERSIAP menggembeling pemikiran bersama dan menjajah isu-isu tersebut bagi membentuk masyarakat muslim yang mu’min. Dan mudah-mudahan akan ada non-muslim masuk Islam kelak.

Aku cemburu melihat Nurul Shazwani Sulaiman(Wani) yang boleh aku sifatkan sangat berjaya dalam sesi kepimpinannya sebagai Exco Etika dan Pembangunan Insan PERSIAP. Kenapa aku cakap begitu? Jika dilihat hasil kerjanya, dia berjaya membuat satu medan dakwah yang sangat menarik iaitu merentas fakulti. Kalau dulu perubatan untuk perubatan tetapi sekarang program PERSIAP untuk semua. Bermula dengan langkah bergaya mencipta kekuatan dengan program Mahasiswa Bijak Jauhi Zina(MBJZ) yang mana program ini telah merentas sempadan FSKB, Dental dan Farmasi di KTSN sana. Sesiapa yang hadir ketika hari kejadiaan, boleh melihat akan bukti ini, boleh dikatakan kehadiran sangat ramai terutama ketika forum malam itu. Hampir 1200 pelajar datang berhimpun memberi sokongan dan mengambil pengajaran dari forum tersebut. Jika program seperti itu dianjurkan oleh BADAR KTSN, kita tidaklah rasa terkejut dengan kehadiran sebegitu ramai pelajar. Tetapi program tersebut dianjurkan oleh PERSIAP iaitu badan pelajar perubatan. Satu fenomena yang hebat berjaya dicipta. Tahniah saya ucapkan kepada Wani dan team organisasi MBJZ tahun dua. Teruskan. Dakwah ini bukan untuk pelajar perubatan saja tetapi untuk semua. Fenomena ini diterskan lagi dengan kepintaran Wani mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pelajar Kejururawatan(PPK) dalam mengadakan Liqa’ Nisa’. Sekali lagi fenomena merentas kos pula berjaya dicipta. Sangat sukar melihat pelajar perubatan dan kejururawatan duduk di dalam 1 majlis. Tetapi program ini berjaya melakukannya. Walaupun penyertaan tidaklah sehebat MBJZ, tetapi ada daripada tiada itu lebih penting. Tahnian untuk Wani dan team Liqa’ Nisa’.

Dengan melihat fenomena-fenomena ini, maka diilhamkan oleh Allah akan penubuhan QTP bagi melancarkan dan membantu Wani dalam gerak kerja beliau. Kali ini Wani berganding tenaga dan pemikiran bersama Nurulina Aimi Faisal(Lina) sebagai Naib Setiausaha Agong PERSIAP ketika itu. Pelbagai plan telah dibentangkan kepada aku bagi pembentukan QTP ini. Aku terima selagi mana pekara ini baik. Alhamdulillah QTP ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Prof Dr Zaleha Mahdy sebagai Timbalan Dekan Pra-siswazah dan Hubungan Masyarakat ketika Annual General Meeting (AGM) PERSIAP pada 20 Disember 2010. Maka bermulalah legasi QTP. Tetapi apa yang aku tahu, QTP telah bermula lebih awal dari itu. Program pertama mereka adalah Jelajah PERSIAP(JP) dengan kerjasama Dream Team (BEST arRazi pernah membawa team ini dalam program surau selepas JP dijalankan). Sambutan Alhamdulillah baik malah feedback yang diterima sangat-sangat membanggakan. Ada diantara peserta yang ingin pergi lagi ke JP seterusnya. Jadi tunggulah JP seterusnya sesi PERSIAP baru ini. JP cuba dicipta untuk memecah barrier bangsa. Tapi objektif tersebut tidak dapat dicapai. Tapi tidak mengapa, boleh cuba lagi. Jangan sesekali berputus asa. Teruskan percubaan demi percubaan, Insyaallah suatu masa ia akan dapat juga ditembusi. Dan pekara yang sangat dinanti-nantikan malah mendapat kecemburuaan dari beberapa kampus perubatan di Malaysia yang lain adalah Fiqh Perubatan. Satu fenomena merentas universiti telah cuba diusahakan antara UKM(QTP), USIM(MSC) dan UPM. Insyaallah program ini akan dilancarkan secara rasminya pada 19 Febuari 2011 di UPM. Program ini mempunyai 10 modul yang mana ia akan dijalankan dalam 10 sesi. Tempat adalah di UPM dan UKM(selang seli). Ia bukan membincangkan tentang pekara-pekara seperti solat orang sakit sahaja tetapi ia membincangkan dari pendasaran membuat hukum itu sendiri dan beberapa isu yang berkaitan. Jadi jika ingin tahu, mendaftarlah bila pendaftaran bermula. Kita ada 70 kouta yang diperuntukkan, RM80 untuk 10 sesi tersebut dan insyaallah diakhir sesi ke-10, kita akan menyediakan sijil yang akan ditanda tangani oleh Dekan 3 fakulti. Menarikkan!! Di sinilah bermula legasi kepimpinan Qazreen alHakim, Exco Etika dan Pembangunan Insan PERSIAP merangkap pengerusi QTP untuk sesi kali ini. Dengar kata beliau melantik Wani sebagai timbalan dia. Kalau betul aku sangat setuju. Lina juga memainkan peranan yang sangat besar dalam program Fiqh Perubatan ini. Ayuh kita belajar dari program Fiqh Perubatan.

Kalau nak diceritakan lagi memang bayak. Apa yang aku dapat simpulkan adalah, mereka bertiga (Lina, Wani dan Qazreen) ini akan mampu membina legasi ummah yang lebih unggul dalam memecahkan apa yang sebelum ini aku tidak dapat lakukan. Jujur aku katakan yang aku cemburu dengan peluang dakwah yang mereka miliki. Aku pula hanya mampu duduk, memberi nasihat dan menyokong mereka dalam doa aku. Moga mereka tabah. Sabar, sabar dan sabar itulah nasihat aku pada mereka. Binalah legasi yang hebat bukan kerana nama tetapi kerana ingin menegakkan syiar Islam itu sendiri. Ayuh QTP, aku ingin lihat 3 tahun dari sekarang akan hasilnya. Pecahkan barrier yang aku tidak mampu lakukan. Kalian adalah pilihan Allah untuk melakukan pekara ini. Kalian adalah “agent of change” dalam kampus ini. Ameen!!

Wallahu’alam

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates