Thursday, January 27, 2011

Liputan PR Kampus UKM

Thursday, January 27, 2011

Pada 4 Januari 2011, berlaku satu perjumpaan antara JAKSA kolej tertentu bersama pimpinan MPPUKM ASPIRASI. Presiden MPPUKM, Hamzah telah memaklumkan bahawa pembubaran MPP akan berlaku pada 27 Januari atau 28 Januari. Sehingga pukul 11 malam ini, masih tiada sebarang maklumat yang diterima berkaitan pembubaran MPP. Oleh yang demikian, pembubaran MPP mungkin akan berlaku pada esok(28 Januari) jika tiada sebarang kejutan. Jadi sama-sama kita nantikan.

Maklumat yang diterima setakat ini, proses "membeli" dan "menarik" menarik calon untuk pergi ke kursus calon pada 11-13 Febuari nanti sedang giat dijalankan. Apa yang kami dapati, berlaku beberapa perjumpaan sulit yang tidak disangka-sangka telah diadakan diantara pelajar dan pentadbiran. Apa yang merungsingkan, 2 daripada perjumpaan tersebut adalah diantara organisasi satu persatuan dan pentadbiran. 1 daripadanya menyatakan dengan terang akan kehendak mereka supaya pelajar tersebut mewakili ASPIRASI dalam PRK kali ini. Beliau dipaksa untuk pergi ke kursus calon yang akan diadakan. Pelajar terbabit telah menolak dengan tegas dan keras akan permintaan tersebut. Beliau masih setia bersama persatuan pelajar. Sehingga kini didapati ASPIRASI masih tidak mempunyai calon. Perjumpaan yang seterusnya tidaklah menyatakan keinginan yang sama. Tetapi melalui pengalaman yang lalu, cara sama digunakan untuk mendapatkan wakil tersebut. Pelajar tersebut juga telah menemui kami dan menyatakan pendirian bahawa akan sentiasa setia di sisi persatuan. Oleh yang demikian, diharap tidak ada gangguan daripada mana-mana pihak untuk "membeli" perwakilan daripada persatuan bagi mewakili ASPIRASI mahupun GM. Kepimpinan persatuan adalah dipilih melalui pilihan pelajar perubatan.

Kes yang seterusnya berlaku melalui perbualan telefon yang meminta pelajar terbabit membawa seorang lagi rakan untuk pergi ke kursus calon tersebut. Pelajar tersebut berasa serba salah dalam kemalasan. Didapati pelajar tersebut juga lebih cenderung kepada kumpulan GM. Adakah benar pihak ASPIRASI masih tidak mempunyai calon? Adakah mereka akan menggunakan cara tangkap muat untuk memilih calon? Sehingga kini, tiada berita yang diterima dari pihak GM. Adakah GM juga mengalami masalah yang sama iaitu masih tidak mempunyai calon? Apa yang pasti, kita hanya boleh melihat setelah nama calon kursus dikeluarkan pada 8 Febuari ini.

Sejak 3 hari ini, GM giat menjalankan kempen "Gelombang Ungu" mereka. Poster yang bekisar di dalam media baru sangat galak dipertontonkan. Pihak kami ada mendapatkan poster tersebut.


Apa yang kami harapkan, PRK kali ini lebih bersih dan telus tanpa sebarang provokasi dari mana-mana pihak. Diharap agar tiada sebarang proses "membeli" calon dari perwakilan persatuan, JAKSA atau kelab dilakukan kerana ia akan menyebabkan terlalu banyak masalah. Carilah calon yang ikhlas memperjuangkan hak mahasiswa. Pilihlah calon yang mampu memberi kebaikan pada mahasiswa.

Wallahu'alam
"agent of change"

Seminar Fiqh Perubatan Malaysia


Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang berkuasa atas segala ketentuan. Setelah hampir 3 bulan usaha bagi menjayakan satu seminar bermodul bagi Fiqh Perubatan, akhirnya program ini bakal dapat dilaksanakan. Ia adalah hasil kerja keras beberapa rakan dalam mengedakan perbincangan yang panjang dan sabar dalam menghadapi banyak liku-liku dan karenah. Di sini saya ingin menjelaskan beberapa pekara berkaitan Seminar Fiqh Perubatan Malaysia ini.

Objektif:

1-Melahirkan pelajar Islam yang menguasai ilmu fiqh didalam bidang perubatan
2-Memberi kefahaman kepada para pelajar tentang hukum hakam Islam bedasarkan kaedah rawatan pada hari ini
3-Mendedahkan kepada para pelajar perubatan muslim tentang kepentingan pengamalan perubatan mengikut hukum Islam
4-Melahirkan generasi yang prihatin terhadap isu-isu semasa dan agama dalam pengamalan perubatan

Penganjur utama
:

1-Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)-Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP)
2-Universiti Putra Malaysia (UPM)-Persatuan Perubatan Putra (PPP)
3-Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)-Medical Science Club (MSC)

Penganjur bersama
:

1-Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM)

Masa
:

1-Setiap bulan, pada minggu ke 2 atau ke 3 (bergantung kepada kalendar akademik)
2-Hari Sabtu/Ahad

Penyertaan
:

1-UKM: 70 tempat
2-UPM: 70 tempat
3-USIM: 70 tempat
4-Kampus Jemputan (CUCMS, UM dan UiTM): 40 tempat
Jumlah keseluruhan= 250 tempat

Bayaran yuran
(RM 80/10 sesi):

1-Melalui akaun bank Maybank (162143148674)
2-Melalui wakil kampus yang dilantik

Tempat
:

1-Dewan Kuliah Universiti Putra Malaysia
2-Auditorium Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(selang-seli)

Modul/Topik
:

1-a)The Concept of Health & Illness in Islam
b)Islamic Medical Ethics, Codes & Oaths
2-a)Important Regulations Pertaining to the Dying & Death
b)Important Regulations Pertaining to the Sick
3-a)Islamic Scholars Efforts (Ijtihad) on Medical Issues
b)Objective of Syariah (Maqasid Syariyyah) Pertaining to Medical Fiqh
4-Principles of Fiqh (Qawaid Fiqhiyyah) Pertaining to Medical Fiqh & Its Application
5-a)Medical Issues in Fasting Patients
b)Medical Issues in Pilgrimage People
6-Purification & Ibadah for Wounded, Fractured, Mental & Physical Disable Patient
7-Bloods & Body Secretion in Men & Women
8-Allowed & Forbidden Medication & Procedures
9-Contemporary Topics in Medical Fiqh
10-Ruqyah Syariyyah (Prayers) for Practitioners & Patients

Program Perasmian
:

Program: Seminar Fiqh Perubatan
Tarikh: 19 Febuari 2011
Masa: 8 pagi-2 petang
Tempat: Universiti Putra Malaysia

Pekara yang akan diberi/disediakan:

1-Nota berkaitan topik
2-Sijil diakhir sesi ke 10 seminar




Pesanan
:

1-Ini adalah kali pertama program seumpama ini dijalankan. Mungkin ada banyak kekurangan yang akan berlaku. Oleh itu pihak penganjur memerlukan bantuan dari para peserta bagi memberi maklum balas kepada kami.
2-Segala modul masih dalam usaha penambahbaikan.
3-Ikhlaskan hati dalam menuntut ilmu agama Allah ini.

Yang menjalankan tugas,


MOHAMAD AZIZUDDIN FAHMI B NORDIN
Timb. Pengerusi II,
Seminar Fiqh Perubatan Malaysia.
(0132858832)

Wallahu'alam
"agent of change"

Wednesday, January 26, 2011

Pilihan Raya Kampus

Wednesday, January 26, 2011

Hangat suasana Pilihan Raya Kampus (PRK) makin terasa. Mungkin tanpa kita sedari persiapan secara tersembunyi oleh pihak-pihak yang ingin mempertaruhkan calon telah lama bermula. Jika di UKM, 2 kumpulan terbesar pelajar yang menggelarkan diri mereka sebagai ASPIRASI dan Gabungan Mahasiswa (GM) kebiasaannya akan berpencak di medan ini.

ASPIRASI merupakan gabungan beberapa entiti seperti ASPIRASI dan Tindakan Siswa Bersatu (TSB) yang menjalinkan hubungan kerjasama dengan Chinese Council Community (CCC) ketika ini adalah kerajaan mahasiswa di UKM. Ia lebih mesra jika dikatakan kerajaan pilihan yang mendapat sokongan padu dari pentadbiran universiti. Mereka kini memiliki 21 kerusi bagi membentuk kerajaan di UKM. Prestasi kepimpinan mereka juga tidak boleh dinafikan akan hebatnya. Diketuai oleh Hamzah (Presiden MPPUKM), kerajaan ASPIRASI UKM tampak gah lebih terkehadapan berbanding kepimpinan sebelum ini. Persoalannya, mampukan kerusi-kerusi ini dipertahankan untuk sesi yang mendatang? Sama-sama kita lihat. Adakah mandat mahasiswa masih diberikan kepada mereka atau mandat mahasiswa beralih arah kepada musuh utama mereka GM.

Gabungan Mahasiswa (GM) pula terdiri daripada beberapa front mahasiswa seperti MAMPU, GMM, DEMA, KARISMA dan beberapa lagi front yang duduk dalam satu barisan memperjuangkan suara mahasiswa. Gerakan ini sangat lantang menentang pihak ASPIRASI. Mereka kini bertindak sebagai pembangkang dengan 14 kerusi. Jika ASPIRASI dinaungi oleh pihak pentadbiran, GM pula lahir dari kesedaran mahasiswa sendiri dan mereka bangkit memperjuangkan hak mereka daripada ditindas. Mereka juga menjadi "check and balance" yang baik buat kerajaan ASPIRASI UKM. Tidak dinafikan langsung kesungguhan GM memperjuangkan hak dan suara mahasiswa dengan menghantar wakil-wakil mereka bertanding di dalam PRK. Sehingga kini, barisan kepimpinan MPP GM ini lebih terkehadapan jika dibandingkan dengan ASPIRASI. Tetapi disebabkan mereka adalah pembangkan di UKM, maka segala usaha mereka jarang kedengaran.

Kedengaran bahawa pembubaran MPP akan berlaku jumaat ini bersamaan 27 Januari 2011. Samada ia benar ataupun tidak, sama-sama kita tunggu dan lihat. Berbicara berkenaan kerusi MPP FPER tahun 3, 4 dan 5 di PPUKM yang telah dimenangi oleh pihak GM selama 2 penggal, adakah ia mampu dipertahankan? Baru-baru ini, satu tampalan poster mempersoalkan tentang kerja-kerja wakil MPP FPER telah tersebar diserata blok di KTDI. Didapati poster tersebut menggunakan logo ASPIRASI. Mereka mempersoalkan adakah manifesto MPP telah terlaksana? Jika YA, dimanakah hasilnya? Kebiasaannya inilah taktik pembangkang. Mereka berani besuara tanpa keluar menemui masyarakat. GM melalui kerusi MPP FPER telah menjawab dengan beraninya akan isu tersebut dengan mengedarkan risalah secara terbuka kepada mahasiswa. Malah mahasiswa telah diberi kalendar tahun 2011 sebagai tanda ucapan terima kasih mereka. Gaya bahasa yang santai, pembawaan menggunakan lukisan kartoon menarik minat pembaca untuk membaca. MPP FPER telah menjawab isu-isu tersebut dalam risalah kartoon mereka dan terbukti mereka telah melakukan tugasan mereka. Benar, tidak 100% manifesto itu tercapai tetapi usaha kearah itu telah giat dijalankan. Persoalannya, adakah hasil kerja MPP FPER sesi ini mampu membantu memenangkan wakil MPP dari GM akan datang?

Jika diimbas semula, kemenangan MPP sesi kali ini dengan mejoriti 156 adalah 3-4 kali ganda dari sesi sebelumnya. Ia membuktikan bahawa kemenangan wakil MPP dari mana-mana kumpulan dipengaruhi oleh hasil kerja calon sebelumnya. Satu culaan telah dijalankan dan didapati 63% pelajar berpuas hati dengan kerja MPP sesi kali ini. Ketika itu GM mendapat 405 undi berbanding ASPIRASI sebanyak 249 undi. Jumlah yang keluar mengundi ketika itu adalah 100% daripada pelajar kejururawatan (143 orang pelajar) dan 92% daripada pelajar perubatan (jumlah yang gagal dikenal pasti). Tetapi laporan tersebut didapati daripada pihak TNC HEPA sendiri ketika malam pengumuman calon yang menang. Ketika itu 58 orang pelajar kejururawatan telah memberi undi kepada calon GM. Kebiasaannya, ASPIRASI kuat betapak di sebelah pelajar kejururawatan. Tetapi kini pelajar kejururawatan tampil lebih berani dengan memberi undi kepada calon GM yang berwibawa. Tidak dinafikan bahawa undi besar calon GM juga datang dari undi pelajar melayu. Hanya 30% sahaja undi dari pelajar bukan melayu yang diberikan kepada calon GM. Persoalannya, adakah GM mampu mengekalkan jumlah undi tersebut?

Faktor calon juga memberi peranan penting dalam pemilihan. Kedua-dua calon adalah datang dari wakil pelajar yang pernah duduk bersama PERSIAP. Dari sudut kepimpinan, kedua-duanya adalah terbukti sama hebat. Tetapi mungkin faktor yang berat sebelah adalah bangsa. Kebanyakan pengndi melayu akan mengundi calon melayu dan bukan melayu akan mengundi calon bukan melayu. Demografik data mendapati, 62% pelajar perubatan adalah melayu dan selebihnya adalah bukan melayu. Jika ASPIRASI masih kekal menggunakan cara meletakkan calon bukan melayu, mungkin kekalahan ketiga beturut-turut akan berlaku melainkan mereka berjaya melakukan undi protes melayu bagi memecahkan undi melayu. Persoalannya, siapakah calon dari kedua-dua pihak untuk kali ini? Ada khabar angi mengatakan bahawa calon dari kedua-dua pihak telah siap untuk bertanding. Proses "membeli" calon telah mula dilakukan. Mudah saja untuk mengetahui siapa calon ketua-dua kumpulan. Kita tunggu dan lihat siapa yang akan pergi mengikuti kursus calon pada 11-13 Febuari ini. Di sana kita akan dapat lihat siapa calon mereka. Faktor susuk tubuh calon juga merupakan faktor yang sangat penting. Pelajar di Fakulti Perubatan jarang sekali memilih mengikut kumpulan ASPIRASI atau GM. Sebaliknya mereka lebih gemar memilih calon yang bertanding. Jika calon itu dipercayainya mampu membawa suara mereka, nescaya dialah yang akan dipilih. Jadi sama-sama kita tunggu siapa calon yang bakal dipertaruhkan oleh kedua-dua kmpulan.

Dikhabarkan bahawa, PRK akan jatuh pada 21 Febuari ini. Mungkin penamaan akan berlaku pada 16/17 Febuari dan mengundi pada 21 Febuari atau penamaan pada 21 Febuari dan mengundi pada 24 Febuari. Apa yang menjadi persoalan adalah, ketika itu pelajar perubatan tahu 4 sedang bercuti selepas peperiksaan akhir semesta. Menurut kajian demografik 35% pelajar perubatan adalah dari pelajar tahun 4, 35% dari pelajar tahun 3 dan 30% dari pelajar tahun 5. Jika dilihat dari keadaan ini, peratusan yang keluar mengundi akan merosot jika dibandingkan dengan sesi lepas. Jika perkara ini berlaku, peluang ASPIRASI untuk menang akan meningkat kepada 52%. Ini kerana bilangan pelajar melayu dan cina hampir sama bagi tahun 3 dan 5. Mungkin akan ada sebahagian kecil undi melayu memihak kepada ASPIASI. Pecahan pelajar tahun 4 mendapati, 68% pelajar adalah melayu dan selebihnya adalah bukan melayu. Jadi penyumbang tebesar undi melayu adalah daripada pelajar tahun 4. Tetapi jika dilihat daripada faktor-faktor lain di atas, pihak GM masih mampu menang dengan majoriti undi adalah tipis. Kesimpulannya jika PRK jatuh pada tarikh tersebut, peluang menang kedua-dua pihak adalah 50:50. Di sinilah faktor jentera yang membantu memainkan peranan penting. 2 sesi lepas, ASPIRASI kekurangan jentera untuk melaksanakan tugas. Terbaru, ASPIRASI KTDI telah mengumpulkan kekuatan malah mendapat kekuatan tambahan dari pihak-pihak tertentu. Salah 1 faktor kemanang GM juga adalah pada jentera mereka yang lebih mesra mahasiswa. Malah yang berkempen untuk calon mereka adalah golongan-golongan yang disenangi mahasiswa. Oleh itu, sesi kali ini mungkin mempertemukan kekuatan jentera bagi memenangkan calon masing-masing yang sangat hebat. Jika ini berlaku, ia menjadi faktor kemenangan calon dalam sesi PRK kali ini. Petembungan kali ini lebih kepada petembungan strategi(taktikal) dan taknikal. Sesiap yang menguasai meda, dialah yang menang. Mana-mana pihak yang berjaya membawa persepsi baik bagi calon mereka, merekalah yang menang.

Yusoff alQardawi pernah mengeluarkan fatwa bahawa mengikuti pilihan raya itu adalah wajib hukumnya jika itu adalah jalan untuk menegakkan agama. Malah pilihan raya itu juga sifatnya adalah jihad moden yang telah diputuskan oleh jumhur ulama'. Ayuh perbetulkan pandangan kita tentang politik. Ambillah politik Islam bukan mempolitikkan Islam. Dalam Islam, kepimpinan atau pentadbiran(politik) adalah satu pekara asas. Ia umpama menghirup udara yang mana Allah tidak pernah pun menyuruh kita melalui ayatnya untuk menghirup udara. Tetapi disebabkan ia adalah keperluan maka kita menghirup udara. Maka mentadbir dan memilih pemimpin yang sebenar adalah pekara asas yang telah ada di dalam jiwa manusia itu sendiri. Oleh itu lakukankan tanggungjawab untuk memberi mandat kepada orang yang berhak memegangnya. Jika kita tidak mengundi dan tidak disangka-sangka bahawa calon yang menang adalah calon yang selalu melakukan kemungkaran atau kezaliman, maka kita akan dipertanggungjawabkan kelak. Mungkin akan ada saham di atas kelakuan kita itu kelak. Di dalam medan demokrasi, yang benar akan menang mungkin dengan 1 undi dan akan kalah mungkin dengan 1 undi, akan membina kerajaan mungkin dengan majoriti 1 kerusi dan kalah mungkin dengan 1 kerusi. Ayuh undi anda amat beharga. Kita inginkan keberkatan dari kepimpinan yang hak.

Wallahu'alam=>
"agent of change"

Wednesday, January 19, 2011

Inilah Legasi Unggul Mereka

Wednesday, January 19, 2011


Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba aku terpanggil untuk menulis sesuatu yang menyebabkan aku cemburu dan ingin sentiasa berada diantara mereka. Hari ini genaplah sebulan aku melepaskan jawatan sebagai pemimpin pelajar perubatan. Tapi itu bukan pekaranya. Yang aku ingin kongsikan adalah, mungkin tidak lama lagi akan muncul satu fenomena baru dari unit Quranic Team PERSIAP(QTP). Ini adalah medan altenatif bagi pembangunan insan pelajar perubatan UKM. Mungkin ketika aku mempengerusikan PERSIAP dulu, aku gagal memecahkan stigama terhadap program-program keagamaan diantara non-muslim. Tetapi dengan izin Allah, mungkin pekara ini akan berjaya dipecahkan oleh legasi kepimpinan baru. Jika non-muslim sangat sukar dibawa hadir ke surau-surau, maka altenatif baru perlu dicipta. Agama Islam ini bukan untuk orang surau yang boleh dikategorikan sebagai faham akan agama, tetapi ia untuk semua. Bukan isu non-muslim sahaja, isu rakan-rakan muslim yang boleh dikategorikan liat untuk ke majlis-majlis ilmu juga perlulah dipecahkan. Islam untuk semua bukan untuk orang yang rajin ke surau sahaja. Jadi rasanya telah tiba masa untuk BEST arRazi dan Quranic Team PERSIAP menggembeling pemikiran bersama dan menjajah isu-isu tersebut bagi membentuk masyarakat muslim yang mu’min. Dan mudah-mudahan akan ada non-muslim masuk Islam kelak.

Aku cemburu melihat Nurul Shazwani Sulaiman(Wani) yang boleh aku sifatkan sangat berjaya dalam sesi kepimpinannya sebagai Exco Etika dan Pembangunan Insan PERSIAP. Kenapa aku cakap begitu? Jika dilihat hasil kerjanya, dia berjaya membuat satu medan dakwah yang sangat menarik iaitu merentas fakulti. Kalau dulu perubatan untuk perubatan tetapi sekarang program PERSIAP untuk semua. Bermula dengan langkah bergaya mencipta kekuatan dengan program Mahasiswa Bijak Jauhi Zina(MBJZ) yang mana program ini telah merentas sempadan FSKB, Dental dan Farmasi di KTSN sana. Sesiapa yang hadir ketika hari kejadiaan, boleh melihat akan bukti ini, boleh dikatakan kehadiran sangat ramai terutama ketika forum malam itu. Hampir 1200 pelajar datang berhimpun memberi sokongan dan mengambil pengajaran dari forum tersebut. Jika program seperti itu dianjurkan oleh BADAR KTSN, kita tidaklah rasa terkejut dengan kehadiran sebegitu ramai pelajar. Tetapi program tersebut dianjurkan oleh PERSIAP iaitu badan pelajar perubatan. Satu fenomena yang hebat berjaya dicipta. Tahniah saya ucapkan kepada Wani dan team organisasi MBJZ tahun dua. Teruskan. Dakwah ini bukan untuk pelajar perubatan saja tetapi untuk semua. Fenomena ini diterskan lagi dengan kepintaran Wani mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pelajar Kejururawatan(PPK) dalam mengadakan Liqa’ Nisa’. Sekali lagi fenomena merentas kos pula berjaya dicipta. Sangat sukar melihat pelajar perubatan dan kejururawatan duduk di dalam 1 majlis. Tetapi program ini berjaya melakukannya. Walaupun penyertaan tidaklah sehebat MBJZ, tetapi ada daripada tiada itu lebih penting. Tahnian untuk Wani dan team Liqa’ Nisa’.

Dengan melihat fenomena-fenomena ini, maka diilhamkan oleh Allah akan penubuhan QTP bagi melancarkan dan membantu Wani dalam gerak kerja beliau. Kali ini Wani berganding tenaga dan pemikiran bersama Nurulina Aimi Faisal(Lina) sebagai Naib Setiausaha Agong PERSIAP ketika itu. Pelbagai plan telah dibentangkan kepada aku bagi pembentukan QTP ini. Aku terima selagi mana pekara ini baik. Alhamdulillah QTP ini telah dilancarkan secara rasmi oleh Prof Dr Zaleha Mahdy sebagai Timbalan Dekan Pra-siswazah dan Hubungan Masyarakat ketika Annual General Meeting (AGM) PERSIAP pada 20 Disember 2010. Maka bermulalah legasi QTP. Tetapi apa yang aku tahu, QTP telah bermula lebih awal dari itu. Program pertama mereka adalah Jelajah PERSIAP(JP) dengan kerjasama Dream Team (BEST arRazi pernah membawa team ini dalam program surau selepas JP dijalankan). Sambutan Alhamdulillah baik malah feedback yang diterima sangat-sangat membanggakan. Ada diantara peserta yang ingin pergi lagi ke JP seterusnya. Jadi tunggulah JP seterusnya sesi PERSIAP baru ini. JP cuba dicipta untuk memecah barrier bangsa. Tapi objektif tersebut tidak dapat dicapai. Tapi tidak mengapa, boleh cuba lagi. Jangan sesekali berputus asa. Teruskan percubaan demi percubaan, Insyaallah suatu masa ia akan dapat juga ditembusi. Dan pekara yang sangat dinanti-nantikan malah mendapat kecemburuaan dari beberapa kampus perubatan di Malaysia yang lain adalah Fiqh Perubatan. Satu fenomena merentas universiti telah cuba diusahakan antara UKM(QTP), USIM(MSC) dan UPM. Insyaallah program ini akan dilancarkan secara rasminya pada 19 Febuari 2011 di UPM. Program ini mempunyai 10 modul yang mana ia akan dijalankan dalam 10 sesi. Tempat adalah di UPM dan UKM(selang seli). Ia bukan membincangkan tentang pekara-pekara seperti solat orang sakit sahaja tetapi ia membincangkan dari pendasaran membuat hukum itu sendiri dan beberapa isu yang berkaitan. Jadi jika ingin tahu, mendaftarlah bila pendaftaran bermula. Kita ada 70 kouta yang diperuntukkan, RM80 untuk 10 sesi tersebut dan insyaallah diakhir sesi ke-10, kita akan menyediakan sijil yang akan ditanda tangani oleh Dekan 3 fakulti. Menarikkan!! Di sinilah bermula legasi kepimpinan Qazreen alHakim, Exco Etika dan Pembangunan Insan PERSIAP merangkap pengerusi QTP untuk sesi kali ini. Dengar kata beliau melantik Wani sebagai timbalan dia. Kalau betul aku sangat setuju. Lina juga memainkan peranan yang sangat besar dalam program Fiqh Perubatan ini. Ayuh kita belajar dari program Fiqh Perubatan.

Kalau nak diceritakan lagi memang bayak. Apa yang aku dapat simpulkan adalah, mereka bertiga (Lina, Wani dan Qazreen) ini akan mampu membina legasi ummah yang lebih unggul dalam memecahkan apa yang sebelum ini aku tidak dapat lakukan. Jujur aku katakan yang aku cemburu dengan peluang dakwah yang mereka miliki. Aku pula hanya mampu duduk, memberi nasihat dan menyokong mereka dalam doa aku. Moga mereka tabah. Sabar, sabar dan sabar itulah nasihat aku pada mereka. Binalah legasi yang hebat bukan kerana nama tetapi kerana ingin menegakkan syiar Islam itu sendiri. Ayuh QTP, aku ingin lihat 3 tahun dari sekarang akan hasilnya. Pecahkan barrier yang aku tidak mampu lakukan. Kalian adalah pilihan Allah untuk melakukan pekara ini. Kalian adalah “agent of change” dalam kampus ini. Ameen!!

Wallahu’alam

Friday, January 7, 2011

XPDC Dakwah Tahn Baru-2011

Friday, January 7, 2011

"Dengan nyawa..dengan darah..kami tebusMU..ya Rasulullah..Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar". Inilah lafaz yang membuatkan aku bekobar-kobar untuk merasai nikmat dakwah pada malam tahun baru yang baru saja berlalu.

Walaupun sangat merasai kesempitan waktu, tapi apasalahnya meluangkan masa untuk membangun ummah dan mempertahan agama untuk seketika. Ini adalah kali ke-4 aku mengikuti program ini. Tapi sesi kali ini agak berbeza dengan 3 sesi sebelum ini. Pendekatan yang sangat lembut diterapkan. Kami diarah untuk mendekati masyarakat, mendalami mereka dan menasihati mereka.

Apa yang aku ingin kongsikan adalah aku sangat "respect" dengan beberapa sahabat aku yang mampu melakukan dakwah secara terbuka ini. Mungkin mereka berjaya mengetepikan rasa takut dan tidak yakin mereka. Tapi aku..hmm..Jujur aku katakan bahawa berdakwah dengan lisan dengan cara berdepan terus dengan mad'u sangatlah perit rasanya. Hanya Allah saja yang tahu betapa aku perlu beperang dengan segala macam rasa sebelum mampu melakukannya. Mudah utuk berkata dakwah, mengingatkan adik-adik usrah untuk melakukannya serta menyuruh orang lain melakukannya, tetapi bila terkena batang hidung sendiri untuk melakukannya, sangatlah susah dan perit.

"Respect" melihat Izat, Wan, Mije, Niam dan beberapa sahabat muslimin dan muslimat yang sangat dahsyat aksi dakwah mereka. Malah mungkin anak usrah yang aku bimbing lebih terkehadapan daripada aku. Walaupun berjaya melepasai halangan "rasa", tapi aku masih belum berpuas hati dengan performance aku malam tu. Ada ilmu tapi tidak mampu disampaikan sebaiknya pada mad'u.

"Ya Allah ampunilah aku serta sahabat-sahabatku yang lain. Berilah bantuan dan rahmatMu pada kami dalam menelusuri medan dakwah yang mencabar ini"

Jadi pengajaran untuk malam itu adalah:
1-Jangan tahu cakap saja, tapi buat sama. Baru dapat rasai nikmat manis dan pahitnya perjuangan.
2-Tingkatkan mutu dakwah supaya ummah kegemilangan akan kembali
3-Rindu berusrah dengan sahabat-sahabat yang hebat dalam medan dakwah. Tidak lupa juga adik-adik usrah yang mantap-mantap

Wallahu'alam
"agent of change"
 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates