Friday, December 10, 2010

Peringatan Buat Pemimpin

Friday, December 10, 2010
Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak mengenali
Tuhan dapat membawa manusia kepada Tuhan.
Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak merasai kehambaan dan merasai bertuhan dapat menanamkan rasa
tersebut di hati manusia. Mana mungkin pemimpin yang hatinya
lalai dari mengingati tuhan boleh membawa hati manusia untuk
mengingati Tuhan.

Adalah mustahil pemimpin yang derhaka kepada Tuhan
dapat membentuk manusia lain untuk taat dan patuh kepada
Tuhan. Pemimpin yang tidak terdidik atau tidak berupaya mendidik
dirinya dengan iman dan taqwa, tidak akan berupaya mendidik
manusia kepada iman dan taqwa.
Pemimpin yang gagal mendudukkan nafsunya pasti gagal
untuk membawa manusia lain menundukkan nafsu mereka.
Pemimpin yang zalim tidak akan mampu menjadikan rakyatnya
berlaku adil. Pemimpin yang bengis, keras, kasar, pemarah, ego
dan sombong pasti tidak mampu membawa kasih sayang dan
menyatupadukan manusia.

Dalam apa keadaan pun pemimpinlah yang mesti mendahului
orang lain dalam berbuat, barulah kejayaan bakal terjadi
kepada orang lain. Hatta pemimpin perompak dan penyangak
sekalipun, dirinyalah yang terlebih dahulu patut memiliki
kepunahan akhlak paling teruk. Kalau tidak, dia sendiri pun tidak
layak menjadi pemimpin kepada mereka yang jahat dan rosak
akhlak seperti dia.
Betapalah untuk menjadi pemimpin yang baik yang bercitacita
dan mahu mencetuskan kebaikan kepada manusia. Yang
mahu melihat manusia menjadi baik, mengenali Tuhan, hidup
bersyariat, berkasih sayang, bersatu padu dan bertolong bantu.

Pemimpin yang hendak membentuk manusia soleh, maka dirinya
mesti memiliki ciri-ciri super soleh. Pemimpin yang bercita-cita
membawa hati manusia merasa bertuhan, maka hatinya sendiri
mestilah berada pada tahap keupayaan menjadi penghubung
kepada Tuhan.

Dalam ajaran Islam, syarat-syarat dan ciri-ciri kepimpinan
adalah amat ketat. Bukan sebarang orang yang boleh dengan
mudah mengaku mampu menjadi pemimpin. Lebih-lebih lagi
Islam amat menolak orang yang bersungguh-sungguh mahu
menjadi pemimpin. Dalam soal kepimpinan, bukan soal siapa
mahu, tetapi ialah siapa yang mampu. Sedangkan yang mampu
itu sudah menjadi sunnatullah amat sedikit jumlahnya.
Kerana pada asasnya pemimpin sejati yang ada jaminan
selamat dan menyelamatkan ialah mereka yang dipimpin oleh
Tuhan. Mereka adalah para nabi dan rasul serta pemimpin pilihan
Tuhan yang berwatak nabi dan berwatak rasul. Antara keduadua
pemimpin ini, yang berwatak rasul saja yang layak memimpin
seluruh kehidupan manusia, walaupun tidak salah untuk
manusia mengikut pemimpin yang berwatak nabi. Ini kerana
para nabi dan pemimpin berwatak nabi hanya memimpin di
bidang ibadah dan akhlak sahaja.

Tugas dan peranan para pemimpin ialah banyak memberi
tunjuk ajar kepada manusia. Maka yang lebih utama didahulukan
ialah memberi tunjuk ajar kepada diri sendiri. Mesti mampu
mendidik diri, mampu menundukkan nafsu sendiri, mampu
berakhlak sempurna dan mampu menjadi model dalam segala
hal khususnya ilmu dan minda, ibadah, akhlak, kepimpinan dan
rumahtangga. Manusia terjamin selamat di bawah naungan
pemimpin super model ini. Pemimpin pilihan yang bertaqwa ini
sentiasa dinaungi oleh Tuhan. Rezekinya Tuhan yang tanggung.
Masalahnya Tuhan yang selesaikan. Ilmu dan mindanya Tuhan
yang ajarkan dalam bentuk ilham atau firasat. Strateginya tepat
kerana ilham dari Tuhan. Dia adalah sumber kekuatan, kekayaan,
kebijaksanaan, keupayaan, kepintaran dan kemampuan. Musuhnya
Tuhan yang tewaskan. Kerananya maka orang lain dibantu.

Dengan kehadiran pemimpin pilihan Tuhan ini, bumi menjadi
dingin kerana turunnya rahmat Tuhan. Kepalsuan menjadi reda.
Kejahatan merosot. Ketegangan menjadi kendur. Hati menjadi
lembut dan lunak serta mudah menerima kebenaran dan kebaikan.
Hati yang degil menjadi luntur. Maksiat dan kemungkaran
menurun kerana hati-hati manusia turut terproses dengan
sendiri. Manusia merasa gentar dan gerun untuk bertindak di
luar batasan. Musuh mengakui kebenarannya tetapi hasad dengki
mengongkong mereka lantas menolak kebenaran yang dibawa
dan diperjuangkan oleh pemimpin bertaqwa seperti ini.
Sepanjang sejarah, Tuhan telah buktikan bahawa pemimpin
inilah akhirnya yang beroleh kemenangan, kerana Tuhan kehendaki
mereka menang. Tiada kuasa yang berupaya menembusi
kuasa Tuhan. Musuh nya Tuhanlah yang menumpaskan kerana
Tuhan kehendaki yang batil dan pemimpin zalim itu tumpas.
Pemimpin zalim di zaman mana pun, sejarah telah membuktikan
yang dengan bukti sejarah itu wajar dijadikan iktibar,
bahawa akhirnya mereka kecundang. Betapa gagahnya Firaun,
Qarun, Hammad, Namrud, Abu Lahab, Abu Jahal, Al Walid bin
Mughirah, kuas empayar Rom dan Farsi, keutuhan Kota Konstantinopal,
semuanya kecundang di tangan pemimpin kebenaran.
Sejarah pasti berulang.

Watak zaman kebangkitan Islam kali kedua ini sama saja
dengan watak zaman kebangkitan Islam yang pertama, terutamanya
Tuhan benar-benar campurtangan dalam memenangkan
pemimpin kebenaran hingga menuju ke zaman ummah. Manakala
sebaliknya, Tuhan juga benar-benar campurtangan dalam
melenyapkan pemimpin palsu yang membawa kebatilan dan
kezaliman. Inilah zamannya yang mana sejarah itu sedang
berulang dan sedang berlaku. History is in the making.

Wallahu'alam
"agent of change"

p/s:-
1-Jangan lupa untuk hadir ke AGM PERSIAP
2-Ya Allah, tiada apa yang aku mahukan melainkan REDHA dan KEAMPUNANMU

Monday, November 22, 2010

PERSIAP adalah KITA dan KITA adalah PERSIAP --> Warkah Untuk Semua

Monday, November 22, 2010


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Maha suci Tuhan yang tiada sekutu baginya. Memulakan kalam dengan nama agungNya, moga Allah membimbing setiap patah aksara yang bakal saya ketuk di papan kekunci ini InsyaAllah. Moga Allah memberi petunjuk untuk setiap hujah dan lafaz terakhir sebagai Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa/i Fakulti Perubatan (PERSIAP) sesi kali ini.

Melihat dari kaca mata seorang pemimpin, tenang hati dan mungkin boleh menarik nafas lega dan mengurut dada mengucapkan hamdallah dapat memimpin dengan segala keterbatasan yang ada, halangan dan cabaran yang berjaya dilepasi satu persatu, teguran-teguran yang diterima dengan hati terbuka, nasihat-nasihat yang cuba diamal dan diterapkan dan kejayaan dan kegagalan yang sentiasa dikecap silih berganti. Alhamdulillah. Sebagai peneraju utama persatuan yang boleh ditaklifkan sebagai pemimpin semua pelajar perubatan, terlalu banyak mehnah dan tribulasi yang perlu dihadapi tanpa gentar dan mengenal erti beputus asa. Kesemuanya itu berkat dari doa dan sokongan kalian sebagai ahli PERSIAP. Tetapi tanpa izinNya, semua itu tidak akan berlaku. Langkah demi langkah diatur bagi mengekalkan dan seterusnya menaikkan penghormatan dan sokongan pelajar kepada persatuan telah diambil. Kadang kala ada langkah yang sekata dan tidak kurang juga banyak langkah yang tersasar. Bukan kehendak hati ingin menyalahkan bahawa kita ini manusia, tetapi itulah hakikatnya. Kita menilai sesuatu dari pandangan akal yang sangat terbatas. Maha suci Allah yang memiliki segala kekuasaan yang ada di langit dan di bumi. Tidak kurang juga tomahan dan provokasi yang diterima sepanjang zaman pemerintahan ini. Ada kalanya kami mampu bertahan dan ada kalanya air mata peneman penyelesaian masalah. Perselisihan faham yang berlaku di luar dan dalam organisasi adalah suatu lumrah dalam berorganisasi. Cuma bagaimana cara kita menerima dan menyelesaikan segala sesuatu itu saja yang membezakan.

Menurut perspektif peribadi, pelajar perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia telah banyak berubah. Jika dulu kita membiarkan saja hak kita ditelanjangkan, tetapi kini kita bangkit bersama dalam menuntut setiap hak yang kita miliki. Jika dulu kita takut bersuara, tetapi kini kita megah dan petah dalam memberi pandangan dan penyelesaian sehinggakan setiap kali mesyuarat fakulti, perwakilan pelajar akan dipanggil untuk memberikan buah fikiran. Jika dulu senior tidak boleh didekati, tetapi jurang itu dapat kita tumbangkan sekarang. Itu semua berkat kerjasama dan usaha semua pelajar melalui wadah persatuan. Moga di situ terbit keberkatan dan keampunan. Kita menerpa langkah bersama seperti askar di medan tempur bagi menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi. Takut sama kita hadapi. Akhirnya inilah wajah pelajar perubatan yang terbentuk sekarang yang lebih cakna pada kebajikan, yang sentiasa mengambil berat terhadap akademik teman, yang memberi sokongan dalam setiap program dan yang sentiasa mahu bersama mempertahankan persatuan ketika ia di atas mahupun di bawah. Terima kasih saya ucapkan.

Dalam 3 tahun pemerintahan, terlalu banyak tuduhan-tuduhan dan tomahan-tomahan yang sentiasa dilemparkan terhadap persatuan. Ada yang mengatakan bahawa persatuan ini cenderung kepada politik sesuatu kumpulan, terlalu keMelayuan, tidak ada perubahan dari sudut program dan bermacam-macam lagi. Saranan saya mudah, ayuh kita masuk atau sentiasa rapat dengan persatuan. InsyaAllah mudah-mudahan semua akan jelas tentang apa persatuan ini sebenarnya. Jangan berani bersuara di belakang saja, ayuh kehadapan. Banyak yang hebat berpencak di bilik-bilik atau di tempat-tempat yang bukan sepatutnya menjadi tempatnya, tetapi takut untuk menyatakan kebenaran di hadapan. Kami cukup terbuka. Dasar kami adalah kebajikan dan akademik. Mungkin mereka melihat perjuangan menuntut keadilan terhadap kebajikan itu satu usaha yang sentiasa menentang pihak pentadbiran. Di sini saya ingi tegaskan, persatuan tidak akan berundur walau selangkah jika ada kebajikan pelajar yang terabai dan dikhianati. Jika ada mereka yang asyik bersuara tentang hasil perancangan program Zero Repeater Campaign di mana hasil kejayaan program tersebut dalam membantu meningkatkan prestasi akademik pelajar. Saranan saya mudah, ayuh sama-sama kita memberi sumbangan setidak-tidaknya dari sudut idea bagi membantu menangani masalah akademik ini. Jangan asyik bertanya tentang apa yang persatuan telah buat tetapi beritahu kepada kami tentang apa yang perlu kami buat bagi menangani segala permasalahan tersebut. Sikap salah-menyelahi ini semakin teruk akhir-akhir ini. Berubahlah demi kebaikan bersama.

Tohmahan, sindiran serta kritikan kami di barisan pimpinan terima dengan fikiran terbuka, walau hati kadang-kadang agak tercalar. Cuma saya agak ralat kerana sewajarnya ahli lebih bersifat adil menilai, telus memberi pendapat untuk perubahan persatuan. Namun saban tahun keadaannya sama, orang hanya akan sibuk menilai kepimpinan semasa sesi sudah hampir tamat. Kenapa sepanjang exco memegang jawatan, tiada yang datang menghulur idea? Kenapa di saat kami memerlukan tangan-tangan membantu, cukup sukar untuk mencari ajk yang mahu?

Ubahlah mentaliti, usahlah kalut bercakap mengenai merubah komuniti jika sebelum ini kita hanya melihat dari luar, bercakap tanpa masuk sendiri dalam komuniti melaksana. Sokongan itu senang, cukup senang tapi pertolongan itu kadang-kadang boleh dibilang dengan jari. Kerana itu tak perlu bercakap mengenai muka sama sahaja berkerja, kerana saya sendiri tidak tahu mana hilangnya muka baru. Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada semua ahli yang sentiasa setia menyokong PERSIAP walaubagaimana sekalipun badai yang tiba. Kerana saya kira mereka inilah jua yang bakal bekerja memastikan PERSIAP terus berdenyut selepas ini. Jika hilang para ahli yang bekerja sebagai tulang belakang ini, maka ada kemungkinan untuk PERSIAP lumpuh dan jatuh.

Sekarang semua orang bercakap mengenai perubahan. Tapi saya lebih suka menyarankan agar kepimpinan akan datang berbicara mengenai pengislahan. Bagaimana kita ingin memantapkan apa yang sudah ada. Kualiti yang kurang itu bagaimana kita ingin tambahkan. Kelemahan yang jelas itu bagaimana kita ingin perbaiki. Apa yang tiada itu bagaimana kita ingin adakan. Idea yang baru memang bagus, malah saya sangat sokong andai itu boleh mengkualitikan mutu kerja persatuan. Namun perlu diingat, kadang-kadang idea itu boleh saja bersifat retorik, tidak berpijak di bumi nyata.

Di saat tiada goncangan isu, alhamdulillah PERSIAP nampak stabil. Namun bila tergugatnya PERSIAP, kami memerlukan pengemudi yang mampu melabuh sauh, menaik layar dan menukar arah bila tahu masanya, berpandukan kompas pengalaman dan kemahiran. Bukan nakhoda baru tidak mampu, tetapi untuk menjadi kelasi yang berjaya, kita perlu bermula dari bawah. Tiada jalan singkat untuk sesuatu yang bernama pengalaman, semuanya perlu bermula step by step. Betul, di sinilah fungsi mereka yang sudah berkemahiran, fungsi sebenar exco lama yang kekal. Tapi penerapannya tidak sama jika anda berada di kerusi Yang Di-Pertua. Exco lama dan penasihat hanya mampu membimbing jalan, tetapi YDP-lah yang berkuasa menunjuk jalan. Salah percaturan, maka risikonya ditanggung hampir 1200 orang di belakang.

Saya dengan rendah hati juga ingin meminta agar semua pelajar turun ketika AGM persatuan kelak bagi menuntut segala hak anda daripada kami. Jika kami ada terhutang walaupun sesen, maka tuntutlah. Jika kami ada terhutang merit walaupun 1, mintalah semula. Saya dengan rendah hati dan penuh kerelaan, sanggup untuk dihukum jika ketika pentadbiran kami ini, kami telah berlaku zalim kepada semua. Segala kesilapan yang kami lakukan bukanlah halnya kerana terlepas pandang tetapi itu semua kerana kami ini lemah atau kami lalai. Tuntutlah jika anda mahukannya. Kami hanya perlu persaksian dari semua orang yang kami telah menjalankan tanggungjawab ini dengan amanah. Itu saja. Kami tidak pernah minta untuk dibayar. Sentiasalah bediri teguh di belakang persatuan agar ia tidak akan roboh. Untuk membina satu mahligai impian yang sempurna bukanlah mengambil masa 1 atau 2 hari, tetapi sangat lama, Perlukan kesabaran, ketabahan dan kecekalan. Tetapi untuk meruntuhkannya hanya memerlukam kurang 1 saat. Kita adalah PERSIAP dan PERSIAP adalah Kita. Jadi yang membina kegemilangan ini adalah kita dan yang mungkin memusnahkannya juga adalah kita.

Wallah’alam

“agent of change”

Yang ikhlas,

MOHAMAD AZIZUDDIN FAHMI B NORDIN

Yang Di-Pertua PERSIAP(2010/2011)

Setiausaha Agong PERSIAP(2009/2010)

Exco KCKL PERSIAP(2008/2009)

Timbalan Pengerusi Fiqh Perubatan Malaysia(2010/2011)

Saturday, November 20, 2010

Aku dan PERSIAP

Saturday, November 20, 2010

Alhamdullih, Maha Suci Allah yang telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Hari ini genap umur aku 22 tahun. Dan sebualan lagi akan tamat perkhidmatan aku kepada rakan-rakan aku di dalam PERSIAP tetapi sebagai seorang teman masih diteruskan. Berbagai-bagai perasaan yang ada dalam hatiku ini. Ada sedih, ada gembira, ada risau, ada marah dan banyak lagi. Tapi itu semua tidaklah terlalu penting. Mudah-mudahan semua amanah yang telah terletak dibahuku ini selama 3 tahun telah terlaksana. Mudah-mudahan Allah redha akan aku dan rakan-rakan seperjuanganku. Setiap kali selepas solat aku akan berdoa kepada Dia dengan harapan ketika pentadbiranku ini, semua orang mendapat rahmat dan keampunanNya.

"ya Allah berkatilah pentadbiranku ini. Berkatilah juga orang di bawah pentadbirankuini. Berilah keampunan kepada kami. Hanya Engkau pemilik segala kerajaan dan kekuasaan"

Gembira

1-Mungkin sekarang aku boleh menarik nafas sedikit lega kerana tempoh aku memegang tampuk pemerintahan pelajar perubatan UKM akan berakhir tidak lama lagi.
2-Aku juga gembira kerana dapat berkhidmat dan memberi khidmat kepada rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah dalam membantu pembangunan akademik dan menjaga kebajikan semua.
3-Hati rasa sangat senang dan gembira kerana ketika dalam tampuk pemerintahan, banyak ilmu dan pengalaman yang dapat ditimba dan mungkin menyebabkan diri ini lebih cepat matang daripada usia(ye ke??).
4-Gembira juga dapat mengenali banyak teman dari universiti lain.
5-Banyak kesan tapak kenangan yang dapat ditinggalkan di dalam PERSIAP sejak menyertainya.
6-Dapat jalankan misi dakwah dengan mudah tanpa halangan=)

Kalau nak di ceritakan, rasanya banyak lagi. Jadi biarlah aku menyimpannya sendiri dilubuk kenangan hati.

Sedih

1-Ada juga rasa sedih bilamana akan meninggalkan PERSIAP. Mungkin masa yang menyebabkan aku berasa sedemikian rupa. Sudah 3 tahun aku di dalam PERSIAP.
2-Sedih bila mengenangkan mungkin aku ada menzalimi teman-teman ketika aku memerintah, mngkin juga aku tidak berjaya menjadi ketua yang baik dan mungkin juga aku lalai dalam menjalankan amanah ini. Tetapi aku telah berusaha semampu mungkin untuk menjadi adil dan beramanah dengan amanah ini.
3-Tekanan akademik pelajar perubatan yang makin lama semakin merosot sangat membimbangkan aku. Telah banyak usaha dilakukan. Mungkin usaha itu belum menemui hasilnya dan mungkin juga cara yang kami gunakan tidak bersesuaian dengan zaman ini.
4-Terasa sedih juga sebab ruang atau medan dakwah semakin mengecil bila meninggalkan PERSIAP ini. Moga akan ada ruang untuk aku berdakwah selepas ini.

Banyak juga pekara sedih nak dikongsikan. Tetapi biarlah ia disimpan dilubuk hati yang dalam.

Pesanan bagi kepimpinan PERSIAP akan datang dan teman-teman

1-Aku mohon kesaksian daripada semua bahawa kami telah menjalankan amanah ini dengan sempurna.
2-Sesiapa yang yang rasa telah dizalimi dan tidak berpuas hati, bolehlah menuntut semuanya kembali kepada kami. Masa yang paling sesuai adalah ketika AGM kelak. Kalau kami ada menggunakan wang kamu semua walaupun sesen, tuntutlah kembali. Jika kami tidak memberikan anda merit walaupun 1 merit, tuntutlah kembali. Jangan disimpan di dalam hati. Mudah-mudahan dengan tuntutan kamu semua akan memudahkan perjalanan kami ke SYURGA.
3-Kepada kepimpinan baru PERSIAP, jadikanlah iktibar tentang segala yang telah kami lakukan. Jika kami ada melakukan kesilapan, jangan diulangi ia ketika pemerintahan kalian kelak.
4-Jadilah seorang pemimpin yang sentisa dekat diri dengan Allah, sabar, betanggungjawab pada amanah, baik hati dan memiliki segala sifat mahmudah.
5-Ayuh kita rencanakan dan laksanakan gerakan dakwah kepada semua.
6-PERSIAP adalah KITA dan KITA adalah PERSIAP.

Wallahu'alam
"agent of change"

Thursday, October 28, 2010

Cerita Santai

Thursday, October 28, 2010

DAUN dan CINTA


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah,ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm, baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh , mungkin kamu akan dapat jawapannya.


Pelajar : Baiklah, apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke taman sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas daun di situ dan pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah daun yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun daun yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana daun yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan diatas daun dan sambil memandang daun yang berada di situ, saya carilah daun yang paling cantik.Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung taman , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah daun yang saya petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti daun tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

ULAMA" vs PRAMUGARI


Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.


Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?


Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Wallahu'alam=>
"agent of change"


Monday, October 25, 2010

Sayang Baginda Kepada UmmatNYA

Monday, October 25, 2010



Wahai seorang kekasih
Telah lama kau dirindui
Pilu sedih dalam kerinduan
Menangis pun tak berair mata
Namun hati tetap gembira
Syafaat mu menanti disana

Sungguh tabahnya hati mu
Menanggung derita yang melanda
Biarpun perit pedih tersiksa
Kerana umat, kau tempuhi jua

Wahai Rasul, kaulah segalanya
Contoh terbaik umat akhir zaman
Akhlak mu tinggi kan kami jejaki
Sifat mu sempurna pelengkap peribadi

Wahai Rasul kami merindui
Sinaran wajah mu mendamaikan jiwa
Manis senyuman mu penawar hiba
Di hati kami kaulah segalanya


Wallahu'alam
"agent of change"

Saturday, October 23, 2010

Kekasih

Saturday, October 23, 2010


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Wallahu'alam
"agent of change"

Tuesday, October 19, 2010

Sekadar Lelaki Biasa

Tuesday, October 19, 2010


Wajah nan rembulan
Meruntun jiwaku
Tiap bait tutur kata
Penuh keimanan

Tetapi diriku
Berbeda denganmu
Aku hanya insan penuh kejahilan

Adakah mungkin kan ku miliki kasih
Atau sekadar dalam hati

Ya Allah perkenankan doaku
Jadikan ku halal baginya
Menemani mimpi indahku
Ku bertanya...

Adakah harus ku kata
Ku sayang dia
Ku cinta dia
Siapalah aku
Sekadar lelaki yang biasa

Cintaku tak bererti memilikinya
Tapi cukup sekadar doa
Bahgiaku untuknya

Friday, October 8, 2010

Tazkirah: Yang Mana Lebih Utama?

Friday, October 8, 2010

"Kalau takut bekorban jangan sesekali bebicara tentang pejuangan", pesan seorang akhi kepada aku suatu ketika dulu. Dalam mengenang dan menilai tindakan diri ini, kadang-kadang terfikir adakah aku terlalu mendesak? Allah lebih mengetahui. Kadang-kadang ada benar juga kata masyarakat kepada sesebuah jemaah. Mereka hanya pandai bermain kata "dakwah" di dalam lingkungan mereka sahaja. Membiarkan masyarakat luar. Mungkinkah ini kifarah Allah kepada ahli gerakan. Mereka malas, terlalu banyak beralasan, meletakkan kepentingan Allah kedua dan pelbagai lagi pekara yang tidak dapat dikatakan secara zahir. Hanya mereka sahaja yang tahu. Meluangkan sedikit masa untuk mengangkat agama Allah saja sudah banyak beralasan, inikan pula jika diajak berjihad. Moga Allah memelihara hatiku ini dari beperasangka yang bukan-bukan.

انْفِرُواْ خِفَافًا وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan senang atau susah, dan berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah. Yang demikian adalah lebih baik jika kamu mengetahuinya"
-atTaubah:41-


Ketika zaman Rasulullah, semboyan perang telah berkumandang untuk mengajak para muslimin berjihad dijalan Allah. Maka ada seorang tua yang ingin menyahut seruan itu, tetapi ditegah oleh anaknya kerana dia sudah uzur. Lalu ia mengadukan akan perihal ini kepada baginda Rasulullah. Maka turunlah ayat ini.

Ada juga riwayat yang mengisahkan bahawa kaum muslimin diperintahkan menyerang kota Tabuk. Pada waktu itu musim panas dan buah-buahan hampir masak yang mana merangsang mereka untuk duduk berteduh di bawah pokok tersebut sambil menikmati buah-buahan tersebut sehinggakan mereka merasa enggan meninggalkan tempat tersebut untuk melaksanakan perintah Allah. Maka turunlah ayat ini bagi mengingatkan mereka akan kewajipan melaksanakan sesuatu perintah dalam keadaan ringan mahupun berat.

Begitu juga kita sebagai pelajar, samada lulus atau gagal perlulah sentiasa istiqamah dalam perjuangan ini. Pejuangan ini menuntun kita untuk bekorban hatta dengan harta dan jiwa sekali pun. Allah menyebut pengorbanan harta terlebih dahulu kerana nilai harta itu lebih bermakna dari jiwa manusia itu sendiri dewasa ini. Mereka sanggup bekorban nyawa, masa dan tenaga demi mencari dan menjaga harta mereka. Ilmu atau pelajaran juga adalah salah satu harta yang mana jika kita menggunakannya sebaiknya, ia akan menjadi bekalan untuk kita di akhirat kelak.

Cuba kita bahagikan kepentingan ini kepada 2 iaitu kepentingan diri dan kepentingan Allah. Kita senaraikan semua aktiviti kita sepanjang hari selama seminggu. Cuba kirakan berapa lama masa yang kita peruntukan untuk kepentingan diri (eg: main, belajar, menonton movie dll) dan bandingkan ia dengan kepentingan Allah (eg:solat fardhu, tahajud, bedakwah, usrah dll). Pasti anda akan melihat ketidakseimbangannya. Kadang-kadang ada antara kita yang sanggup membelakangi kepentingan Allah dengan mendahului kepentingan diri seperti menonton movie dll. Sebagai pelajar kadang kita takut meninggalkan study kita atau study group kita walau seketika untuk menyampaikan risalah dakwah. Adakah mereka tidak yakin akan janji Allah. Orang yang membantu agama Allah pasti akan memperolehi kemenangan(kejayaan). Ingatlah "jangan terpedaya dengan nikmat muda kerana tua bukan syarat mati" dan "jangan terpedaya dengan nikmat sihat kerana sakit bukan syarat untuk mati'. Adakah kita menanti usia tua kita untuk berdakwah. Wahai dai'e, jangan kamu digelar "peruntuh medan dakwah" ini kerana kamu yang beralasan dan bermalas-malasan.

فَإِن رَّجَعَكَ اللّهُ إِلَى طَآئِفَةٍ مِّنْهُمْ فَاسْتَأْذَنُوكَ لِلْخُرُوجِ فَقُل لَّن تَخْرُجُواْ مَعِيَ أَبَدًا وَلَن تُقَاتِلُواْ مَعِيَ عَدُوًّا إِنَّكُمْ رَضِيتُم بِالْقُعُودِ أَوَّلَ مَرَّةٍ فَاقْعُدُواْ مَعَ الْخَالِفِينَ
"Maka jika Allah mengembalikan kamu (Muhammad) kepada suatu golongan dari mereka (orang-orang minafik), kemudian mereka meminta izin kepadamu untuk keluar (bagi beperang), maka katakanlah, "kamu tidak boleh keluar bersamaku selama-lamanya dan tidak boleh memerangi musuh bersamaku. Sesungguhnya kamu telah rela tidak pergi beperang sejak awal. Kerana itu, duduklah (tinggallah) bersama orang yang tidak ikut beperang""
-atTaubah:83-


Ayat tersebuat adalah saranan Allah. Jika diteliti berkaitan asbabul nuzul ayat (atTaubah:81-83) maka diketahuilah Allah sendiri yang menyarankan supaya DIKECUALIKAN golongan-golongan yang pernah diajak atau diperintahkan untuk berjuang tetapi memberi alasan untuk DIASINGKAN. Ingatlah kita adalah hamba dan DIA adalah pencipta. Tiada pangkat setinggi pangkat hamba yang akan kita miliki. Jadi mengapa kita perlu mengetepikan kepentingan Allah sebagai nombor 2 dan meletakkan kepentingan diri sebagai nombor 1? Sama-sama kita fikir dan renungkan.

Wallahu'alam
"agent of change"

Thursday, September 30, 2010

Zina: Bukti Cinta Palsu

Thursday, September 30, 2010

Sabar atas sabar. Itu saja yang mampu diungkapkan buat masa ini. Pelbagai perkara yang perlu dilaksanakan, masalah yang perlu diselesaikan, mesyuarat yang perlu dihadiri sehinggakan terpaksa mengorbankan masa bersama mak dan abah yang berada jauh di kampung yang setiap hari bertanya bilakah anak sulongnya ini ingin pulan. Adik ketiga yang akan menghadapi Peperiksaan Menegah Rendah pada Selasa depan yang masih tidak dapat bertemu dengan abang yang selalu disebuat sebagai "inspirasi" hidupnya. Maafkan wahai insan yang terluka. Bukan disengajakan untuk mengambil keputusan ini, tetapi jika bukan kita siapa lagi. Biarlah pengorbanan yang tidak seberapa ini akan mempertemukan kita di syurga. Doakan saja apa yang terbaik untuk kita. Ini baru kehidupan secara sendirian, belum lagi jika telah bekeluarga. Maafkan diri ini jika hak kamu semua terabai. Insyaallah yang terbaik akan diberikan. Cita-cita dakwah telah tersemat sejak kecil lagi, tetapi di kampus ini barulah peluang itu hadir. Mudah-mudahan urusan dunia yang dilakukan ini bukan sekadar urusan dunia, tetapi ia adalah dakwah untuk menyebarkan agama. Insyaallah Ahad malam Isnin minggu ini akan menjadi salah seorang penal bagi suatu forum. Ini adalah peluang kedua selepas pernah menolak peluang yang sama tahun lepas.

Berbicara tentang cinta dan zina bukanlah kepakaran pada diri. Tetapi tetap mengambil tanggungjawab ini dengan hasrat belajar dan mengembangkan apa yang tersembunyi pada diri. Mudah-mudahan ia menjadi saham di akhirat kelak.

Cinta merupakan fitrah manusia hadiah dari Allah. Jika ditanya "apa makna cinta", pasti akan banyak jawapan yang didengari. Sebagai remaja, "cinta monyet", "cinta tiga segi" dan berbagai-bagai lagi falsafah cinta sentiasa bermain di bibir-bibir mereka. Tetapi persoalannya, adakah mereka sedar bahawa apakah tujuan cinta mereka itu? Adakah ia bertepatan dengan syara'? Adakah ia menuju redha Allah?. Tepuk dada dan tanya iman.

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” [Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901]

Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka. Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan. Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras. Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta itu laksana pohon di dalam hati. Akarnya adalah ketundukan kepada kekasih yang dicintai, dahannya adalah mengetahuinya, rantingnya adalah ketakutan kepadanya, daun-daunnya adalah malu kepadanya, buahnnya adalah ketaatan kepadanya dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya. Jika di dalam cinta ada satu bahagian yang kosong bererti cinta itu berkurang.

“Jika Allah s.w.t. mencintai seseorang hamba, maka Jibril berseru, “Sesungguhnya Allah s.w.t. mencintai Fulan, maka cintailah dia!” Maka para penghuni langit mencintainya, kemudian dijadikan orang-orang yang menyambutnya di muka bumi.” [Riwayat Bukhari dan Muslim]

Tidak perlu dibicarakan lagi tentang tingkatan cinta kerana ia pasti akan membosankan pembaca. Sekadar peringatan untuk diri dan semua yang sedang meningkat remaja, siapakah cinta pertama kita? Tepuk dada dan tanyalah diri.

Menelusuri pengabdian cinta yang palsu, saban hari, dapat kita saksikan di setiap keratan-keratan akhbar tempatan sama ada di muka depan mahupun di selitan muka dalam, terdapat tajuk-tajuk berita yang barangkali sudah jemu dibaca. “Bayi dijumpai di sungai”, “Bayi lelaki dijumpai di dalam mangkuk tandas” dan lain-lain tajuk lagi yang amat menggusarkan kita. Apabila bercerita mengenai buang bayi, sudah tentu tak dapat dipisahkan daripada topik ‘pasangan yang terlanjur’ (jarang sekali mereka yang bernikah membuang anak). Kita dapat lihat bagaimana pihak jabatan agama terpaksa bekerja keras setiap hari dalam menghadapi kemelut ini dan paling menakjubkan adalah betapa mereka yang ‘terlanjur’ tidak segan silu merakamkan adegan-adegan sendiri, maka tersebarlah imej-imej dan video-video hebat melalui internet dengan tajuk-tajuk memalukan, “pelajar kolej.3gp”, “budak 18 thn.3gp” dan lain-lain lagi.

Inilah perkara di mana penzinaan berlaku disebabkan bukti cinta yang palsu. Jadi apakah peranan kita sebagai “mahasiswa”? Dan bagaimanakah cara kita untuk menghindarinya? (ikutinya dalam forum yang akan berlangsung Ahad ini)

Justeru teman-teman, cinta yang tidak dibendung akan membawa kepada malapetaka diakhirnya kelak. Ayuh janganlah kita mengambil kesempatan daripada nikmat cinta yang telah Allah berikan. Ayuh kita sokong, semarakkan serta membenteras permasalahan ZINA ini. Mahasiswa Bijak Jauhi Zina.

"dan janganlah kamu mendekati zina, itu sesungguhnya suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk" [alIsra': 32]

Wallahu’alam

“agent of change”

Tuesday, September 28, 2010

Tazkirah Ringkas

Tuesday, September 28, 2010

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:


Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yamani r.a. katanya:
''Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikut selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasullullah menjawab denga bersabda: Kamu hendaklah bersama dengan jamaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jamaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggallah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian.''

Wallahu'alam=>
"agent of change"

Friday, September 24, 2010

Seketika Berusrah Bersama Sahabat

Friday, September 24, 2010

Alhamdulillah cuti 3 minggu dapat digunakan sebaik mungkin. Bukan sahaja untuk belajar bagi persediaan peperiksaan yang sedang berjalan tetapi dapat juga diisi dengan pertemuaan bersama rakan-rakan usrah di kawasan. "Abnaul Haraki Fii Harakatil Islam" itulah tajuk yang kami perbincangkan. Jika ingin dikongsikan semuanya agak terlalu panjang. Moga dengan sedikit titipan yang tidak seberapa ini dapat menyedarkan diri ini juga sahabat-sahabat semua.

Kata "abnaul" bererti anak kelahiran secara bahasanya. Tetapi jika di satukan kata "abnaul" itu dengan "haraki" ia akan membawa makna yang sangat synergistik iaitu kelahiran anak-anak dalam gerakan. Gerakan yang bagaimana? "harakatil Islam" merupakan pelengkap kata. Kita ingin melahirkan anak-anak gerakan mengikut acuan Islam yang syumul tersebut. Nah maka dapatlah disimpulkan bahawa kelahiran anak-anak yang dinantikan di akhir zaman ini bukanlah sebarangan anak tetapi kita ingin melahirkan anak-anak gerakan yang akan menyambung mata rantai pejuangan Islam. Kata syahid Qutb, "kita bukanlah permula dan juga bukannya pengakhir dalam wasilah perjuangan ini, tetapi kita adalah mata-mata rantai yang menyambungkannya". Masyaallah, maka benarlah kata-katanya. Moga redha Allah akan sentiasa bersamanya dan sesiapa yang ingin meneruskan "pemainan" ini.

Bagi membentuk "abnaul haraki" ini, ia memerlukan beberapa pra-syarat yang mana pra-syarat ini perlu dipenuhi. Insyaallah dengan melengkapkan perkara-perkara ini di dalam diri, maka akan terhasillah "abnaul haraki" yang berkualiti dan hebat.

1-Mempunyai aqidah perjuangan yang mantap.

Mungkin akan ada mereka yang salah dalam mentafsir akan kata-kata ini. Ya kita masih lagi berpegang pada aqidah Islamiah.

"dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketikakamu dahulu (zaman jahiliah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga kamu menjadi saudara, sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk" (aliImran:102)

Maka saksikanlah dan lihatlah dengan mata hati yang berfikir. Aqidah Islam inilah yang telah menyelamatkan manusia. Ia menyatukan malah mengikat hati-hati manusia yang sebelumnya bermusuhan menjadi persaudaraan. Maka kefahaman Islam yang tinggi akan menjawab dan menyelesaikan mengapa umat Islam itu bersaudara dan mengapa kita dilarang betengkar dan juga mengapa kita perlu memaafi antara satu dengan yang lain. Jawaannya mudah, kita adalah "satu AQIDAH". Bukannya "1 M.......". Hehe. Sedikit celoteh.

Apa pula yang dimaksudkan dengan "aqidah perjuangan"?

"dan hendaklah diantara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh membuat yang ma'aruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung"
(aliImran:104)


Surah yang sama tetapi ayat yang berlainan pula telah menyebut dan menyeru kepada kita semua agar "menyeru kepada kebaikan(ma'aruf) dan mencegah perkara yang salah(mungkar)". Segala puji bagi Allah yang menciptakan kita sebagai makhluk yang paling agong. Lihat di sinilah aqidah perjuangan diceritakan. Sesebuah jemaah atau gerakan Islam tidak akan terbentuk tanpa dasar DAKWAH di dalamnya. Dakwah yang sebagaimana? Allah telah menjawab di dalam banyak ayatNya, "amar ma'aruf wanhau'anil munkar". Tegakkanlah yang benar dan cegahlah perkara mungkar. Nah di sinilah prosfektif besar bagi "aqidah perjuangan". Maka dengan kefahaman yang sebegini hebat berkaitan aqidah perjuangan inilah yang mampu melahirkan "abnaul haraki" yang unggul dipersada dunia. Jika dilihat akan "arkanul baiah" yang pertama, ia telah menjelaskan akan "alFahm" sebagai titik atau dasar utama sebelum melakukan sesuatu, maka dengan bersungguh-sungguh dalam memberi kefahaman kepada ahli gerakan akan perkara ini, insyaallah tidak mustahil akan lahirnya pewaris-pewaris gerakan yang sangat berkualiti.

bersambung...

Wallahu'alam
"agent of change"

Dakwah Ini Bukan Untuk Orang Manja


Wahai Saudaraku yang dikasihi Allah.

Perjalanan dakwah yang kita lalui ini bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi kegemerlapan dan kesenangan. Ia merupakan perjalanan panjang yang penuh tantangan dan rintangan berat.

Telah banyak sejarah orang-orang terdahulu sebelum kita yang merasakan manis getirnya perjalanan dakwah ini. Ada yang disiksa, ada pula yang harus berpisah kaum kerabatnya. Ada pula yang diusir dari kampung halamannya. Dan sederetan kisah perjuangan lainnya yang telah mengukir bukti dari pengorbanannya dalam jalan dakwah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan terhadap dakwah.

Cubalah kita lihat kisah Dzatur Riqa’ yang dialami sahabat Abu Musa Al Asy’ari dan para sahabat lainnya, semoga Allah swt. meridhai mereka. Mereka telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka koyak dan kuku tercabut. Namun mereka tetap mengharungi perjalanan itu tanpa mengeluh sedikitpun. Bahkan, mereka malu untuk menceritakannya karena keikhlasan dalam perjuangan ini. Keikhlasan membuat mereka gigih dalam pengorbanan dan menjadi tinta emas sejarah umat dakwah ini. Buat selamanya.

Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan dakwah ini menjadi suri teladan bagi kita sekalian. Kerena kontribusi yang telah mereka sumbangkan untuk dakwah ini tumbuh bersemi. Dan, kita pun dapat merasa hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelusok dunia. Umat Islam telah mengalami pekembangan dalam jumlah besar. Semua itu kurina yang Allah swt. berikan melalui kesungguhan dan kesetiaan para pendahulu dakwah ini. Semoga Allah meredhai mereka.

Duhai saudaraku yang dirahmati Allah swt.

Renungkanlah pengalaman mereka sebagaimana yang difirmankan Allah swt. dalam surat At-Taubah: 42.

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu. Tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka, mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, “Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersama-samamu.” Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.

Mereka juga telah melihat siapa-siapa yang dapat bertahan dalam mengarungi perjalanan yang berat itu. Hanya kesetiaanlah yang dapat mengukuhkan perjalanan dakwah ini. Kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cubaan dan ujian. Menjadikan mereka optimis menghadapi kesulitan dan siap berkorban untuk meraih kejayaan. Kesetiaan yang menghantarkan jiwa-jiwa patriotik untuk berada pada barisan hadapan dalam perjuangan ini. Kesetiaan yang membuat pelakunya berbahagia dan sangat menikmati beban hidupnya. Setia dalam kesempitan dan kesukaran. Demikian pula setia dalam kelapangan dan kemudahan.

Saudaraku seperjuangan yang dikasihi Allah swt.

Sebaliknya orang-orang yang lemah jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikannya dengan berbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak ikut. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu per satu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan.

Penyakit wahan telah menyerang mental mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan pahit sebagai risiko dan sunnah dakwah ini. Malah mereka menggugatnya lantaran anggapan mereka bahwa perjuangan dakwah tidaklah harus mengalami kesulitan.

Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati mereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya. Dan jika mereka mau berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka, maka Allah melemahkan keinginan mereka, dan dikatakan kepada mereka: “Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu.” (At-Taubah: 45-46)

Kesetiaan yang ada pada mereka merupakan indikasi kuat daya tahannya yang tangguh dalam dakwah ini. Sikap ini membuat mereka stand by menjalankan tugas yang terpikul di bahunya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai prajurit hadapan dengan segala akibat yang akan dihadapinya, ia senantiasa berada pada posnya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau bila ditempatkan pada bagian belakang, ia akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah. Sebagaimana yang disebutkan Rasulullah saw. dalam beberapa riwayat tentang prajurit yang baik.

Wahai Saudaraku yang dirahmati Allah.

Marilah kita telusuri perjalanan dakwah Abdul Fattah Abu Ismail, salah seorang murid Imam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas dakwahnya tanpa keluhan sedikitpun. Dialah yang disebutkan Hasan Al Banna orang yang pulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dari waktu ke waktu secara maraton. Ia selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Sesudah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya, ia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya bekerja. Malah, ia yang membukakan pintu gerbangnya.

Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al-Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail pergi untuk ke kota lainnya. Kerana keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan tambang untuk naik taksi. Abdul Fattah Abu Ismail mengembalikannya sambil mengatakan, “Dakwah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja.” Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan taksi dan kereta mewah, tapi saya tetap dapat memikul dakwah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap dakwah. Kerana itu, pakailah tambang ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirahat sejenak.” Ia pun menjawab, “Berbahagialah ibu. Ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah swt. berupa kenikmatan-kenikmatan itu. Namun, saya khuatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu. Terima kasih atas kebaikan ibu. Biarlah saya naik kendaraan umum saja.”

Duhai saudaraku yang dimuliakan Allah swt.

Itulah contoh orang yang telah membuktikan kesetiaannya pada dakwah lantaran keyakinannya terhadap janji-janji Allah swt. Janji yang tidak akan pernah dimungkiri sedikit pun. Allah swt. telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan dakwah berupa berbagai anugerah-Nya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al-Qur’an.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa)- mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (Al-Anfal: 29)

Dengan janji Allah swt. tersebut, orang-orang beriman tetap bertahan mengarungi jalan dakwah ini. Dan mereka pun tahu bahwa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah swt. kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya. Dan, mereka pun tidak akan pernah mahu merubah janji kepada-Nya.

Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya). (Al Ahzab: 23)

Wahai ikhwah kekasih Allah swt.

Pernah seorang pejuang Palestina yang telah ama meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk membuat mencari dukungan dunia dan dana diwawancarai. “Apa yang membuat Anda dapat lama meninggalkan keluarga dan kampung halaman?” Jawabnya, kerana perjuangan. Dan, dengan perjuangan itu kemuliaan hidup mereka lebih berarti untuk masa depan bangsa dan tanah airnya. “Kalau bukan kerana dakwah dan perjuangan, kami pun mungkin tidak akan dapat bertahan,” ungkapnya lirih.

Wahai saudaraku seiman dan seperjuangan

Aktivis dakwah sangat menyakini bahwa kesabaran yang ada pada dirinyalah yang membuat mereka kuat menghadapi berbagai rintangan dakwah. Bila dibandingkan apa yang kita lakukan serta yang kita dapatkan sebagai risiko perjuangan di hari ini dengan keadaan orang-orang terdahulu dalam perjalanan dakwah ini, belumlah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini masih sebatas pengorbanan waktu untuk dakwah. Pengorbanan tenaga dalam amal khairiyah untuk kepentingan dakwah. Pengorbanan sebagian kecil dari harta kita yang banyak. Dan bentuk pengorbanan pekara-pekara lainnya yang telah kita lakukan. Cuba lihatlah pengorbanan orang-orang terdahulu, ada yang disisir dengan sisir besi, ada yang digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah, lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencangnya hingga putuslah orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat menerima resiko karena kesabaran yang ada pada dirinya.

Kesabaran adalah kuda-kuda pertahanan orang-orang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekal kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun karena keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Allah swt.

Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar. (Ali Imran: 146)

Bila kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah brilian yang telah menyuburkan dakwah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini. Apakah kita dapat menyemai dakwah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah dakwah ini.

Ingat, dakwah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Semoga Allah menghimpun kita dalam kebaikan.

Wallahu’alam

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates