Wednesday, August 4, 2010

Usrah: Asbabul Uhdud

Wednesday, August 4, 2010

Alhamdulillah segala puji bagi pemilik bumi dan langit. Tiada sesuatu yang berhak disembah melainkan DIA. Selawat dan salam kepada kekasihNYA Muhammad s.a.w yang sentiasa sabar terhadap ummatnya dan meninggalkan banyak hikmah dari kisah hidupnya dan cerita-ceritanya. Alhamdulillah Ahad lepas seperti biasa adalah usrah mingguan yang mempertemukan jiwa-jiwa yang rindu akan dakwah dan menguatkan lagi kasih sayang antara aku dan sahabat yang rindu dan kasih kami hanya kerana Allah.

Meneliti dan mengambil pelajaran dari cerita baginda Nabi s.a.w yang telah disampaikan oleh seorang sahabat ketika usrah tersebut yang bertajuk "Asbabul Uhdud: Kisah Pemuda yang Berani menentang Raja yang Angkuh". Kisahnya bermula apabila tukang sihir sang raja yang meminta dicarikan seorang pemuda bagi diajarkannya ilmu sihir bagi menggantikannya kerana umurnya yang telah lanjut. Sang raja telah mencarinya dan berjaya menjumpai "bakal" pewaris ilmu sihir tersebut. Pemuda itu diperintahkan untuk datang ke istana bagi mempelajari ilmu sihir tersebut daripada tukang sihir itu.

Dalam perjalanan harian sang pemuda tersebut untuk ke istana, dia telah berjumpa dengan seorang paderi Nasrani yang baik akhlaknya dan mengajarkan ilmu mengenal Allah. Dia telah tertarik dengan ajaran paderi tersebut. Hari demi hari sang pemuda itu menuntut ilmu dengan paderi tersebut sebelum pergi ke istana berjumpa dengan tukang sihir tersebut. Hal ini telah menyebabkan dia kelewatan untuk bertemu tukang sihir tersebut dan lewat untuk pulang ke rumah. Dia telah menceritakan masalah ini kepada sang paderi tersebut. Paderi telah mengajarnya untuk memberi alasan kepada si tukang sihir itu bahawa "dia lewat kerana ibu bapanya menghalangnya dari keluar" dan memberi alasan yang serupa kepada ibu bapanya bahawa "dia lewat pulang kerana dihalang oleh tukang sihir itu".

Suatu hari dalam perjalanan untuk ke tempat paderi dan istana, dia telah bertemu dengan seekor singa yang diketahui selalu mengganggu jalan penduduk di kawasan itu. Lalu dia berkata "hari ini akan aku ketahui yang mana benar samada sang paderi atau tukang sihir itu. Dia pun mengambil seketul batu yang diketahui bahawa batu itu jika terkena singa itu tidak akan mencederakan ia malah tidak akan membunuhnya. Maka dia telah berdoa "ya Allah, jika si paderi itu lebih Engkau kasihi dari si tukang sihir itu, maka Engkau bunuhlah singa ini supaya orang ramai dapat melalui jalan ini". Maka dengan izin Allah, dengan hanya sekali balingan singa itupun mati. Maka benarlah bahawa sang paderi itu adalah benar. Dia telah menceritakan hal itu kepada si paderi. Si paderi meminta agar dirahsiakan gerangannya dari pengetahuan orang lain.

Pemuda itu mampu untuk mengubati penyakit buta, sopak dan lain-lain lagi. Berita tentang kehebatannya telah tersebar luas sehingga ke pengetahuan seorang pembesar negara yang buta. Pembesar itu telah berjumpa dengannya dan meminta dia menyembuhkan penyakitnya itu. Pemuda itu berkata "aku tidak boleh menyembuhkan penyakit kamu, hanya Allah yang mampu melakukannya (menyembuhkan), maka berimanlah kamu dengan Allah dan aku akan memohon kepadaNya untuk menyembuhkan penyakit kau". Pembesar itu telah beriman dengan Allah. Dengan kuasa Allah akhirnya penyakit buta pembesar itu telah sembuh dan dia dapat melihat.

Pembesar itu berjumpa dengan si raja. Raja bertanya akan siapakah gerangan yang telah mengembalikan penglihatannya". Pembesar itu berkata "Tuhanku, Allah". Raja berkata "adakah tuhan lain selainku". Pembesar menjawab "Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah". Pembesar itu telah diseksa sehinggakan dia menunjukkan kepada sang raja akan pemuda yang beriman itu. Raja telah memanggil pemuda itu dan bertanya akan ilmunya. Pemuda itu juga diseksa kerana pengakuannya kepada Allah. Dia telah diseksa sehingga dia menunjukkan kepada sang raja akan paderi itu. Paderi itu telah dipanggil lalu dibunuh. Selepas itu raja telah bertanya kepada pemuda itu akan siapakah yang berkuasa. Pemuda itu menjawab "Allah". Lalu raja telah mengarahkan pembesar untuk membawa pemuda itu kegunung dan mencampakkan pemuda itu ke bawah. Pemuda itu berdoa "ya Allah peliharah aku dari mereka dengan apa yang Engkau kehendaki". Lalu bergoncanglah gunung itu dan menyebabkan para pembesar itu jatuh. Pemuda itu telah kembali ke istana berjumpa raja. Raja bertanya "siapakah yang telah menyelamatkan kamu?". Jawab pemuda "Allah". Lalu diarahkan dia untuk dicampak ketengah laut, tetapi dia masih selamat.

Pemuda itu berkata "kamu tidak akan dapat membunuhku melainkan dengan satu cara. Kamu perlu mengumpulkan semua hamba lalu sulalah aku. Kemudia panahlah aku dengan kalimah Allah". Lalu dituruti oleh sang raja akan perkara itu. Raja telah memanggil para hamba, lalu pemuda itu telah disula dan kemudia dipanah dengan kalimah Allah. Maka matilah pemuda itu. Orang yang melihat kejadia itu semakin percaya akan kekuasaan Allah. Maka ramailah yang beriman.

Perkara tersebut telah sampai kepengetahuan sang raja. Dengan angkuhnya sang raja telah mengarahkan digali parit yang besar lalu dibuatkan api. Sesiapa yang beriman kepada Allah disuruh untuk masuk ke dalam parit tersebut.

Kesimpulan dari cerita ini adalah, kekuatan iman dan kepercayaan kepada Allah yang kuat tidak akan menggugat seseorang walaupun banyak cabaran dan rintangan yang dihadapi. Ayuh kita renungkan dan selamat beramal.

Wallahu'alam=>
"agent of change"

2 comments:

afifulhadi said...

Oden..ada salah ejaan...bukan asbabul uhdud tapi ahhabul Ukhdud-maksudnya orang(kaum) yang menggali parit...

untuk phm lebih maksudnya leh rujuk kisah ini dlm surah Al- Buruj:


قُتِلَ أَصْحَابُ الأخْدُودِ (٤)النَّارِ ذَاتِ الْوَقُودِ (٥)إِذْ هُمْ عَلَيْهَا قُعُودٌ (٦)وَهُمْ عَلَى مَا يَفْعَلُونَ بِالْمُؤْمِنِينَ شُهُودٌ (٧)وَمَا نَقَمُوا مِنْهُمْ إِلا أَنْ يُؤْمِنُوا بِاللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (٨)

"Celakalah kaum yang menggali parit, (parit) api yang penuh dengan bahan bakaran, ketika mereka (Raja dan orang-orangnya) duduk di kelilingnya sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang yang beriman (yang mereka perintahkan untuk terjun ke dalam parit). Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang yang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu beriman kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji!" (Surah al-Buruj (85), ayat 4-8. )

mohamad azizuddin fahmi b nordin said...

tq eee=>

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates