"sesungguhnya aku memiliki jiwa perindu..jiwa merindukan kepimpinan maka aku mandapatkannya..merindukan khalifah maka aku meraihnya..dan sekarang jiwa itu merindui syurga"
“Ketahuilah bahwa kalian semua adalah pemimpin, dan kalian akan ditanya tentang kepemimpinan kalian.Pemimpin di antara manusia dia akan ditanya tentang kepemimpinannya.Lelaki adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan ditanya tentang kepemimpinannya.Isteri adalah pemimpin dalam rumah tangga serta anak-anak suaminya dan dia akan ditanya tentang mereka.Pembantu adalah pemimpin dari harta tuannya dan dia akan ditanya tentangnya.Ketahuilah bahwa kamu sekalian adalah pemimpin dan kalian akan ditanya tentang tentang kepemimpinannya” (HSR Bukhari)
Sangat menyedihkan buat hidupku akhir-akhir ini. Adakah aku gagal memimpin dengan baik sehinggakan berlaku masalah-masalah yang sepatutnya tidak akan berlaku? Adakah aku memimpin tanpa berpijak di bumi yang nyata? Mungkinkah ini amaran Allah kepada aku? Atau adakah ini peringatan Allah buat aku supaya lebih bertanggungjawab atas kepimpinanku?
Amanah yang sangat besar yang perlu ditanggung sehinggalah pertengahan bulan Disember ini. Sudah banyak air mata yang tumpah mengenangkan apa yang telah aku lakukan 3 tahun kepimpinanku ini. Adakah ketika aku memimpin ini semakin banyak orang menjadi baik atau sebaliknya? Adakah aku telah membawa fitnah pada agama yang aku bawa ini? Ya Allah hinanya aku jika kerana aku agamaMU terluka.
Terkadang terlintas difikiran mengenang kesilapanku yang lalu mungkin menjadi kifarah pada masa ini. Ya Allah hinanya aku.
“Ya Allah pandulah aku dalam memimpin umat(pelajar fakulti perubatan) ini. Tetapkanlah imanku. Jangan Engkau pertanggungjawabkan atas amanah ini di akhirat kelak. Ya Allah ampunilah aku serta seluruh kepimpinanku yang pincang ini”
Wallahu’alam=>
“agnet of change”
Nota kaki:
1-Kecewa melihat orang yang duduk dalam usrah tetapi tidak pandai bersabar dan menjaga petuturan. Adakah usrah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk? Mungkinkah kamu berusrah kerana kawan-kawan kamu yang lain berusrah? Wahai para naqib/ah, ajarlah anak usrah kamu erti sabar dan etika betutur. Bukankah marah itu dari syaitan dan syaitan itu dari api.
2-Sikap mengungkit yang semakin menjadi-jadi dikalangan “bekas pemimpin” pada apa yang telah dibuatnya suatu ketika dulu.
"ya allah, kepadaMu aku berserah, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku bertakwa, kepadaMu aku kembali, kepadaMu aku mengadu dalam menyelesaikan pertikaian, kepadaMu aku mengharap keputusan. Ampunilah segala yang telah aku lakukan dan yang belum aku lakukan, apa yang aku sembunyikan dan apa yang aku nampakkan"
Transformasi Ummah
"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin. Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju. Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"
"dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?. Sesungguhnya kami mengetahui apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (Muhammad), (janganlah bersedih hati) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau, tetapi orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah. -alAn'am:32-33-"
"apabila manusia tiada keterbukaan dalam membuat keputusan dan berlapang dada untuk menerima keputusan, maka akan berlaku KEPUTUSAN di atas KEPUTUSAN, jadi sentiasalah kita fikirkan, MERAIKAN PERBEZAAN DALAM MENCARI PERSAMAAN BAGI MEMBENTUK SYNERGISTIC DALAM GERAKAN"-mohamad azizuddin fahmi b nordin (11/4/10)
Ingatan BuatKu
"dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. -alA’raf:179-"
Pesanan Jiwa
Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku lewat di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar aku dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku tampakkan keramahanku, kesopananku, dan rasa persahabatanku kepada orang-orang yang ku benci, sebagaimana ku tampakkan hal itu kepada orang-orang yang ku cintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan muncul bila kita mendekati mereka. Padahal menjauhi manusia bererti memutuskan persahabatan-Imam Syafie
Gelombang Keadilan
Kan melangkah kaki dengan pasti Menerobos segala onak duri Generasi baru yang telah dinanti Tak takut dicaci tak gentar mati
Bagai gelombang terus menerjang Tuk tumbangkan segala kezaliman Dengan tulus ikhlas untuk keadilan Hingga pertiwi gapai sejahtera
Takkan surut walau selangkah Takkan henti walau sejenak Cita kami hidup mulia Atau syahid mendapat syurga
Mahasiswa Power
“Kebangkitan gerakan mahasiswa Islam sudah tiba masanya dan kita sendiri sudah tidak sabar untuk mempamerkan wajah kita yang sebenar. Menawan kampus, bermakna kita menawan negara. Tarbiah yang kita terapkan selama ini, sudah meraung-raung untuk dilepaskan dalam bentuk yang lebih kental. Lalu, jiwa-jiwa dan hati-hati kecil kita bagaikan soldadu yang sedia menerima arahan untuk bertindak. Ya, kebangkitan ini, diumpamakan tiupan angin lembut yang tiba-tiba meruap ganas. Ditiup gunung, gunung tercabut. Diterpa lautan, lautan bergelora.”
Ingatan Buatku dan Teman-temanku
Jangan leka dan jangan lena. Masa kita singkat, kerja kita banyak, cabaran kian sukar dan halangan kian rencam. Atur langkah secara cermat dan berhemat dan depani cabaran dengan tenang dan tabah. Mohon pertolongan daripada Allah dengan sabar, munajat dan solat [ doa ].
2 comments:
Salam..
semoga Allah memimpin hati2 ini..
menuju redha-Nya..
Semoga dipermudahkan dalam setiap ujian dari-Nya..
amin..syukran=>
Post a Comment