Thursday, July 8, 2010

Hakikat Pejuang: Kita Sentiasa Ditapis

Thursday, July 8, 2010

Alhamdulillah, lama rasanya saya tidak menulis dan membuat perkongsiaan atas sebab kesibukan yang perlu didahulukan mengikut "aula"nya. Maha suci Allah yang telah memberikan masa dengan percuma dan segala nikmat samada yang kita sedar mahupun tidak. 27 Rejab merupakan hari yang bersejarah bagi umat Islam di mana di situlah bermulanya kewajiban solat yang telah diwahyukan oleh Allah kepada kekasihnya Nabi s.a.w dalam perancanaan Isra' dan Mi'rajnya.

"Maha suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Msjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami memperlihatkan sebahagian tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia maha mendengar dan maha melihat"-alIsra': 1-

Jika dikongsi berkenaan kisah sirah junjungan ini maka banyaklah intipati pengajaran yang akan kita dapati. Tetapi apa yang saya ingin bawakan pada kali ini adalah berkaitan tapisan Allah pada hambanya dalam menjalankan dan memperjuangkan agamaNya ini. Jika kiti teliti dengan sebaiknya, ketika baginda Nabi s.a.w pulang dari Isra' dan Mi'raj ini, baginda telah menceritakan peristiwa yang langsung tidak masuk akal itu kepada sepupu baginda yang merupakan anak kepada Abu Talib iaitu Ummu Hani. Ummu Hani telah berpesan kepada baginda supaya tidak meceritakan peristiwa itu kepada umum kerana dikhuatiri baginda akan dicaci dan dicemuh. Nabi s.a.w tetap menceritakan perkara tersebut kepada umum sehingga baginda digelar penipu dan pendusta. Cerita tersebut tersebar kehalayak ramai sehingga sampai kepengetahuan Abu Bakar. Kebanyakan mereka yang mendengar cerita itu mengatakan bahawa Nabi s.a.w adalah penipu.

"jika itu dari Rasulullah, aku akan percaya" kata Abu Bakar.

Apa yang saya ingin bawakan di sini adalah hanya iman yang teguh dan kepercayaan yang tinggi kepada Allah sahaja yang mampu membenarkan segala perkara walaupun ia tidak sampai dek akal. Ramai orang Islam yang mendengar kisah tersebut telah mengingkari Nabi kerana tidak percaya akan kisah tersebut. Hanya mereka yang beriman sahaja yang membenarkannya dan berdiri teguh di belakang baginda Nabi s.a.w. Di sinilah Allah menapis golongan orang yang beriman dan golongan yang berdusta.

Jika kita lihat dewasa ini, tapisan-tapisan Allah kerap berlaku. Antara perkara yang sedang panas diperkatakan adalah isu "Jemaah Islamiah". Bagi saya ini juga merupakan agenda sulit Allah dalam menapis sang pejuang yang mengaju bahawa diri mereka pejuang. Setelah dibangkitkan isu ini, ada sesetengah pejuang yang takut malah lari dari pejuangan menegakkan agama semata-mata kerana takut dikenakan tindakan. Tetapi hanya yang kuat dan teguh imannya saja yang sentiasa berkata benar akan hakikat yang diperjuangkannya walaupun ia tidak dibenar. Mereka ini adalah jundi-jundi Allah yang berkualiti yang sentiasa percaya akan janji Allah. Dalam perjuangan ini, mehnah yang dihadapi adalah perkara biasa. Jika takut dibadai ombak, jangan berumah di tepi lautan. Jika takut akan rintangan dan cabaran, jangan sesekali berkata tentang erti perjuangan. Perjuangan menegakkan kalimah Allah ini, bukanlah perjuangan seperti Piala Dunia yang bermusim. Ini adalah perjuangan yang memerlukan pengorbanan masa, harta, tenaga malah mungkin jiwa.

Jadi ayuh teman dan sahabatku, teguhlah dalam memperjuangkan hakikat Islam dan Iman ini. Janji Allah pasti, syurga menanti, bidadari sentiasa melihat dan mencari suaminya. Walaupun kita duduk dan berada di dalam lingkungan golongan profesional, tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak dapat menjalankan misi dakwah ini. Terlalu banyak peluang dan ruang yang tersedia di dalam profesion kita ini. Samada kita mahu ataupun tidak kerana hakikatnya, alasan itu DICIPTA bukan TERCIPTA. Marilah sama-sama kita banyakkan selawat ke atas baginda Nabi junjungan yang teragung.

Dirimu terlalu sempurna
Akhlakmu yang sungguh mulia
Jasamu yang amat berharga
Menerangi jalan (ke) Syurga

Selalu aku yang terlupa
Selawat jarang terlaksana
Di bibir mengatakan cinta
Di hati pula berdusta

Bila diuji dan dipujuk nafsu
Ku meminjam cekal ketabahanmu
Kerana ku yakin di suatu waktu
Syafaatmu yang dapat membantuku

Tika berenang di laut derita
Sang mentari sejengkal di kepala
Saat dihitung dosa dan pahala
Siapakah yang akan membela

Kesyukuran atas kurniaan Rahmat-Nya
Menghadiahkanku seorang
Insan sempurna berjasa
Selayaknya engkau dikasihi dicinta
Kerana dirimu ya Rasul
Kekasih teristimewa

Wallahu'alam
"agent of change"

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates