Wednesday, March 17, 2010

Amanah Menjadi Fitnah

Wednesday, March 17, 2010

"...janganlah sampai amanah jadi fitnah...",kata syafiq sahabat dari bangi

Terkenang kata-kata sang sahabat akan erti amanah. Ramai diantara kita berusaha untuk menunaikan amanah sebaik mungkin. Ada yang sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan bermacam lagi asalkan amanah yang dipikul dapat dilaksanakan. Teringak kata-kata abah "tiba masa kita hendak masuk syurga, anak-anak dan isteri kita pegang dan tarik kaki kita disebabkan kita tidak adil dalam beramanah untuk keluarga, andai kita lepas dari perhitungan keluarga, rakyat pula menarik kita disebabkan kita tidak amanah...."

Mengapa amanah boleh menjadi fitnah?. Merenung kembali ke dalam diri, mungkin ini yang dikatakan amanah menjadi fitnah. Kita menjalankan tugasan kita dan berusaha sebaik mungkin untuk menjalankannya, tetapi kita gagal dalam pelajaran, maka fitnah tugasan pada akademik kita. Adakah benar akan hal ini, tepuk dada dan tanya hati.

Sesetengah pihak yang mempunyai jawatan juga kadang-kadang terlalu banyak alasan untuk menghadiri sesuatu program. Hilangnya pemahaman pada "fiqh aulawiat" atau keutamaan dalam menjalankan atau memilih sesuatu. Amanahlah perkara yang paling besar dalam mendatangkan fitnah dalam diri. Apa yang kita lakukan, seringkali mendatangkan fitnah semula kepada kita. Menyentuh hal ikhlas dalam menjalankan tugas, ada pemimpin yang berusaha menyimpan segala usaha yang pernah dia lakukan dengan alasan takut akan riak dan sum'ah sehinggakan ada suara lantang di belakang menuduhnya tidak melakukan tugas. Mungkinkah ini dikatakan amanah membawa fitnah. Benar riak adalah suatu perkara yang boleh menghalang kita dari ke syurga. Tapi erti ikhlas hanya kita yang tahu. Mendedahkan segala usaha yang pernah diketengahkan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberitahu yang kita amanah pada tugasan. Dan ia mungkin sudah menjadi keperluan supaya hal demikian diperketengahkan supaya diri tidak difitnah dan orang lain tidak menfitnah.

Ada pula sesetengah manusia yang duduk dalam planet yang terlalu banyak tugasan sehinggakan dilema dalam menentukan sesuatu keputusan dengan tepat. Kadang-kadang ada perkara atau pilihan yang mereka lakukan tidak bertepatan dengan perkara yang sepatutnya mereka lakukan. Sebagai contoh memilih untuk bermain bola sehinggakan meninggalkan mesyuarat atau program yang lebih penting untuk dihadiri. Adakah perkara ini juga termasuk kepada amanah membawa fitnah.

Saban hari, perkara fitnah-menfitnah ini semakin berleluasa. Hatta orang yang belajar agama pun tidak terlepas akan hal ini jika apa yang diperkatakannya bukan akan hal yang sebenar. Sama-samalah kita berlapang dada dalam segala hal supaya kita tidak menfitnah dan Allah tidak membalikkan fitnah ini kepada kita suatu masa nanti.

"Ya Allah jauhkanlah kami dari fitnah pada amanah yang kami pikul.. Jangan disebabkan fitnah yang pernah kami timpakan pada orang lain suatu ketika dahulu menjadi fitnah kepada kami semula.. Ampunilah segala dosa kami yang terdahulu, ketika ini dan yang akan datang samada yang terlindung atau yang jelas.."

Wallahu'alam=>

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates