Wednesday, March 24, 2010

Ketua PPP: Jangan Musnahkan Doktrin Wala', Taat Dan Thiqah

Wednesday, March 24, 2010

Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.

Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,

“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.

Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.

Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).

Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.

Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.

Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.

Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;

“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”

Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;

“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”

Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,

“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.

Rasulullah saw meneruskan,

“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”

Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.

Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.

Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.

Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)

“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)

Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.

Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.

Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti
  • Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
  • Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
  • Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
  • Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
  • Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.

Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.

Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.

Tuesday, March 23, 2010

Ketua DPPP: Episod Kemusnahan Sedang Deras Melanda Negara

Tuesday, March 23, 2010

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]

a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah
b] 2008 : 16,541 anak luar nikah
c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melayu Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun ] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita .

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !
Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .

Saturday, March 20, 2010

Tiada Kemuliaan Tanpa Islam

Saturday, March 20, 2010

Umar bin Khattab r.a mengatakan:

“Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Ta'ala berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun cara kita mencari kemuliaan tanpa Islam maka Allah akan tetap menjadikannya sebagai kehinaan.”

Bilakah Umar mengucapkan ungkapan ini? Bilakah Umar menyusun perkataan ini?

Umar mengatakan ini pada ketika yang agung dan pada satu waktu yang mulia dalam Islam. Beliau mengatakan ini ketika beliau berangkat untuk membuka Baitul Maqdis, untuk mengambil kunci-kunci Baitul maqdis yang telah kita abaikan kerana kita mengabaikan Islam.

Umar berangkat ke sana untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis. Kemudian orang-orang Nashara mendengar kedatangan Umar yang yang namanya telah menggoncang dunia, yang jika nama Umar disebut di majlis Kisra dan Kaisar, maka kedua raja ini hampir pengsan mendengarnya, kerana takut.

Umar yang tidur di pelepah kurma, tetapi hati para taghut yang berada di atas singgasana ketakutan. Umar yang hanya makan gandum, tetapi para bangsawan yang memiliki emas dan perak gemetar jika melihatnya. Umar yang jika berjalan di suatu jalan, maka syaitan akan memilih jalan lain. Umar yang sudah dikenal dikalangan muslimin Melayu, India, Iraq, Sudan, Andalus, dan akan dikenal dunia.

Ketika orang-orang Nashara mendengar Umar akan datang untuk mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis, mereka keluar dengan jumlah yang sangat besar. Para wanita keluar di atap-atap rumah, anak-anak keluar di berbagai jalan dan lorong.

Sedangkan pasukan kaum muslimin yang dipimpin oleh tiga panglima, mereka keluar dalam konvoi pasukan yang belum pernah didengar dunia.

Bagaimana pengawal yang mengiringi Umar yang akan mengambil kunci-kunci Baitul Maqdis ?

Tidak ada iring-iringan yang mengawal ! Orang-orang menyangka beliau akan datang dengan para pembesar sahabat, para pembesar Anshar dan Muhajirin dari para ulama dan orang-orang solehnya.

Tetapi beliau datang hanya dengan menunggang satu unta dan ditemani seorang pembantunya. Kadang-kadang Umar yang menuntun unta dan pembantunya naik dan kadang-kadang Umar yang naik unta dan pembantunya yang menuntun !

Ketika mendekati Baitul Maqdis, para pejabat muslimin bertanya-tanya: “Siapa itu ? Mungkin salah seorang tentera yang datang untuk memberi tahu kedatangan Amirul Mukminin.

Ketika pasukan itu menghampiri, ternyata orang tersebut adalah Umar bin Khattab ! Ketika beliau sampai di Baitul Maqdis, tiba giliran beliau menuntun unta dan pembantunya yang berada di atas unta.

Amr bin Ash mengatakan: “Wahai Amirul Mukminin, orang-orang menanti kehadiran anda, penghuni dunia keluar untuk menyambut kehadiran anda dan orang-orang mendengar tentang anda tetapi anda datang dengan penampilan seperti ini ?”

Kemudian Umar mengatakan perkataannya yang sangat terkenal, yang tetap diingat sepanjang masa: “Kita adalah umat yang telah Allah Subhaanahu Wa Taala berikan kemuliaan dengan Islam, maka bagaimanapun juga jika kita mencari kejayaan dengan yang lain, maka Allah akan memberikan kehinaan kepada kita.”

Kita membangun peradaban kita daripada tidak ada apa-apa dengan satu modal.

Friday, March 19, 2010

Apa Kata Qaradhawi Untuk At-Tantawi Rahimahullah

Friday, March 19, 2010

واليوم فصل بيننا الموت، الذي يفصل بين الأخ وأخيه، وبين الابن وأبيه، وبين الصديق وصديقه، كما يفصل بين المتجادلين بعضهم وبعض، وسيجمع الله بيننا في يوم لا ريب فيه، يوم تُبلى السرائر، ويحكم بيننا بالحقِّ، وهو خير الحاكمين


"Hari ini maut memisahkan antara kami berdua. Maut yang memisahkan antara seorang saudara dengan saudaranya, antara anak dan ayahnya, antara sahabat dan sahabatnya. Sebagaimana maut juga memisahkan antara yang bertelagah, satu dengan yang lain. Dan Allah akan menghimpunkan antara kami pada hari yang tidak ada keraguan padanya, hari dihitung segala yang tersembunyi, dan Dia akan memutuskan antara kami dengan benar, dan Dialah sebaik-baik hakim."

Apalah nilai kehidupan yang berputar sebagai roda ujian, dimana mati sebagai penghujung jalan. Mereka yang soleh mengakhiri putaran, dengan tenang mengakhiri kehidupan, rasanya letih menunggu janji Tuhan, dipalit letih dan kesedihan, pinjamkanlah untukku wahai Tuhan, apa yang kami harapkan kekuatan dan kesabaran.

p/s:-
1-moga masih ada kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi "putaran fitnah" dunia ini
2-"orang marah atau benci kita disebabkan mereka tidak jelas atau tidak faham akan tindakan kita. Maka tugas kita adalah untuk memahamkan mereka. Begitu juga hidup dalam berdakwah"
3-syukran cip (bukan nama sebenar), mendengar rintihanku
4-rindu pada syahid tapi terasa diri terlalu jauh pada DIA
5-apalah sangat nilai "kelazatan" dunia yang terlalu sedikit ini jika dibandingkan dengan nikmat syurga allah
6-boleh untuk mencapai syurga Allah, tapi jalannya jauh dan susah, kadang-kadang kita jatuh, sakit dan letih, tapi itulah maharnya. Mogaku mampu membayar mahar itu
7-mampukah diriku ini bertahan dalam jalan ini??


Wallahu'alam=>

Thursday, March 18, 2010

Mengejar Redha Manusia Atau Allah?

Thursday, March 18, 2010

Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada Kemurkaan Allah 'Azza wa Jalla. Sebab setiap orang di antara satu sama lain saling berbeza dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh.

Berusaha membuat manusia redha adalah suatu yang tiada penghujungnya, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Tetapi membuat Allah Redha adalah kemuncak diterimanya Amalan...

Alhamdulillah, moga semua sihat dalam RahmatNya selalu. Petikan yang cukup ringkas daripada buku : "Malam Pertama di Syurga"...tetapi memberi makna yang cukup mendalam jika dihayati dan mengetahui tujuan hidup yang sebenar. Adakah naluri hati kita sentiasa berpandukan jalan dan niat yang tulus ? Adakah dengan mendapat penerimaan dan pujian daripada manusia sekeliling bermakna apa yang kita kerjakan mendapat redha di sisi Allah Yang Maha Pemurah?. Saya amat takut sekiranya setiap yang dilakukan mendapat kemurkaan daripada Allah, walaupun kita menganggap ia sudah cukup baik untuk dilakukan.

Hati...ya, hati sering menukar niat kita tidak kira masa, Nafsu..ya..nafsu sering digoda dengan bisikan halus syaitan laknattullah, Fikiran..ya fikiran sentiasa ingin yang indah disekiling kita..Adakah berbaloi melakukan kebaikan tetapi niat untuk mendapat hanya dipandangan manusia? Adakah manusia itu sendiri yang memberikan nikmat pahala dan ganjaran yang lebih baik daripada Allah SWT??...di Dunia...ya..penangan Dunia amat hebat...kemasyuran dan pujian umpama satu zat bagi insan yang bergelar manusia..."puji..puji la aku, kerana aku telah lakukan sedekah..." " hebatnya kamu, dapat menolong ramai orang".." dan banyak lagi contoh yang ada..dan mungkin berlaku disekeliling kita dan mungkin kita juga tergolong??..Nauzubillah.

Perlukan kita mempunyai ramai penyokong dan kroni jika kita tidak dapat manfaatkan nikmat Allah dengan sebaiknya.. dan sia-sia jika kita tidak dapat membimbing penyokong kita ke arah yang diRedhaiNya...kita perlu lihat bagaimana cara yg telah kita lakukan pastikah ia tidak menyimpang daripada unjuran yang sepatutnya?..Tidak guna mendapat sokongan daripada penyokong (manusia) tetapi jauh dari RedhaNya Allah...mendabik dada, menghina dan mengutuk orang tidak sekufu dengan kita...apa yang kita perlu sebenarnya?...RedhaNya Allah kite cari, bukan sebaliknya...

Pabila ramai yang menyokong kita mule sombong dengan Allah, mengharapkan berkat manusia daripada Keberkatan Allah, (adakah manusia yg memberikan berkat kepada kita?). Riak..."ya..aku di Jalan TuhanKU..."..adakah ia sekadar laungan? "aku tidak pedulikan yang lain janji ramai yang menyokongku"... (sebagi contoh shj)...

Secara realitinya, kita sering mengharapkan ganjaran dan manfaat dengan apa yang kita lakukan...Beriman, Yakin dan setialah kepadaNYA..InsyaAllah..dengan niat hanya mengharapkan KEREDHAAN dariNYA..Allah tidak akan sia-siakan kita..dan tidak sesekali DIA berpaling untuk memberikan nikmat kepada kita..tetapi jike berpaling dariNYA....ingat, dan sentiasa bermuhasabah diri.. DIA amat berkuasa dan DariNYA kite dijadikan kepada Dia kita kembali...dan Dunia ini hanya tempat persinggahan yang singkat, jika kita tidak memanfaatinya..rugi yang nyata. Sesungguhnya saya mengingati diri saya sendiri...

" Ya Allah , Ya TuhanKu..Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu bahawa bagiMu segala puji-pujian, tiada tuhan melainkan Engkau yang satu. Tiada sekutu bagi Engkau yang Maha Memberi anugerah, yang Maha Mencipta langit dan bumi, yang Memiliki Keagungan.

p/s :-
1-akhir-akhir ni agak kerap pula update blog, duduk dalam "dilema fitnah amanah"
2-tikar tahajudku agak kekeringan kebelakangan ini, adakah itu tanda aku makin jauh dariNya..ya Allah ampunilah aku
3-terasa sedih bila mengenangkan percaturan "catur" yang pernah dilakukan.. Adakah ia membawa kebaikan atau sebaliknya?
4-zikir kematian terlalu jauh dari lafaz ini.. Adakah Allah sedang murka kepadaku
5-persepsi yang berbeza menyebabkan selalu berlaku salah faham..maafkanku sahabat..bukan niatku
6-memikirkan "baitul muslim"=>

Wallahu'alam=>

Wednesday, March 17, 2010

Amanah Menjadi Fitnah

Wednesday, March 17, 2010

"...janganlah sampai amanah jadi fitnah...",kata syafiq sahabat dari bangi

Terkenang kata-kata sang sahabat akan erti amanah. Ramai diantara kita berusaha untuk menunaikan amanah sebaik mungkin. Ada yang sanggup berkorban masa, wang, tenaga dan bermacam lagi asalkan amanah yang dipikul dapat dilaksanakan. Teringak kata-kata abah "tiba masa kita hendak masuk syurga, anak-anak dan isteri kita pegang dan tarik kaki kita disebabkan kita tidak adil dalam beramanah untuk keluarga, andai kita lepas dari perhitungan keluarga, rakyat pula menarik kita disebabkan kita tidak amanah...."

Mengapa amanah boleh menjadi fitnah?. Merenung kembali ke dalam diri, mungkin ini yang dikatakan amanah menjadi fitnah. Kita menjalankan tugasan kita dan berusaha sebaik mungkin untuk menjalankannya, tetapi kita gagal dalam pelajaran, maka fitnah tugasan pada akademik kita. Adakah benar akan hal ini, tepuk dada dan tanya hati.

Sesetengah pihak yang mempunyai jawatan juga kadang-kadang terlalu banyak alasan untuk menghadiri sesuatu program. Hilangnya pemahaman pada "fiqh aulawiat" atau keutamaan dalam menjalankan atau memilih sesuatu. Amanahlah perkara yang paling besar dalam mendatangkan fitnah dalam diri. Apa yang kita lakukan, seringkali mendatangkan fitnah semula kepada kita. Menyentuh hal ikhlas dalam menjalankan tugas, ada pemimpin yang berusaha menyimpan segala usaha yang pernah dia lakukan dengan alasan takut akan riak dan sum'ah sehinggakan ada suara lantang di belakang menuduhnya tidak melakukan tugas. Mungkinkah ini dikatakan amanah membawa fitnah. Benar riak adalah suatu perkara yang boleh menghalang kita dari ke syurga. Tapi erti ikhlas hanya kita yang tahu. Mendedahkan segala usaha yang pernah diketengahkan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk tetapi untuk memberitahu yang kita amanah pada tugasan. Dan ia mungkin sudah menjadi keperluan supaya hal demikian diperketengahkan supaya diri tidak difitnah dan orang lain tidak menfitnah.

Ada pula sesetengah manusia yang duduk dalam planet yang terlalu banyak tugasan sehinggakan dilema dalam menentukan sesuatu keputusan dengan tepat. Kadang-kadang ada perkara atau pilihan yang mereka lakukan tidak bertepatan dengan perkara yang sepatutnya mereka lakukan. Sebagai contoh memilih untuk bermain bola sehinggakan meninggalkan mesyuarat atau program yang lebih penting untuk dihadiri. Adakah perkara ini juga termasuk kepada amanah membawa fitnah.

Saban hari, perkara fitnah-menfitnah ini semakin berleluasa. Hatta orang yang belajar agama pun tidak terlepas akan hal ini jika apa yang diperkatakannya bukan akan hal yang sebenar. Sama-samalah kita berlapang dada dalam segala hal supaya kita tidak menfitnah dan Allah tidak membalikkan fitnah ini kepada kita suatu masa nanti.

"Ya Allah jauhkanlah kami dari fitnah pada amanah yang kami pikul.. Jangan disebabkan fitnah yang pernah kami timpakan pada orang lain suatu ketika dahulu menjadi fitnah kepada kami semula.. Ampunilah segala dosa kami yang terdahulu, ketika ini dan yang akan datang samada yang terlindung atau yang jelas.."

Wallahu'alam=>

Tuesday, March 16, 2010

Aku Cinta Allah

Tuesday, March 16, 2010

Andaikan diriku bisa seperti yang lain
Yang Ku sayang yang Ku rindukan yang Ku cintai

Aku lemah tanpa-Mu aku lelah aku sungguh tak berdaya
Tolongku tolongku Ya...Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku cinta Allah

Thursday, March 11, 2010

Jalan Mulia

Thursday, March 11, 2010

Setitis sahaja racun, akan membunuhmu
Membuatkanmu tak berdaya melakukan apa-apa
Kehidupan adalah perjuangan
Dan perjuangan akan menyelamatkanmu dari titisan itu
Tetapi kita tetap menuju fana
Maka pilihlah jalan yang paling mulia menuju kematian
Jalan yang membawa kemuliaan ke syurga hakiki
Dan jangan sampai kau mati kerana urusan dunia
Yang tentu, akan melemparkanmu ke neraka
 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates