Friday, February 26, 2010

Kemuncup Dalam Perjuangan

Friday, February 26, 2010

Alhamdulillah. Selawat dan salam buat junjungan baginda Rasulullah saw yang merupakan pemimpin dunia yang teragung sepanjang zaman. Konsep mengingati Rasulullah bukanlah perkara "bermasa" atau "bermusim" seperti selalu yang kita perhatikan akhir-akhir ini. Ada yang bergaduh sehinggakan sanggup berbunuhan disebabkan tidak diadakan sebarang perarakan atau sambutan maulidur Rasul ini. Andai baginda masih hidup tentunya baginda akan berasa sangat sedih. Baginda diutuskan untuk memimpin dan menyatukan ummat bukannya memecah belahkan ummat. Sama-sama kita renungkan.

Dalam perjuangan islam ini terlalu banyak kemuncup-kemuncup yang yang sentiasa tumbuh dengan mekarnya. Memetik konsep sebuah harakiah islam di Malaysia ini berkaitan pembawaan mereka. Sama-sama kita teliti dan fahami. Tertubuhnya kumpulan atau jemaah ini mempunyai beberapa misi penting dan produktif. Di sini saya cuba menekankan 3 perkara pokok yang dianjurkan.

1-Rijalud-Din : ia bermaksud pemuda agama (dari sudut bahasa). Tetapi dari sudut istilahnya ia lebih menunjukkan kepada penggerak-penggerak dakwah di medan-medan yang mereka duduki. Kepentingan dakwah ini jika dihurai satu demi satu sudah tentu panjang ceritanya. Jadi secara ringkasnya kepentingan dakwah pada yang memahami adalah WAJIB. Semua ini bermula dari satu titik didikan yang disebut tarbiah. Tarbiah merujuk lebih tepatnya kepada didikan diri dari pelbagai sudut. Ruang lingkup tarbiah ini sangat luas pada yang memahaminya. Ia bukan berkisar pada usrah semata-mata. Tetapi usrahlah medan yang paling berkesan dalam pembentukan tarbiah diri sejak zaman baginda lagi. Tetapi bagi yang lebih bijak, setiap masa dan perkara yang berlaku adalah tarbiah. Jika ingin dibina sebuah negara Islam, wujudkan dalam diri sendiri sebuah kerajaan Islam terlebih dahulu. Insyaallah jika ini dapat diwujudkan, negara Islam yang diinginkan pasti terbentuk. Inilah tugas-tugas utama semua yang bergelar muslim.

2-Pengkaderan : ia merupakan antara teras utama dalam sesebuah gerakan. Pengkaderan penyambung rantai-rantai pejuangan ini amatlah perlu dititik beratkan. Ia bukanlah perkara remeh yang boleh dipandang enteng oleh mana-mana gerakan. Sejak tertubuhnya Ikhwan Muslimin, kader-kader dakwah telah banyak dihasilkan sehinggakan selepas zaman kejatuhan pimpinan khalifah, tanpa gerakan dakwah yang diterajui oleh kader-kader dakwah ini, agak musahil kita di Malaysia akan menerima Islam. Kader dakwah yang berkualiti adalah bermula dari tarbiah yang menyeluruh dan berkualiti. Imam Hassan Al-Banna menyebutkan "berikan aku 120000 pemuda yang imannya 1. Akan aku bentuk sebuah negara Islam". Cuba kita lihat, tidak samakah 120000 yang imannya 1 jika dibandingkan dengan 240000 yang imannya 1/2?? Jawapannya tentu sekali tidak. Sejak dahulu Islam menang dan berkuasa bukan disebabkan kuantiti tetapi sebaliknya adalah kualiti.

3-Siasah Islamiah : banyak pihak yang melihat perkara ini sebagai jijik dan kotor. Malah ada yang memisahkan ia dengan agama. Adakah kita mengerti apa yang dimaksudkan dengan siasah (politik)?? Siasah secara istilahnya adalah urus dan tadbir. Setiap masa kita bermain dengan siasah. Adakah kita sedar. Pada pihak yang menafikan, cuba renung kembali akan perkara ini. Cuma di sini method pada politik pilihan raya adalah salah satu "perang" dalam mentadbir dan memimpin negara. Rasulullah bersabda "perang itu tipu daya". Tidak berkelayakan untuk saya menghuraikan makna hadis itu secara mendalam. Tetapi itulah hakikat realitinya. Dan inilah suatu realiti dakwah yang boleh disifatkan berkesan dan sesuai digunakan di Malaysia. Cuba kita renung sejenak, jika umat Islam yang tidak berkefahaman atau orang yang bukan Islam yang memerintah, bolehkah kita menggerakkan dakwah dan menganjurkan program dakwah di bawahnya. Mungkin ada yang mengatakan ya, ia masih boleh. Tetapi berapa besar kesannya jika kita tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan misi ini?? Sama-sama kita renungkan. Di Malaysia terlalu banyak pertubuhan jemaah Islam yang wujud. Tetapi mengapakah Islam masih berpecah?? Tidak lain dan tidak bukan disebabkan tidak ada "wahdatul fikr" antara mereka. Jadi marilah sama-sama kita mencari persamaan dalam mambawa Islam walaupun cara kita berbeza. Jangan disebabkan cara yang berbeza, kita menikam jemaah lain dari belakang.

Di dalam Islam itu sendiri ada cara pentadbiran dan pemerintahannya. Ketika pemerintahan Umar bin Abd Aziz, beliau pernah menarik semua kuasa gabenor wilayah islam yang memerintah. Tujuannya hanyalah satu, untuk melihat keikhlasan pemimpinnya dalam memperjuangkan Isla. Ketika ditarik semua kuasa yang ada, ada diantara mereka yang marah, ada diantara mereka yang semakin kuat jihad dalam medan dakwahnya dan ada juga yang hanya berdiam diri. Setelah itu khalifah Umar Abd Aziz pun menyerahkan kembali kuasa gabenor kepada mereka. Tetapi ketika itu ada yang menerima dan ada yang menolak. Yang menolak ini dikatakan merasa jihad mereka pada mendan dakwah lebih besar selepas keadaan itu. Tetapi atas kemaslahatan umat, mereka menerima ia. Sifat apa yang ada pada gabenor-gabenor Islam ini?? Tidak lain dan bukan adalah wala' pada pimpinan. Setiap pimpinan ada keberkatannya.

Kita mengambil satu contoh kisah sebuah gerakan Islam di Malaysia. Sebelum ini gerakan ini adalah sebuah gerakan yang sangat kecil. Ia diperjuangkan oleh para ulama'. Tetapi sejak akhir-akhir ini gerakan ini semakin diterima oleh semua golongan masyarakat sehinggakan ada ditubuhkan sebuah kelab untuk masyarakat bukan Islam. Tetapi apa yang hendak diceritakan di sini adalah, bila mana gerakan ini semakin besar kuasanya, wujud pula kemuncup-kemuncup dalam perjuangan gerakan ini. Ada ahli yang menentang dan bermacam-macam lagi. Ketua gerakan ini pernah bermimpi di suatu malam dimana beliau mengimami sebuah solat tetapi semua makmuk solat membelakangi kiblat. Mungkin inilah tanda-tanda yang allah beri pada keberkatan pimpinan ini untuk terus sabar dalam berjuang jika ia benar berlandaskan alQuran dan asSunnah. Terlalu banyak kemuncup-kemuncup dalam perjuangan yang perlu dihadapi.

Dalam gerakan Islam terdapatnya "Aku Janji (baiah)" dan wala' (patuh) pada kepimpinan kita. Tetapi konsep ini semakin lama semakin diketepikan. Pimpinan yang kita amanahkan untuk memimpin kita seperlunya dipatuhi kerana disana terdapat seribu satu keberkatan. Tidak kiralah tindakan ia betul atau salah, tetapi setiap apa yang mereka lakukan pasti ada berkat di sisinya. Ada ahli gerakan yang suka bercakap dibelakang jika mereka tidak berpuas hati, ada pula yang suka mendedahkan kerahsiaan gerakan jika mereka tidak berpuas hati, ada pula yang menceritakan apa yang mereka tidak senangi kepada orang lain tanpa pernah berbincang dengan pimpinan yang sepatunya. Umpama sebuah keluarga yang anaknya mempunyai masalah. Tetapi sang anak tidak menceritakan masalah itu kepada ibu bapa dia sebaliknya menceritakan masalah itu kepada jiran sebelah atau di dalam blog mahupun facebook. Apa perasaan sang ibu bapa dengan tindakan sang anak ini?? Sama-sama kita tepuk dada dan tanya iman. Percayalah pada setiap kepimpinan atau pimpinan itu tersimpan 1001 keberkatan. Tegurlah mereka andai mereka salah, bantulah mereka untuk melaksanakan tugas, patuhlah arahan mereka selagi mana ia tidak melanggar alQuran dan asSunnah. Konsep baiah dan wala' ini perlulah diteliti dan difahami dengan sedalamnya. Wallahu'alam=>

Tuesday, February 23, 2010

Facebook??

Tuesday, February 23, 2010

Alhamdulillah mempunyai sedikit kelapangan untuk membuat sedikit perkongsian. Perkongsian kali ini saya petik dari blog satu umat (http://satuumat.blogspot.com/) buat renungan dan tatapan bersama. Ayuh kita tatapi, hayati, fahami dan dalami apa yang sedang berlaku di sekitar kita.

Mantan Ketua komite fatwa Al-Azhar, Syaikh Abdul Hamid Al-Atrash, pada hari Rabu lepas (3/2) mengeluarkan pernyataan yang mengharamkan laman jejaring sosial terkenal Facebook, setelah meningkatnya angka perpecahan, fitnah menfitnah, pergaduhan, perceraianpezinaan yang merupakan kesan dari laman tersebut.

Syaikh Al-Atrash menekankan bahawa masuk dan bergabung dalam laman jejaring sosial Facebook sangat berbahaya untuk masyarakat umum, khususnya warga Arab dan negara-negara Islam yang memiliki tingkat spesifiti tinggi.

Mantan ketua komite fatwa tersebut juga mengatakan bahawa Facebook telah menjadi sebagai instrumen penghancuran, dan merosak pasangan keluarga, kerana masing-masing pasangan baik suami mahupun isteri akan mencari kegiatan lain di Facebook jika memiliki waktu senggang, dan sering serta banyak kes terjadi perselingkuhan lelaki wanita yang bermula dari Facebook.

Sebuah team dari pusat nasional untuk penelitian sosial dan pidana Mesir, telah melakukan suatu kajian yang berlangsung selama beberapa minggu, hasil laporan kajian mereka sungguh mengejutkan, bahawa setiap lima kes penceraian yang terjadi, khususnya di Mesir, disebabkan oleh perselingkuhan yang terjadi kerana pasangan suami ataupun isteri menemukan "idaman lain" yang mereka temukan di laman Facebook.

Kajian juga menunjukkan bahawa laman jejaring sosial facebook, sangat mudah membuat pasangan suami isteri saling berkhianat, manakala suami-isteri tersebut merasa bosan dan jenuh dengan kehidupan monoton dari perkahwinan mereka, dan disaat itulah kebanyak pasangan yang aktif di laman jejaring sosial Facebook dapat dengan mudah menemukan "orang lain" yang menjadi selingkuhan mereka tanpa payung legitimasi pernikahan yang sah.

Hasil kajian mengakui bahwa banyak pengguna Facebook dapat berhasil menemukan orang yang dulu mereka kasihi dan hubungan mereka telah lama putus akhirnya menjadi "CLBK" Cinta Lama Bersemi Kembali, mungkin tidak masalah dengan orang yang belum menikah akan tetapi kebanyakan yang terjadi adalah hubungan "gelap" model CLBK ini dialami oleh pasangan yang telah menikah, sehingga kejadian seperti ini merupakan ancaman yang nyata bagi pernikahan pasangan muslim.

Kajian juga menyarankan agar pasangan suami-isteri tidak bergabung dan aktif di laman jejaring sosial Facebook.

Syaikh Al-Atrash mengutip temuan hasil kajian tersebut yang menunjukkan tingginya tingkat perceraian kerana perselingkuhaan dan hubungan zina diluar nikah lewat internet, akhirnya mengeluarkan fatwa bahawa HARAM untuk aktif dalam laman jejaring sosial Facebook, kerana facebook telah menjadi ajang penyebaran kerosakan moral di kalangan anak muda serta Facebook juga menjadi alat penghancur keutuhan rumah tangga yang pada akhirnya akan mengancam keruntuhan total masyarakat Arab dan Islam.

Syaikh Al-Atrash mengakui bahwa Facebook, dan sarana komunikasi lainnya, apakah itu TV Satelit, internet dan sebagainya, ibarat pedang bermata dua yang boleh digunakan untuk berdakwah, menyampaikan pesan persahabatan dan perdamaian atas dasar Islam atau boleh dijadikan alat untuk bermaksiat seperti melakukan perselingkuhan atau kerosakan moral lainnya. Syaikh Ahmad Husam, imam masjid Abu Bakr di distrik Faisal Giza, juga menyepakati fatwa Haram dari Syaikh Al-Atrash, kerana faktanya banyak anak muda mahupun pasangan suami istri telah menyalah gunakan laman tersebut untuk melakukan hubungan "terlarang" dan dia juga mencatat bahawa Al-Quran telah memberikan peringatan yang jelas, iaitu pendengaran, penglihatan dan hati semuanya akan di mintai pertanggung jawabkan oleh Allah. SWT.

Inilah perkembangan laporan tentang Facebook. Laman jejaring sosial itu, jelas-jelas diwujudkan sebagai alat Israel untuk memantau orang-orang Islam dan mendapatkan informasi yang berharga mengenainya. Seperti kita ketahui, di Facebook, para penggunanya dapat memperbaharui status mereka atau 'posting' foto keluarga.

Menurut IndonĂ©sie Magazine yang berbasis di Perancis, intelijen Israel fokus pada pengguna Facebook, terutama kepada Arab dan Muslim. Israel menggunakan informasi yang diperoleh melalui halaman Facebook mereka itu untuk menganalisis aktiviti mereka dan memahami bagaimana mereka berfikir. Duta besar Israel di Paris menuduh majalah ini dengan “mengungkapkan rahsia bagi musuh."

Facebook merupakan aktiviti rahasia Israel yang ditemukan pada Mei 2001. Gerard Niroux, Profesor Psikologi di Universiti Provence Perancis yang juga menulis buku The Dangers of The Internet, berkata. "Facebook adalah sebuah jaringan intelijen Israel yang terdiri dari psikologi yang memikat para pemuda dari dunia Arab, terutama dari negara-negara yang terletak di dalam jangkauan konflik Israel-Palestin di samping negara-negara di Amerika Latin,"

Niroux mengatakan sejumlah besar orang-orang menggunakan laman jejaring itu untuk bertemu orang lain dan itu sebenarnya tidak aman. "Sangat mudah untuk memata-matai orang menggunakan perempuan," katanya kepada majalah itu.

Ini bukan pertama kalinya Israel dituduh menggunakan Facebook untuk memata-matai orang. Pada bulan April 2008 surat kabar Yordania Al-Haqiqah al-Dawliya menerbitkan sebuah artikel berjudul "The Hidden Enemy" membuat dakwaan yang sama. Akhbar itu menyatakan bahawa sangat berbahaya bagi khususnya kaum muda, yang seringkali mengungkapkan data pribadi tentang diri mereka di Facebook kerana itu merupakan semua hal yang boleh diketahui oleh orang lain dengan mudah. Nah, Facebook tentunya tidak menemukan kesulitan itu, kerana seperti kita ketahui, umat Islam dan generasi mudanya, secara berbondong-bondong pro-aktif berkelayapan di laman ini, bahkan sekadar untuk meng-up-date status yang lagi makan mie ayam atau mungkin ke kamar mandi.

Moga perkongsian yang sedikit ini dapat memberi faedah bersama. Wallahu'alam=>

Saturday, February 20, 2010

Di Manakah Akhlak Kita Wahai Umat Islam?

Saturday, February 20, 2010

Alhamdullillah, walaupun agak keletihan dalam menelaah pelajaran, saya dapat juga membuat sedikit perkongsiaan untuk diri sendiri terutamanya dan semua sahabat-sahabat yang dimuliakan Allah.

Menyingkap serba sedikit tentang sirah zaman jahiliah untuk menjadi renungan bersama. Mari kita lihat di mana letaknya akhlak kita jika hendak dibandingkan dengan mereka. Saya tidak menolak bahawa masyarakat jahiliah mempunyai tabiat yang buruk dan perkara yang tidak boleh diterima oleh akal. Walaupun begitu, mereka mempunyai akhlak yang menakjubkan sehingga melahirkan rasa hormat terhadap masyarakat jahiliah ketika itu.

1-Pemurah. Masyarakat jahiliah sering berlumba-lumba untuk menunjukkan sifat pemurah mereka dan merasa megah dengan sifat tersebut. Banyak puji-pujian terhadap sifat ini di dalam syair-syair karangan mereka yang mana menunjukkan bahawa mereka sangat pemurah. Dikisahkan bahawa suatu masa di musin sejuk, ada seorang lelaki di datangi oleh seorang tetamu dalam keadaan yang sangat sejuk dan kelaparan. Ketika itu lelaki itu tidak mempunyai apa-apa harta melainkan seekor unta yang merupakan sumber kehidupannya dan keluarganya. Tetapi didorong dengan sifat pemurah, dia sanggup menyembelih untanya untuk tetamunya.

2-Menunaikan janji. Bagi orang arab, perjanjian adalah seperti agama yang perlu dipegang kemas. Demi menunaikan janji, mereka sanggup meremehkan pembunuhan anak pinak dan pemusnahan kampung mereka.

3-Berbangga dengan diri dan tidak sanggup dihina dan dizalimi. Hasil sikap ini menimbulkan keberanian dan kecemburuan yang berlebihan serta terlalu agresif. Mereka pantang mendengar pertuturan yang berbau penghinaan melainkan mereka segera menghunuskan pedang dan tampil untuk berperang. Demi menjaga kemuliaan diri, mereka sanggup mengorbankan jiwa.

4-Tekad serta keazaman yang kuat. Apabila mereka berazam untuk melakukan sesuatu yang baik dan dapat dibanggakan mengikut pandangan mereka, maka tiada yang boleh menghalang keazamannya itu, malah mereka sanggup mengambil risiko demi melaksanakan azam mereka.

Disebabkan nilai akhlak yang berkualiti ini, kita dapat melihat bahawa itulah sebabnya mereka dipilih untuk memikul amanah dakwah dan memimpin umat dan masyarakat keseluruhannya. Walaupun keadaan mereka ketika itu sangat jahil, tetapi dengan datangnya Islam untuk memperbetulkan sikap-sikap jahat mereka ini, akhlak-akhlak tersebut dapat digunakan untuk kemanfaatan dakwah. Terdapat juga akhlak-akhlak lain yang tidak dihuraikan seperti sabar.

Jadi apa yang cuba saya bawakan adalah, di mana akhlak umat Islam terutamanya di Malaysia ini. Jika dilihat semakin ramai daripada kita yang mempunyai sifat kedekut malah ada pula yang cuba merampas atau mengambil harta orang lain sebagai harta dan keselesaan hidup mereka. Sedangkan arab jahiliah mempunyai sifat pemurah, maka boleh disifatkan umat Islam zaman ini lebih teruk dari arab jahiliah. Selain itu, masyarakat Islam sekarang ini hanyalah pandai menabur janji tetapi tidak menunaikannya. Ketika menghampiri malah memasuki pasca pilihan raya, terlalu banyak janji yang ditaburkan tetapi setelah memperolehi kemenangan, janji hanya tinggal janji. Adakah pemimpin kita sekarang lebih teruk dari pemimpin masyarakat jahiliah? Kutuk-mengutuk dan fitnah-menfitnah semakin berleluasa di negara kita. Ada sesetengah pihak sanggup menggadaikan saudara seIslam mereka hanya semata-mata rasa tergugat dengan kehadiran saudara mereka itu. Sedangkan arab jahiliah mempertahankan masyarakat mereka masing-masing sehingga sanggup mengorbankan jiwa. Apakah ini kifarah cinta duniawi?

Marilah bersama-sama ita fikirkan di mana kedudukan umat Islam ketika ini. Adakah lebih rendah dari arab jahiliah. Islam datang untuk membawa cahaya penyatuan setiap umat. Bangsa Cina, India, Melayu dan lain-lain berhak memasuki dan memahami Islam. Tetapi dengan akhlak umat Islam kini menyebabkan mereka menjauhi Islam. Marilah sama-sama kita renung dan fikirkan. Wallahu'alam=>

Wednesday, February 17, 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan

Wednesday, February 17, 2010

Ya Allah, aku mohon atas kebaikanMu.. Jika kejayaan itu lebih bermakna bagi kami, maka engkau berikanlah.. Dan jika kegagalan itu lebih bermakna bagi kami, maka engkau berikanlah.. Moga dengan sebarang nikmat yang engkau beri itu dapat membuatkan kami lebih bertaqwa..amin

Moga Allah Memberi Ketenangan & Mempermudahkan Segala Urusan

-YDP PERSIAP sesi 2010-

Sunday, February 7, 2010

Sakit Hati

Sunday, February 7, 2010

Alhamdulillah, hari ini rasa bahagia apabila dapat berbual dengan seorang sahabat yang telah lama tidak bersua. Saya ingin membuat sedikit perkongsian atas apa yang telah kami perbualkan sebentar tadi dengan izin sahabat saya itu.

sahabat : assalamualaikum odin
odin : waalaikumussalam xxxx, apa khabar?
sahabat : alhamdulillah sihat, ko?
odin : aku macam dulu lagi, tak berubah pun. eh jarang ko telefon aku ni, mimpi ka(sambil gelak)
sahabat : takda la, takkan nak tanya khabar kawan aku ni pun kena minta izin

Kami berborak kosong untuk seketika.

sahabat : odin, sebenarnya aku sedih la. aku tak tau mana silap aku. aku ada kawan yang rapat sangat dengan aku, tapikan dia selalu sakitkan hati aku, aku rasa nak pukul ja dia ni. melampau sangat.
odin : kenapa ni xxxx. cuba cerita sikit. kalau-kalau aku boleh tolong

Dia pun menceritakan tentang masalah dia kepada saya dalam keadaan menangis. Hati sahabat mana yang tidak tersentuh bila mendengarkan esakan sahabatnya yang jauh di Sabah.

odin : ohho, itu ke masalahnya. macam ni lah xxxx, mungkin aku tak dapat tolong atau selesaikan masalah ko. tapi ni nasihat aku sebagai kawan lama ko. ko nak dengar tak?
sahabat : ye la. habis tu buat apa aku telefon ko kalau tak nak dengar pandangan ko. ko ni masih macam dulukan.
odin : akhi, biarlah orang sakitkan hati kita, biarlah orang kutuk kita, biarlah orang membenci kita. itu semua hak mereka. tapi apa yang pasti, bila hati kita disakiti, bukankah itu salah satu kifarah dosa kita. betul tak? yang penting kita tahu apa yang kita buat. selagi benda tu tak salah, silakan
sahabat : betul-betul. aku ingat lagi kata-kata ko yang dulu tu
odin : jadi sabarlah xxxx. aku pun kadang-kadang ada masalah tu. tipu aku katakan kalau aku tak pernah rasa marah atau sakit hati. aku pernah bertanya akan hal ni kat seorang sahabat seusrah aku. dia nasihatkan aku macam ni. ko nak dengar tak?
sahabat : cerita ja la. aku dengar ni
odin : (sambil senyum). nama sahabat aku tu dzulkhairi, tapi aku panggil dia ustaz dzul. ni nasihat dia kat aku. sekarang aku nak nasihat benda yang sama kat ko. dengar ni. kalau kita berasa sakit hati bila ada kawan kita menyakiti kita, takpa bersabarlah. cuba ko renung balik, berapa banyak ko dah sakitkan "hati" Allah. kita ni kadang-kadang buat jahat, fitnah orang, mengumpat orang dan macam-macam lagi. solat suboh kadang-kadang lambat, bukan ka semua perkara tu membuatkan Allah marah. Agaknya Allah murka tak dengan kita?
sahabat : hmm. teruskan aku dengar ni
odin : jadi andai kawan kita buat perkara yang kita tak suka dan menyebabkan kita sakit hati, macam tu la juga Allah. kita selalu sakitkan Allah. kita sedar tak. mungkin kawan yang selalu sakitkan hati kita tu memang telah diatur oleh Allah untuk ingatkan kita bahawa Allah "sakit" dengan tindak tanduk kita seharian. sedar tak kita
sahabat : jadi?
odin : jadi sabarlah. pernah ko tanya dia kenapa dia selalu buat ko macam ni? kalau pernah, ada tak korang cari penyelesaian. aku serahkan kat ko. aku tak nak dengar jawapannya. moga-moga sakit hati ko tu menjadi kifarah dosa bagi ko dan menjadi peringatan kat kita bahawa kalau kita berasa sakit hati dengan orang lain, pada hakikatnya berapa banyak kita sakitkan Allah dengan melanggar suruhannya
sahabat : ko masih aktif macam dulu ka?
odin : andai aku tak aktif macam dulu pun, aku akan minta kat Allah supaya aku bukan golongan yang membenci atau menghalang orang lain yang nak bawa agama Allah ni

Dan kami pun terus berborak kosong. Jadi wahai sahabat, bukan ingin meminta untuk diambil iktibar atas apa yang telah saya kongsikan dengan sahabat saya tadi. Terpulang pada semua atas pentafsiran masing-masing. Terima kasih saya ucapkan kepada ustaz dzul sebab nasihatnya tempoh hari dapat saya gunakan untuk menasihati kawan saya yang lain. Ayuh sahabat-sahabat, berusahalah untuk menjauhi segala masalah hati supaya gerakan Islam terus laju bergerak. Insyaallah. Wallahu'alam=>

Saturday, February 6, 2010

Sikap Profesional

Saturday, February 6, 2010

Maha suci Allah yang telah menjadikan manusia sebaik-baik ciptaan, menjadikan Rasulullah sebagai contoh teladan dan pemimpin kepada kebenaran dan memberi manusia hidup tanpa perlu dibayar satu sen sekali pun. Tahniah saya ucapkan kepada organisasi baru AMSA sesi 2010/2011 atas pelantikan dan terima kasih diucapkan kepada organisasi AMSA sesi 2009/2010 di atas segala kerjasama yang pernah diberikan. Kepada yang baru, selamat menjalankan tugasan dan amanah dengan bersungguh-sungguh dan kepada yang lama, tugas kalian belum selesai. Kalian perlulah mendidik dan membantu organisasi yang lama untuk menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Insyaallah.

Bercakap berkenaan sikap "profesional", kita akan mendengar banyak jawapan. Kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang pandangan saya terhadap sikap "profesional". Jika ditanya saya apa itu sikap profesional, secara jujur saya katakan yang saya juga tidak mengerti maksud sikap profesional yang sebenar. Apa yang akan saya kongsikan ini tidak lebih daripada pandangan peribadi. Ia boleh diambil kira ataupun tidak. Bagi saya sikap profesional adalah berkait rapat dengan "akhlak" yang terbentuk dalam diri manusia itu sendiri. Secara ringkasnya profesional=akhlak.

Di dalam Islam itu sendiri, begitu dititik beratkan akan prihal berakhlak dengan akhlak mulia ini. Jika dilihat pada diri Rasulullah itu sendiri, baginda sentiasa berakhlak dengan akhlak mulia walaupun dengan orang yang sentiasa menindas dan menentang baginda. Tidak pernah ada rasa dendam dalam diri baginda. Kita mengambil satu contoh paling menarik yang baginda pernah tunjukkan. Kisah baginda dengan seorang perempuan tua yang selalu mengganggu perjalanan baginda ke masjid. Setiap kali baginda hendak ke masjid, ada seorang perempuan tua yang selalu menghalang dan mengganggu baginda. Kadang-kadang diletakkan duri di tengah jalan, disimbah dengan air busuk, dibaling dengan sampah dan batu dan bermacam-macam lagi halangan yang dilakukan oleh perempuan itu. Tetapi apa yang menariknya, baginda tidak pernah membalas mahupun menyimpan dendam dalam diri. Sehinggakan suatu hari baginda melalui jalan yang sama untuk ke masjid, tetapi pada hari itu tidak ada sebarang gangguan yang diberikan oleh perempuan itu malah kelibat perempuan itupun tidak kelihatan. Setelah beberapa hari perkara itu berlaku, baginda telah bertanya kepada orang di kawasan tersebut ke mana perginya perempuan tersebut. Setelah baginda mendapat tahu bahawa perempuan itu sedang sakit, baginda telah pergi berjumpa dan melawat perempuan tersebut. Wanita itu sangat sedih dan terharu dengan sikap Rasulullah yang tidak pernah membalas segala kejahatan yang pernah dia lakukan malah Rasulullah membalas kejahatan dengan kebaikan. Akhirnya wanita itu memeluk Islam. Masyaallah hebatnya baginda menganjurkan didikan Islam. Baginda sentiasa sabar, tenang dan tidak membalas kejahatan dengan kejahatan malah membalas kejahatan dengan kebaikan. Inilah sikap profesional baginda dalam berdakwah. Andai Rasulullah membalas kejahatan tersebut dengan kejahatan, sudah pasti perempuan tersebut tidak memeluk Islam.

Jadi dari kisah tersebut dapat disimpulkan bahawa sikap dan tahap profesional kita juga merupakan method dakwah yang paling berkesan. Duduk di dalam lingkungan pekerjaan yang memerlukan profesional yang tinggi seperti bidang kedoktoran ini merupakan medan dakwah yang paling mudah, luas dan senang. Kita tidak perlu pergi berdakwah ke luar tetapi dengan hanya duduk di hospital sahaja, telah membantu penyebaran dakwah Islamiah ini. Insyaallah. Dalam mentadbir, sikap profesional ini amat dituntut dikalangan para pemimpin. Pemimpin yang berakhlak dengan akhlak mulia seperti jujur, amanah, tawadu', baik hati, adil, sabar dan mengamalkan sifat mahmudah adalah sebaik-baik pemimpin dan ia boleh digolongkan sebagai pemimpin yang profesional. Malah jika pemimpin itu menipu, menindas, sombong dan mengamalkan sifat mazmumah, ia adalah golongan yang tidak profesional walaupun mereka bekerja dalam bidang yang profesional.

Oleh itu diingatkan kepada semua pemimpin bahawa akhlak diri adalah perkara pokok dan penting yang perlu diterapkan. Ia melambangkan kepimpinan kita. Sentiasalah berlapang dada dalam segala bentuk hal. Insyaallah di sana tersimpan seribu satu hikmah. Nasihat sebagai seorang sahabat kepada sahabatnya yang duduk di dalam kerusi MPP mahupun JAKSA, yuran kolej yang percuma itu pada hakikatnya telah dibayar oleh rakan-rakan kita yang lain. Jadi berkhidmatlah dengan sebaiknya. Andai ada sebarang aduan, terimalah dan jangan sesekali menafikan atau menyalahkan orang yang melakukan aduan. Tugas sang pemimpin adalah untuk melindungi rakyatnya. Hatta untuk keluar bilik walau seketika sekalipun, tutuplah kipas, lampu atau laptop kita kerana yuran yang diberi percuma itu adalah aliran wang dari orang lain. Kita disifatkan zalim jika tidak melakukan ia dengan sebaiknya. Ingatan juga kepada PESIAP dan AMSA. Cuma nasihat sang sahabat sahaja. Wallahu'alam=>

"sikap profesional berkadar terus dengan akhlak kita"

Pemimpin Yang Adil

Pemimpin yang adil sangat dikehendaki
Memakmurkan umat dunia dan akhirat
Tiada keadilan negara huru-hara
Pemimpin membela nasib rakyatnya

Pemimpin yang adil sifatnya amanah
Mampu rasa resah susah rakyat-rakyatnya
Keadilannya tanpa pilih kasih pada siapa
Kepentingan rakyat lebih utama

Didengari rintihan dari rakyat-rakyatnya
Kasih sayang terserlah di wajahnya
Sombong dan takbur tidak ada pada dirinya
Rakyat hormat bukan takut padanya

Pemimpin yang adil mengutamakan amanah
Wang rakyat dan negara tidak disalah guna
Rasuah dan kemungkaran sangat dijauhinya
Rakyat diseru mentaati Allah

Terdapat pemimpin di dunia kini
Seringkali mencetus huru-hara
Demi melindungi kepentingan dirinya
Rela membiar rakyatnya derita

Pemimpin yang adil mengutamakan rakyatnya
Melepaskan mereka dari sengsara
Akhlak yang mulia pakaian dirinya
Rakyat taat dan sayang padanya

Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang sejati
Tuhan, kurniakanlah pemimpin yang begini

Bittaufiq Wa An-Najah


"Moga dipermudahkan dalam menghadapi peperiksaan bagi sahabat-sahabat FSKB.. Moga Allah membantu.. Insyaallah"
 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates