Thursday, December 3, 2009

Permainan Politik Yang Menarik

Thursday, December 3, 2009

Alhamdulillah Allah masih memberi kelapangan dalam penulisan kali ini. Mungkin 2 minggu ini saya mempunyai masa lapang yang agak banyak. Moga masa-masa itu dapat saya gunakan dengan sebaiknya. Kali ini saya ingin menulis serba sedikit tentang politik tanah air walaupun tidak berapa tahu. Ini hanyalah pandangan saya, harap tidak disalah anggap. Akhir-akhir ini, perang politik negara semakin rancak sejak berakhirnya PRU 12 lepas. Kadang-kadang rasa geram ada, rasa marah ada, rasa seronok pun ada. Kadang-kadang cuma mampu melihat dan mengharap pada yang terbaik sahaja.

Saya ingin berkongsi tentang pandangan saya terhadap strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan (BN) dan lawannya (PR) sebelum, semasa dan selepas PRU 12. Setakat ini telah 4 strategi yang diketengahkan oleh pihak yang mentadbir. Dan masih satu cara yang belum mereka gunakan. Dari pembacaan yang saya cuba adaptasikan pada "perang politik" sekarang adalah seperti berikut:

1) Ketika menghampiri PRU 12, antara strategi yang digunakan oleh pihak kerajaan adalah menggunakan semua kekuatan yang ada samada kekuatan media, kekuatan kewangan, pengaruh individual, serangan terhadap parti lawan dan sebagainya, tetapi mereka lupa untuk menggunakan kekuatan ahli yang ada untuk "menyerang". Mereka terlalu bergantung kepada proksi-proksi yang mereka kuasai sahaja. Pihak lawan boleh disifatkan tidak mempunyai apa-apa langsung. Tetapi apa yang menariknya strategi kali ini memang jelas-jelas tidak berhasil. Pihak lawan telah menggunakan kekuatan ahli yang sedia ada dengan semaksimum mungkin. Mereka mengerah semua ahli yang disifatkan cukup "ikhlas" membantu untuk berkempen dan hasilnya adalah 2/3 kerusi parlimen tidak dapat dikuasai oleh kerajaan. Apa yang dapat disimpulkan, pihak lawan dapat memintas strategi kerajaan yang disifatkan sudah lama itu. Alhamdulillah rakyat sekarang sudah bijak menilai.

2) Selepas "gagal dalam kemenangan" pada PRU 12, pihak kerajaan telah menggunakan strategi kedua iaitu kuasa wang. Mungkin tidak dapat dibuktikan dengan jelas akan strategi ini tetapi ia masih masuk akal untuk diketengahkan. Caranya mudah, mereka membeli beberapa ahli pihak lawan yang tidak mempunyai visi yang jelas, jiwa yang tidak kental, dan berani mengkhianati rakyat yang menyokong. Strategi ini disifatkan berjaya untuk membeli individual dari PKR dan DAP tetapi bukan PAS. Maka hakikat sebenar kekuatan lawan adalah terletak pada PAS itu sendiri. Maka kucar-kacirlah pihak lawan sehinggakan tumbang kerajaan PR negeri Perak. Moga Allah membukakan hati mereka yang berbuat kejahatan untuk kembali bertaubat.

3) Seterusnya bila mana tidak berjaya mengganggu gugat PAS, mereka menggunakan pendekatan "perang saraf". Mereka tahu yang ahli PAS ini baik dan sangat bertoleransi. Jadi permainan saraf mula di lancarkan. Sesetengah ahli PAS mula masuk perangkap "kerajaan perpaduan". Maka sekali lagi pihak lawan kucar-kacir sehinggakan hampir "bercerai". Mereka tahu ahli PAS tidak menang dibeli dengan wang dan juga kemewahan, justeru mereka melancarkan strategi saraf ini. Kita singkap sirah Nabi s.a.w, ketika perang khandak Rasullullah telah menghantar beberapa SB ke tempat musuh untuk mengganggu kekuatan musuh. Antara strategi SB ini adalah membuat-buat cerita supaya ada timbul rasa tidak puas hati antara gabungan puak di dalam kem musuh tersebut. Dengan cara ini akhirnya musuh cukup lemah kerana berpecah. Mungkin cara ini jugalah yang cuba diadaptasi oleh pihak kerajaan. Apabila musuh telah lemah dan tidak bersatu, maka mudahlah ia menguasai permainan ini semula. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah ahli PAS terjerumus dalam perangkap samar ini. Tetapi ALLAH maha mengetahui dan berkuasa, wujud satu susuk tubuh kecil yang digelar TGNA dalam permainan ini yang bijak mematahkan strategi kerajaan. Teguran kepada ahli yang terpengaruh atau hampir terjerumus umpama "teguran ayah kepada anak" telah diperaktikkan. Dan alhamdulillah sekali lagi pihak lawan selamat.

4) Menyedari kekuatan sebenar lawan ada pada TGNA, maka strategi keempat digunakan. Saya pernah terbaca tentang strategi ini di dalam buku perang Jepun zaman samurai. Serangan terhadap "think tangker" adalah strateginya. Ketika satu puak ini terlalu sedikit ahlinya untuk bertempur secara berhadapan dengan puak yang lain, maka ketua puak itu sendiri menawarkan diri untuk menerajui strategi ini. Apa strateginya??. Mudah saja, setelah risikan mengenal pasti siapa "think tangker" musuh yang sebenar, maka sasaran dalam pertempuran itu adalah "think tangker" musuh. Ini kerana dengan menumpaskan "think tangker" musuh, maka musuh akan lemah secara keseluruhannya kerana mereka tidak mempunyai ketua yang hebat. Strategi ini juga telah digunakan oleh Israel dalam menyerang Palastien. Mereka tahu yang mereka tidak mampu untuk menandingi mujahid-mujahid Islam, maka mereka membunuh ketua-ketua mujahid tersebut seperti syeikh syahid Ahmad Yasin. Mungkin strategi ini sedang diadaptasi oleh pihak kerajaan. Jika TGNA berundur, maka semakin kuranglah orang yang "istiqamah" dalam sesuatu perkara dalam pihak lawan. Mungkin bila mana TGNA berundur pihak lawan akan berpecah semula. Moga Allah tunjukkan yang mana benar.

5) Strategi kelima ini belum lagi dilancarkan tetapi cuma andaian saya sahaja. Jika TGNA masih tidak berundur, mungkin strategi ini akan dilancarkan. Jadi kita tunggu dan lihat apakah permainan politik antara "tentera Allah" dan "tentera Taghut" seterusnya. Wallahu'alam=>
"Ya Allah engkau tunjukkanlah kami yang mana benar dan yang mana batil. Tabahkanlah hati mereka yang berjuang atas agamaMu dan bantulah mereka"

Aku ingin melihat Islam tertegak sebelum aku menutupkan mata selama-lamaya

6 comments:

Anonymous said...

strategi ke6..undilah apan sebagai calon anda..heheh..hai din!!

AMIN - ALFIKRUUMAH said...

salam

oden,
alhamdulillah,
penjelasan yg sama seperti ana fikirkan..
penerangan yg matang..
berfikir untuk memikir

salam ukhwah
sahabatku

mafiasolleh said...

to apan-->nnt klau ko bertanding km sokong
to MPPUKM-->moga prmikiran anak muda dpt dikehadapankan, insyaallah

Anonymous said...

salam..maaf nk bertanya...strategi kelima apa?...maaf klu ana x perasan..

mohamad azizuddin fahmi b nordin said...

hmm..mmg xda tulis..sy xberani utk tulis sbb strategi kelima tu cuma andaian sy ja..mungkin akan digunakan dan mungkin juga tidak..tapi kalau ikut rentetan strategi dlm "permainan" ni, ada kemungkinan 63% mereka guna strategi kelima.. saya tak tulis sbb andai andaian sy tu betul, xda masalah sgt, tapi andai SILAP, mybe mereka akan amik dan guna cara tu wlaupun sblm ni tdk terlintas dlm fikiran mereka.. wallahu'alam=>

Tamar Ridzuan said...

tahniah atas penulisan yang membuka minda..

suatu analisis bersandar...

walaupun strategi yang digunakan 'mereka' tidak berjaya pada zahirnya, impak yang ditinggalkan amat berbekas di hati pemimpin dan ahli PAS..

membunuh tanpa kita sedari, umpama racun dalam diri..

sementara masih punya masa, 'racun' tersebut perlulah disingkirkan secepat mungkin..

wallahua'lam..

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates