Monday, December 7, 2009

Kifarah Cinta

Monday, December 7, 2009

Alhamdulillah dapat juga saya mengirimkan sedikit perkongsian pada kali ini. Saban waktu, manusia semakin lemas ditenggelami oleh arus perdana. Di sana-sini dapat dilihat kemungkaran yang amat berleluasa. Terkadang hati yang melihat cukup sayu dan menagis melihat suasana zaman ini. Di mana pemimpin-pemimpin yang sepatutnya melindungi kami dan membawa kami ke jalan yang benar dan diredhai?? Apakah mereka sentiasa mengejar kemasyhuran pembangunan zahir sahaja dan melupakan pembangunan rohani rakyatnya?? Salah siapa sebenarnya?? Adakah salah rakyat yang memilih atau salah pemimpin yang memimpin?? Hati tidak tega untuk menceritakan kerosakan yang semakin menjadi-jadi, tetapi jika tidak didedahkan maka semakin parahlah luka sehingga bernanah.

Jika disebut berkaitan cinta, maka terlalu banyak jawapannya. Ramai manusia yang semakin hanyut dalam dunia cinta sesama manusia bahkan cinta kepada "mewahnya dunia" sehinggakan ada yang lemas. Di sana-sini dapat dilihat manusia yang "belum halal" berdua-duaan. Apakah ini "kifarah cinta"?? Lebih mudah difahami bahawa kifarah itu adalah denda. Mengapa perlu ada denda cinta. Mungkin dibangkitkan kata-kata kifarah ini adalah atas kesilapan diri manusia itu yang perlu dihukum atas perbuatannya. Tetapi apakah itu "kifarah cinta"?? Tepuk dada dan tanya iman. Terlalu cinta kepada perkara yang tidak sepatutnya menyebabkan perkara yang sepatutnya terabai.

Lewat malam semalam, saya dan dua lagi sahabat asyik berbincang mengenai permasalahan ahli gerakan islam sekarang. Sambil berbincang, kadang-kadang ada juga gurauan-gurauan yang menghiburkan kedengaran. Saya memetik kata-kata salah seorang sahabat saya, "bolehkah kita membuat sesuatu atas dasar tanggungjawab tanpa cinta??". Secara ringkasnya, bila kami berbincang mengenai permasalahan ahli gerakan, berat kata menjurus kepada permasalahan kefahaman ahli. Tetapi entah mengapa dan dari mana ilham ini diterima, secara tidak sengaja saya mempertikaikan pandangan tersebut. Hendak berkata kepada kefahaman ahli, rasanya sudah terlalu banyak usaha ke atas permasalahan itu dianjurkan. Malah usrah-usrah, ceramah, forum dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada pemberian dan pembentukan kefahaman ahli telah dilakukan. Adakah ahli masih tidak faham?? Sekali lagi, tepuk dada dan tanya hati. Benar hidayah milik Allah bukan kita. Tetapi dimana usaha individu yang bergelar ahli gerakan untuk mencari hidayah Allah tersebut.

Dari pengisian-pengisian yang telah dianjurkan, kebanyakan ahli tahu akan tanggungjawab mereka. Jika ditanya kepada mereka, apakah tujuan kamu diciptakan?? Maka sudah pasti akan kedengaran jawapan, kami dicipta dengan tujuan mengabdikan diri kepada Allah dan menegakkan agama Allah. Bukankan di sana kedengaran kata-kata tanggungjawab secara zahir dilafazkan. Tetapi bila diminta untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut maka terdengar pula kata-kata, kami belum bersedia, kami tidak mampu, kami takut, kami tidak layak. Apakah semuanya ini?? Dan dari situlah saya cuba menyimpulkan bahawa tiada rasa cinta di dalam diri ahli gerakan sekarang untuk membantu agama Allah. Tanggungjawab tanpa rasa cinta adalah beban, cinta tanpa rasa tanggungjawab adalah bohong, tetapi tanggungjawab bersama rasa cinta adalah kuasa synergistik. Sekali lagi, tepuklah dada tanya iman. Jika ditimbang telek apa yang saya katakan tadi, mungkin kita dapat melihat permasalah mengapa dunia masa kini sedemikian rupa.

Inilah yang disebut "kifarah cinta" bila cinta yang sebenarnya tidak dihalakan pada tempat sepatutnya. Mungkin tulisan saya ini terlalu berkias. Tetapi ini memang sengaja dilakukan supaya kita dapat berfikir tentang hakikat sebenar, insyaallah. Wallahu'alam=>

5 comments:

Tamar Ridzuan said...

syukran atas perkongsian...

Lepas ni boleh brainstorm tentang, bagaimana nk membangkit cinta di kalangan ahli gerakan pula ye...

mohamad azizuddin fahmi b nordin said...

bukan senang nak hadirkan rs cinta pada sesuatu..kita berani bercinta dgn "manusia" sedangkan sudah ka kita capai cinta ALLAH?? kan susah tu nak dpt rasa cinta yg sama kpd ALLAH sperti mana kita cinta org lain. am i right??insyaallah bila rasa cinta kat allah melebihi rs cinta pd yg lain, kita akan dpt hadirkan rs cinta terhadap gerak kerje ni.percayalah akhi.permulaan cinta adalah SUKA.kita mulakan strategi kita ni dgn hadirkan rs suka ahli kpd gerakan.xperlu hadirkan rasa suka ahli kpd gerak kerja.memadai hadirkan rs suka ahli pd gerakan tu ja dlu.insyaallah akan hadir rs cinta lps 2.then tau la dpa mcm mn nk jlnkn tanggjwb mereka dgn sebaikny..insyaallah.permulaan cinta sesama manusia adalah krn rs suka kt mungkin atas perbuatan/keperibadianny.wlaupn kdg2 cinta ni hadir melalui rasa mencuba.insyaallah klau ikhlas allah akan hadirkan rs suka kpd kita lps kita cuba.trust me.tp kna ikhlas la.wallahu'alam

Tamar Ridzuan said...

=)

Jemaah ibarat sebuah rumah,
ahli gerakan tersebut umpama penghuni rumah tersebut,
Gerak kerja jemaah pula umpama aktiviti-aktiviti yang kita lakukan untuk menzahirkan 'seri' rumah tersebut...

Cintai aktivitinya,
Cintai penghuninya,
Cintai rumahnya,
InsyaAllah terzahir 'seri' dari-Nya...

wallahua'lam...

Anonymous said...

fulamak...ayat mmg power..knal ak sape?haha

mohamad azizuddin fahmi b nordin said...

=>allah lbh tahu sp saudara/i

Post a Comment

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates